Jepun Digesa Jangan Eksploitasi Isu LCS Tindakan Jepun yang tetap berdegil membangkitkan semula keputusan muktamad Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague berhubung pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan (LCS) ke meja rundingan semasa Sidang Kemuncak Asia Timur ke-11 di Laos, baru-baru ini, dilakukan dengan memilih waktu yang paling tidak sesuai, sekali gus mendedahkan negara yang kurang mengetahui keadaan semasa itu berdegil memilih memulau diri sendiri. |
Keqiang Akhiri Lawatan ke Laos, Pulang Beijing Perdana Menteri China, Li Keqiang pulang ke Beijing petang semalam selepas mengakhiri lawatan rasmi ke Laos serta menghadiri beberapa persidangan di negara itu, antaranya Sidang Kemuncak ASEAN-China (10+1) ke-19 Sempena Genap 25 Tahun Hubungan Dialog China-ASEAN, Sidang Kemuncak ASEAN-China, Jepun, Korea Selatan (10+3) ke-19, serta Sidang Kemuncak Asia Timur (10+8) ke-11. |
Campur Tangan Jepun dan AS Cemari Keamanan LCS China menyelar tindakan segelintir negara dari luar rantau nekad membawa keputusan muktamad Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague berhubung pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan (LCS) ke meja perbincangan semasa Sidang Kemuncak Asia Timur ke-11 di Vientiane, Laos, semalam. |
Hubungan Beijing-Manila Perlu Dijernihkan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte meluahkan hasratnya untuk menjernihkan hubungan dengan China semasa pertemuan dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang sempena Sidang Kemuncak Asia Timur (10+8) ke-11 di Vientiane, Laos, semalam. |
Siri Persidangan di Laos Berhasil Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith ketika berucap pada majlis penutupan persidangan berkenaan menyifatkan perbincangan yang melibatkan pemimpin pelbagai negara kali ini sebagai amat komprehensif, telus dan efektif, di samping merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih atas sokongan dan sumbangan negara anggota ASEAN lain serta rakan-rakan dialog ASEAN terhadap Laos selaku negara pengerusi bergilir. |
Pakar Indonesia: China Sedia Wujud Kemakmuran dengan ASEAN kehadiran Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam Sidang Kemuncak Asia Timur kali ini membuktikan bahawa China telah bersedia untuk mewujudkan kerjasama saling menguntungkan dan berusaha dengan ASEAN demi meraih kemakmuran bersama. |
Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN Sidang Kemuncak Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN telah diadakan di Vientiane semalam. Sidang tersebut turut mengeluarkan beberapa dokumen penting. Antaranya termasuklah Kenyataan Bersama yang merupakan dokumen yang paling komprehensif dan holistik, serta amat penting bagi masa depan kedua-dua pihak. |
Cadangan Keqiang Optimumkan Mekanisme "10+3" Sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN-China, Jepun, Korea Selatan (10+3) ke-19 di Vientiane semalam, Keqiang menghargai pencapaian cemerlang yang diperoleh semua pihak dalam melaksanakan program kerjasama semenjak mekanisme tersebut diwujudkan kira-kira 19 tahun lalu. |
Cadangan Keqiang Optimumkan Mekanisme "10+3" Perdana Menteri China, Li Keqiang mengemukakan enam cadangan untuk mengoptimumkan mekanisme kerjasama "10+3" antara ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan, antaranya termasuklah menjamin keselamatan kewangan; memperkasakan kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan; menggerakkan usaha sama dalam pembangunan pertanian dan pembasmian kemiskinan; menyumbang kepada kesalinghubungan; menginovasi model kerjasama dalam kapasiti industri; serta merancakkan program pertukaran dalam kalangan rakyat. |
PM Li: Situasi Laut China Selatan Kian Positif Fakta membuktikan, Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC), yang dicapai oleh China dengan ASEAN berdasarkan undang-undang antarabangsa, merupakan peraturan yang efektif dalam menangani isu tersebut. |
Kenyataan Pengerusi "10+1" Diumumkan Sidang Kemuncak China-ASEAN (10+1) ke-19 dan Sidang Kemuncak Peringatan Genap 25 Tahun Hubungan Dialog China-ASEAN berakhir dengan dikeluarkannya Kenyataan Pengerusi, di Vientiane, Laos, semalam. |
Hubungan China-Malaysia Diharap Kian Kukuh China mahu melihat hubungan dengan Malaysia dapat melompat ke tahap yang lebih tinggi menerusi jalinan kerjasama yang makin kukuh dalam pelbagai bidang. |
Talian Penting Dilancarkan China dan ASEAN bersetuju untuk menerima garis panduan bagi memperkenalkan talian utama yang akan digunakan oleh pegawai kanan diplomatik sekiranya berlaku sebarang kecemasan di wilayah maritim Laut China Selatan. |
Sepakat Laksana CUES China dan ASEAN menyatakan komitmen terhadap pelaksanaan Kod Pertembungan Tidak Terancang di Laut (CUES) dalam usaha mengelak daripada berlaku sesuatu yang lebih serius di Laut China Selatan. |
