Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan (oleh Li Keqiang pada 5 Mac 2014)
2014-03-05 10:57:59 CRI Cetak

Wakil- wakil sekalian,

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-60 pelaksanaan lima prinsip hidup bersama secara damai. Rakyat China mencintai kedamaian dan berhasrat perkembangan. Pembangunan modenisasi China memerlukan persekitaran antarabangsa yang stabil pada jangka masa panjang. China akan terus mengekalkan jalan pembangunan secara damai, strategi pintu terbuka yang mewujudkan saling menguntungkan dan dalam situasi menang-menang, dengan teguh memelihara kedaulatan, keselamatan dan kepentingan perkembangan negara, melindungi hak dan kepentingan yang sah warga China dan pemilik syarikat China di sisi undang-udang di seberang laut. China akan memperkukuh hubungan diplomatik dan persahabatan, memperkasakan kerjasama yang saling menguntungkan dengan negara-negara jiran. Memelihara hasil kemenangan Perang Dunia II dan order antarabangsa pasca perang. China akan merapatkan hubungan dan memperkasakan kerjasama dengan negara-negara membangun, memelihara kepentingan bersama negara-negara membangun. Meningkatkan dialog strategik dan kerjasama pragmatik dengan pelbagai kuasa besar, menjalinkan hubungan yang dapat berkembang secara stabil dan sihat dengan kuasa besar, menjayakan Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin-Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). China merupakan negara besar yang bertanggungjawab. China akan menyertai dengan aktif urusan berbilang hala antarabangsa, dan memaikan peranan yang bersifat membina demi menyelesaikan masalah global dan isu yang menjadi tumpuan. China akan terus memelihara kesamarataan dan keadilan antarabangsa, mendorong order antarbangsa berkembangan ke arah yang lebih adil dan munasabah. China bersedia bersama-sama pelbagai negara di dunia untuk mendorong kedamaian yang berkekalan, mewujudkan perkembangan dan kemakmuran bersama.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China