Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan (oleh Li Keqiang pada 5 Mac 2014)
2014-03-05 10:57:59 CRI Cetak

Ketiga: Meningkatkan Peranan Permintan Domestik dalam Memacu Pertumbuhan Ekonomi

Penggunaan merangsang permintaan dalam negeri. Kerajaan akan meningkatkan daya penggunaan penduduk, menyempurnakan dasar penggunaan, memperkasakan penggunaan perkhidmatan, menyokong sektor swasta menubuhkan badan perkhidmatan, mengembangkan sektor kebajikan warga emas, kesihatan, pelancongan dan kebudayaan. Menubuhkan sistem cuti dengan dibayar gaji, menggalakkan penggunaan maklumat, melaksanakan strategi "jalur lebar china", mempercepat pembangunan telekomunikasi mudah alih generasi ke-4, meningkatkan kelajuan dan memelihara keselamatan siber.

Mengutamakan pelaburan dalam usaha menstabilkan pertumbuhan ekonomi. Mempercepat pembaharuan sistem pelaburan dan pembiayaan di samping mendorong kepelbagaian sumber pelaburan. Peruntukan dalam belanjawan kerajaan pusat dijangka meningkat kepada RMB 457.6 bilion, dengan utamanya akan diperuntukkan dalam bidang projek perumahan kos rendah, pertanian, projek pengairan penting, projek landasan kereta api di kawasan tengah dan barat, projek penjimatan tenaga dan mesra alam serta usaha kebajikan social bagi memastikan kecekapan penggunaan peruntukan kerajaan tersebut.

Membina kawasan ekonomi baharu agar menjadi sokongan terhadap strategik penggalakan pembangunan. Melaksanakan dengan mendalam pelan induk pembangunan kawasan, mengutamakan usaha penerokaan dan pembangunan di kawasan barat, membangunkan semula pangkalan perindustrian yang lama di kawasan timur laut, menggalakkan pembangunan di kawasan tengah, menyokong transformasi dan kenaiktarafan ekonomi dilakukan dengan terlebih dahulu di kawasan timur dengan di samping memperhebat sokongan dan bantuan terhadap kawasan revolusi lama, kawasasan etnik minoriti, kawasan sempadan dan kawasan miskin.

Lautan merupakan wilayah berwarna biru yang berharga bagi negara. Kerajaan perlu mengekalkan penyelarasan pembangunan darat dan laut, melaksanakan dengan menyeluruh strategi maritim, membangunkan ekonomi maritim, melindungi alam sekitar laut, memelihara dengan tegas hak dan kepentingan maritim negara bagi membina negara laut yang kuat.

 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China