Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan (oleh Li Keqiang pada 5 Mac 2014)
2014-03-05 10:57:59 CRI Cetak

Wakil-wakil sekalian,

China merupakan negara bersatu yang berbilang kaum. Sebagai anggota keluarga China, semua rakyat memiliki hak yang sama rata. Kita perlu menjalankan dasar etnik yang digubal Parti Kominis China, mengekalkan dan memperbaiki sistem tadbir urus autonomi wilayah etnik minoriti, menggalakkan perpaduan, kemajuan dan kemakmuran bersama semua rakyat, menyokong perkembangan etnik minoriti dan kawasan berkenaan, membantu perkembagan etnik yang jumlah populasinya agak kurang, terus mengambil tindakan untuk mewujudkan kemakmuran di kawasan sempadan, dan meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan. Melindungi dan mengembangkan budaya tradisional etnik minoriti yang cemerlang.

Kerajaan perlu melaksanakan panduan asas kerja keagamaan PKC, mewujudkan keharmonian antara pelbagai agama, dan memainkan peranan positif tokoh-tokoh agama dan penganut agama dalam usaha menggalakkan pembangunan sosioekonomi.

Kerajaan perlu menyatupadukan perantau China, orang Cina di seberang laut dan anggota keluarga perantau China yang sudah balik ke China bagi memainkan peranan istimewa mereka dalam pembangunan modenisasi tanah air, mendorong penyatuan negara secara damai, dan menggalakkan pertukaran sosiobudaya antara China dengan negara-negara lain untuk meningkatkan perpaduan bangsa China di dalam dan luar negara.

 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China