Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan (oleh Li Keqiang pada 5 Mac 2014)
2014-03-05 10:57:59 CRI Cetak

Ketiga: Mengutamakan Pengubahsuaian Struktur Ekonomi, Meningkatkan Kualiti dan Keberkesanan Pembangunan

Meningkatkan pembangunan infrastruktur pertanian. Kami telah mendorong pelaksanaan projek makmal tentang pembaharuan industri pertanian yang moden; menyokong meningkatkan kepelbagaian dalam operasi pertanian yang berskala sederhana; menyelesaikan projek memperbaiki 15 ribu tangkungan kecil; menyelesaikan masalah keselamatan air minuman untuk lebih 63 juta orang di kawasan luar bandar; meningkatkan perlindungan dan pembinaan ekologi sehingga kawasan yang diliputi hutan diperluas ke 21.6% keseluruhan wilayah negara.

Mempercepatkan pengubahsuaian struktur industri. Kami menggalakkan perkembangan industri perkhidmatan, menyokong pembangunan industri baharu yang bercirikan strategi. Telekomunikasi mudah alih generasi keempat telah dipasarkan secara rasmi. Selain itu, kami juga telah mendorong usaha mengurangkan pelepasan gas rumah kaca dan menjimat sumber tenaga, bertungkus-lumus mencegah dan menangani pencemaran. Dengan itu, penggunaan sumber tenaga bagi setiap unit KDNK telah menurun 3.7%, jumlah pelepasan sulfur dioksida dan oksigen kegunaan kimia telah masing-masing berkurang 3.5% dan 2.9%.

Meningkatkan pembinaan infrastruktur. Projek fasa pertama bahagian timur projek "Nan Shui Bei Diao" (mengalirkan air dari bahagian selatan ke bahagian utara dengan menggunakan paip) telah beroperasi sebelum tarikh yang dijadualkan. Manakala, projek fasa pertama di bahagian tengah pula diselesaikan pembinaan kemudahan utamanya mengikut tarikh yang dijadualkan. Selain itu, jumlah janakuasa elektrik berdasarkan tenaga bukan fosil telah mencatat 22.3%. Jalan kereta api dan lebuh raya yang berada dalam operasi masing-masing melebihi 100 ribu kilometer, antaranya jalan kereta api laju yang berada dalam operasi pula mencatat 11 ribu kilometer, iaitu yang terpanjang di dunia.

Mendorong pembangunan dengan menggalakkan inovasi.

Komponen kos pengajian dan penyelidikan dalam KDNK China dianggarkan lebih daripada 2%. Sejumlah teknologi canggih termasuk pengiraan super, robot pintar, padi kacukan super dan sebagainya telah mencapai kemajuan yang cemerlang.

 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China