Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan (oleh Li Keqiang pada 5 Mac 2014)
2014-03-05 10:57:59 CRI Cetak

Dalam tempoh setahun lalu, kami memperjuangkan kemajuan berdasarkan kestabilan yang dipertahankan. Kami menggariskan pelan dan tindakan secara komprehensif bagi menjamin ekonomi bertumbuh stabil, mengubahsuai struktur dan mendorong pembaharuan. Langkah-langkah yang kami laksanakan bukan sahaja berfungsi menangani masalah kini, malahan juga mendatangkan faedah bagi jangka panjang. Pencapaian awal yang baik sudahpun dapat disaksikan dalam pelbagai sektor.

Pertama: Mengintensifkan Pelaksanaan Dasar Pembaharuan dan Pintu Terbuka, Mendinamikkan Pasaran dan Menjana Peningkatkan Kreativiti

Menyentuh tentang pembaharuan, kami sebagai pihak kerajaan, akan terlebih dahulu memulakan pembaharuan terhadap diri sendiri. Mengurangkan campur tangan terhadap pasaran dan mengurangkan prosedur pentadbiran merupakan tugas yang paling penting bagi kerajaan penggal ini. Pembaharuan terhadap badan-badan Dewan Negara sedang dilaksanakan secara berperingkat, dengan 416 jenis prosedur pembahasan dan pengesahan telah dibatalkan atau diberikan kuasa kepada kerajaan tempatan. Dalam pada itu, kerajaan tempatan juga secara aktif mendorong pembaharuan bagi mengurangkan campur tangan kerajaan terhadap pasaran dan pembaharuan terhadap badan-badan kerajaan. Misalnya, banyak prosedur pembahasan dan pengesahan telah dikurangkan. Ini terbukti dengan terbatalnya sebanyak 348 jenis bayaran untuk pengesahan pentadbiran, yang sama dengan membantu sektor korporat menjimatkan lebih RMB 150 bilion. Semua langkah tersebut dilihat sudah menyediakan suasana yang selesa dalam pasaran domestik. Oleh itu, syarikat yang baru berdaftar telah meningkat 27.6% di seluruh negara, manakala nisbah pelaburan sektor swasta dalam keseluruhan pula meningkat kepada 63%.

Kami telah mengintensifkan pelaksanaan dasar pintu terbuka. Zon Perdagangan Bebas Shanghai China telah ditubuhkan. Ini merupakan ujian terhadap model pengurusan mengenai layanan warganegara yang diberikan kepada pelabur asing sebelum mereka diizinkan memasuki pasaran China. Kami juga telah mengemukakan cadangan pembinaan Jalur Ekonomi Jalan Sutera beserta Jalan Sutera Laut Abad ke-21. Selain itu, kami berusaha menaik taraf Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA); menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan Switzerland dan Iceland; melaksanakan dasar peningkatan perdagangan luar dengan stabil; menyempurnakan perkhidmatan kastam dan pemeriksaan serta kuarantin; berjaya menangani beberapa kes perselisihan perdagangan seperti dua kes anti-lambakan peralatan tenaga solar; mendorong kelengkapan teknikal seperti kereta api laju dan janakuasa elektrik nuklear. Selain itu, pelaburan ke luar negara pula telah meningkat dengan ketara. Jumlah pelancong ke luar negara mencecah hampir 100 juta orang.

 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China