Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan (oleh Li Keqiang pada 5 Mac 2014)
2014-03-05 10:57:59 CRI Cetak

BAHAGIAN II: PELAN KESELURUHAN TAHUN 2014

Sasaran-sasaran untuk kerajaan pada tahun ini ialah: memperjuangkan kemajuan sambil memelihara kestabilan, melaksanakan pembaharuan dan inovasi dalam pelbagai bidang masyarakat dalam pembangunan sosioekonomi, mengekalkan dasar ekonomi makro yang berterusan dan stabil, meningkatkan pembaharuan secara menyeluruh, memperkasakan pelaksanaan dasar pintu terbuka, melaksanakan inovasi bagi merangsang pembangunan, mengembangkan perindustrian, industri maklumat, urbanisasi dan pertanian yang moden, mempercepat penyusunan semula struktur ekonomi, meningkatkan pembinaan sistem perkhidmatan awam, berusaha menjamin dan meningkatkan taraf hidup rakyat, meningkatkan mutu dan keefisienan pembangunan, memperkasakan pembangunan ekonomi, politik, kebudayaan, sosial dan ekologi, mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan sihat serta keharmonian dan kestabilan masyarakat.

Sasaran pembangunan sosioekonomi pada tahun ini ialah, menjadikan kadar peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mencatat kira-kira 7.5%, kadar kenaikan harga penggunaan dikawal pada kira-kira 3.5%, menyediakan lebih sepuluh juta peluang kerja yang baru di kawasan bandar, kadar pengangguran di kawasan bandar dikawal pada 4.6% ke bawah, mewujudkan keseimbangan pendapatan dan perbelanjaan di persada antarabangsa, berusaha menjamin penambahan pendapatan penduduk selaras dengan pertumbuhan ekonomi.

China tetap merupakan negara membangun dan masih berada pada tahap sosialis peringkat awal, pembangunan merupakan kunci untuk menyelesaikan kesemua masalah di China. Kerajaan perlu menumpukan perhatian tentang pembangunan ekonomi dan mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang sesuai. Kadar peningkatn KDNK mencatat kira-kira 7.5% sesuai dengan keperluan dan keadaan yang sebenar, bermanfaat bagi meningkatkan keyakinan golongan pelabur serta menyusun semula dan menyempurnakan struktur ekonomi. Menjamin pertumbuhan ekonomi yang stabil memenuhi permintaan peluang kerja yang baharu di kawasan bandar serta menyediakan peluang kerja kepada pekerja migran. Langkah tersebut pada hakikatnya, bertujuan untuk menambah pendapatan penduduk dan meningktkan taraf hidup rakyat.

Kadar kenaikan harga penggunaan dikawal pada kira-kira 3.5% menunjukkan keazaman dan keyakinan kerajaan untuk mengawal inflasi dan menjamin kehidupan rakyat. Jumlah penghasilan pertanian meningkat secara berturut-turut pada beberapa tahun kebelakangan ini, bekalan produk industri lebih tinggi berbanding dengan permintaan, jumlah simpanan bijirin dan barang-barang yang lain adalah cukup. Daya untuk menyelaraskan import dan eksport amat kuat. Keadaan ini menyediakan banyak syarat yang baik untuk menjamin kestabilan harga barang. Tetapi juga terdapat banyak unsur yang berkemungkinan merangsang kenaikan harga barang tahun ini. Kerajaan perlu bersungguh-sungguh mengawal harga barang supaya kehidupan rakyat tidak terjejas.

 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China