Keempat: Menggalakkan Pemodenan Pertanian serta Pembaharuan dan Pembangunan di Kawasan Luar Bandar
Penyelesaian dengan sempurna isu mengenai pembangunan pertanian, pembangunan kawasan luar bandar dan peningkatan pendapatan kaum tani merupakan tugas utama dalam semua kerja kerajaan. Menjamin keselamatan bahan makanan negara dan meningkatkan pentadapatan kaum tani merupakan teras dalam usaha menerajui pemodenan pertanian.
Memperhebat dasar sokongan dan perlindungan terhadap pertanian. Meningkat harga minimum pembelian gandum dan padi di samping mengekalkan dasar sementara berhubung pembelian dan simpanan jagung, biji sesawi dan gula. Menyelidik dan membina sistem harga matlamat hasil pertanian supaya memberikan subsidi kepada pengeluar ketika harga pasaran terlalu rendah manakala memberikan subsidi kepada pengguna yang berpendapatan rendah apabila harga pasaran terlalu tinggi.
Memperkukuh asas pembangunan pertanian dan desa. Kerajaan pusat menfokuskan tenaga terhadap beberapa projek pengairan yang penting dengan jumlah peruntukan dijangka mencatat lebih RMB 70 bilion dalam belanjawan kerajaan pusat pada tahun ini untuk menyokong projek saliran air, sumber air utama, membaik pulih sungai dan tasik serta projek pengairan yang menjimatkan air dan berefisien tinggi. Kerajaan akan menyempurnakan infrastruktur di desa termasuk kemudahan bekalan air dan elektrik, jalan dan telekomunikasi, membaik pulih 260 buah rumah yang bahaya, menaiktarafkan jalan raya sepanjang 200 juta kilometer di desa, memberikan perhatian terhadap isu mengenai kanak-kanak, wanita dan warga emas yang ditinggalkan di desa selepas kebanyakan pekerja migran pergi ke bandar untuk bekerja. Selain itu, kerajaan akan menyelesaikan isu air minuman untuk 60 juta penduduk lagi di desa pada tahun ini dan berusaha menyediakan air minuman yang bersih kepada semua penduduk di desa dalam tempoh dua tahun dari tahun ini hingga tahun depan.
Mendorong dengan aktif pembaharuan di desa. Mengekalkan dan menyempurnakan sistem pengendalian asas di desa dan memberikan lebih banyak hak harta benda kepada kaum petani. Memupuk perusahaan pengendalian pertanian jenis baharu dan mengizinkan pengendalian yang pelbagai bentuk dan skala. Pembaharuan perlu dilaksanakan berasaskan keadaan sebenar di desa, menjalankan projek perintis terlebih dulu, benar-benar menghormati keinginan kaum tani dan memelihara dengan tegas hak dan kepentingan yang sah mereka.
Meningkatkan inovasi terhadap pembasmian kemiskinan dan penerokaan kawasan miskin. Kerajaan menambah sokongan terhadap pembinaan infrastruktur dan kerjasama ekonomi yang merentasi kawasan miskin di samping meningkatkan perlindungan terhadap ekologi dan perkhidmatan awam yang asas dengan harapan jumlah orang miskin di desa berkurang lebih 10 juta orang pada tahun ini.