"10+3", Mekanisme Mustahak bagi Ekonomi Asia Mekanisme kerjasama "10+3" antara ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan disifatkan sebagai pemacu utama untuk merangsang pertumbuhan ekonomi Asia malah mendorong pemulihan ekonomi global. Dimaklumkan, antara topik utama adalah masalah penuaan dari segi penjagaan warga emas, pemberian hak inisiatif dalam bidang ekonomi, pembinaan masyarakat inklusif dan lain-lain. |
China, ASEAN Mahu Hubungan Makin Erat China dan ASEAN komited untuk menyuntik tenaga baharu kepada jalinan kerjasama dua hala dan melipatgandakan usaha dalam membina Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN melalui pelbagai langkah seperti mengeratkan komunikasi strategik, mempercepat pelaksanaan "Rangka Kerjasama 2+7" dan merancakkan kegiatan pertukaran dalam kalangan rakyat. |
Pertemuan PM China-Singapura di Laos Li berkata, Singapura menjadi rakan yang penting bagi China di rantau ini. Pemimpin kedua-dua negara mengekalkan komunikasi bermanfaat bagi menetapkan hala tuju perkembangan hubungan, merangsang kerjasama pragmatik yang saling menguntungkan, serta meningkatkan persahabatan rakyat. |
ASEAN Perlu Bersatu Suara ASEAN mestilah bersatu suara jika negara-negara anggota mahu melihat pertubuhan itu terus menjadi sebuah badan yang relevan, semakin berpengaruh dan tegas menegakkan peranannya. |
Usaha Hapuskan Keganasan Rentas Sempadan Jadi Topik Utama ASEAN Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia, Wiranto, yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-28 dan ke-29 serta siri sidang kemuncak berkaitan di Pusat Konvensyen Nasional di Vientiane, Laos, semalam, akan mengutarakan topik perbincangan berhubung dengan sinergi membanteras kegiatan pengganas rentas sempadan. |
Keqiang Mulakan Lawatan ke Laos Perdana Menteri China, Li Keqiang, yang dalam rangka lawatan rasmi selama empat hari ke Laos, diberi sambutan meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay di Vientiane, semalam. |
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-28 dan Ke-29 Dirasmikan Negara anggota ASEAN perlu bekerjasama ke arah pertumbuhan ekonomi secara bersepadu, meningkatkan kesalinghubungan, sekali gus mengurangkan jurang antara negara-negara Asia Tenggara menerusi pelbagai mekanisme termasuk Inisiatif Integrasi ASEAN (IAI). |
PM Li Mulakan Lawatan ke Laos Perdana Menteri China, Li Keqiang berlepas dari Beijing petang tadi untuk melakukan kunjungan ke Laos, atas undangan rakan sejawatnya dari negara itu, Thongloun Sisoulith. |
China, Thailand Rancakkan Kerjasama Pelbagai Bidang China dan Thailand perlu meningkatkan komunikasi strategik, menyepadukan strategik pembangunan, memperkasakan kerjasama saling menguntungkan dalam pelbagai bidang, merancakkan program pertukaran dalam kalangan rakyat serta merapatkan koordinasi dalam rangka kerja pelbagai hala. |
China dan Laos Perkukuh Hubungan Berkongsi Nasib China dan Laos adalah jiran, sahabat dan rakan seperjuangan yang baik. China bersedia untuk bersama-sama dengan Laos dalam usaha untuk membina hubungan berkongsi nasib yang kukuh dan kuat. |
Sinergi Beijing dan Jakarta Perkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif Hubungan yang akrab dan mesra antara Beijing dengan Jakarta diharap dapat diteruskan dan dikekalkan dari semasa ke semasa melalui sinergi dalam memupuk rasa saling mempercayai dalam politik, memperluas kerjasama pragmatik dan mengukuhkan lagi perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara. |
Beijing Sambut Baik Lawatan Duterte Beijing menyambut baik keputusan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte untuk mengadakan lawatan ke China pada tahun ini. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam, selepas Duterte menyuarakan keinginan untuk melawat ke China baru-baru ini, dan berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang semasa siri persidangan pemimpin Asia Timur di Laos, minggu depan. |
Xi Jinping Ditemui Lee Hsien Loong Presiden Xi mengalu-alukan kedatangan Lee Hsien Loong untuk menyertai Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20). |
Mesyuarat Meja Bulat Kerjasama Radio, Filem dan Televisyen China-ASEAN Bakal Diadakan di Nanning Mesyuarat Meja Bulat Kerjasama Radio, Filem dan Televisyen China-ASEAN bakal diadakan di Nanning, Guangxi China pada 7 hingga 8 September depan. Mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh para perwakilan badan radio, filem dan televisyen dari China dan negara-negara anggota ASEAN. |
Laos Sanjung Tinggi Peranan China dalam Pembangunan Ekonomi Dunia Presiden Laos, Bounyang Volachit, ketika diwawancara oleh wartawan CRI di Vientiane semalam, menyanjung tinggi peranan utama China dalam menggalakkan pembangunan ekonomi dunia. Beliau menanti-nantikan detik untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20 yang bakal diadakan di Hangzhou. |
China Sedia Mainkan Peranan Membina demi Permuafakatan Bangsa Myanmar China mengucapkan tahniah atas perasmian sidang damai Myanmar yang juga Sidang Panglong Abad ke-21 yang telah diadakan di Nay Pyi Taw, Myanmar pada 31 Ogos lalu. Kementerian Luar China, Hua Chunyin menyatakan demikian dalam sidang media di Beijing semalam. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |