Kelapan: Menyelaraskan Jaminan dan Peningkatan Taraf Kehidupan Rakyat
Matlamt utama kerajaan ialah semua rakyat dapat menikmati kehidupan yang baik. Maka, kerajaan akan memastikan kehidupan asas rakyat di samping terus meningkatkan taraf dan mutu kehidupan rakyat.
Kerajaan akan mengekalkan strategi menyediakan peluang kerja terlebih dahulu dan melaksanakan dasar berkenaan scara proaktif. Serentak itu, memperbaiki persekitaran bagi memulakan perusahaan dan mendapat peluang kerja. Bilangan graduan dari institusi pengajian tinggi pada tahun ini dijangka mencatat 7.27 juta orang, ini menuntut kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang kerja. Kerajaan juga akan menambah bantuan kepada golongan yang menghadapi kesusahan mencari peluang kerja supaya sekurang-kurangnya seorang dalam sekeluarga mendapat peluang kerja.
Mengenai isu pendapatan, kerajaan akan mengintensifkan pembaharuan sistem pengagihan pendapatan, berusaha mengecilkan jurang bezaan dalam bidang pendapatan. Menyempurnakan mekanisme penentuan dan peningkatan gaji pekerja, menggalakkan permesyuaratan secara kolektif tentang isu wang gaji untuk membina hubungan pekerja dengan majikan yang baik. Kerajaan akan meningkat pendapatan golongan yang berpendapatan rendah dengan meneroka pelbagai saluran di samping meningkatkan nisbah golongan yang berpendapatan sederhana. Pertambahan pendapatan penduduk akan segerak dengan pertumbuhan ekonomi supaya rakyat menikmatik faedah daripada pembangunan ekonomi.
Jaminan sosial merupakan asas kehidupan rakyat. Kerajaan terutamanya perlu mendorong pembaharuan sistem bantuan sosial, terus meningkatkan taraf pembayaran elaun sara hidup minimum di bandar dan luar bandar, dan secara menyeluruh melaksanakan sistem bantuan sementara agar menyediakan jaminan kehidupan asas kepada rakyat yang mengalami kesusahan. Selain itu, kerajaan juga perlu meningkatkan bantuan kepada warga emas, menjamin hak dan kepentingan golongan wanita, menaruh perhatian terhadap tumbuh secara sihat kalangan remaja, meningkatkan perlindungan terhadap golongan bawah umur dan jaminan terhadap keluarga yang mengalami kesukaran, menyediakan perkhidmatan awam asas yang baik kepada orang kurang upaya dan menyokong perkembangan usaha amal demi setiap rakyat yang mengalami kesukaran mendapat keperhatian dan bantuan sosial.
Menyempurnakan mekanisme jaminan perumahan. Kerajaan perlu menjamin semua rakyat mempunyai rumah sendiri, menambah projek pembinaan rumah kos rendah. Jumlah projek rumah kos rendah yang mulai dibina pada tahun ini meleihi 7 juta unit. Meningkatkan kadar rumah kos rendah di bandaraya di samping menambah projek pembinaan perumahan sewaan awam dan rumah sewa rendah. Jumlah rumah kos rendah yang siap dibina pada tahun ini dijangka akan mencatat 480 juta unit. Melaksanakan kawalan berdasarkan keadaan bandar yang berbeza, menambah bekalan rumah komersil yang bersaiz sederhana dan kecil serta rumah hak milik bersama, mengehadkan permintaan yang bersifat spekulasi dan pelaburan, agar mendorong perkembangan pasaran hartanah yang berterusan dan sihat.
Melaksanakan undang-undang dan peratuan mengenai jaminan keselamatan kerja, menjalankan sistem menjamin keselamatan dalam proses pengeluaran menurut kontrak, mencegah berlakunya insiden keselamatan yang amat teruk. Dengan sedaya upaya mengawal dan menyeragamkan order pasaran, meneruskan langkah kawalan khas untuk membanteras pengeluaran produk tiruan dan produk berkualiti rendah.