Cari:
• Penstrukturan Sumber Tenaga China Terus Diperbaiki  2016-11-03
Forum Antarabangsa tentang Peralihan Sumber Tenaga (IFET) 2016 diadakan di bandar Suzhou, provinsi Jiangsu baru-baru ini. Kini, China memperoleh 1/3 pelaburan antarabangsa dalam bidang sumber tenaga yang boleh diperbaharui, dan struktur penggunaan sumber tenaga negara ini terus diperbaiki dari semasa ke semasa.
• Jepun, Myanmar Kukuh Ikatan Ekonomi 2016-11-03
Menurut analisis Agensi Berita Kyodo, Jepun menjadikan Myanmar sebagai hab strategik di Semenanjung IndoChina. Malahan, sikap keterbukaan yang ditunjukkan Suu Kyi ketika bergaul dengan dunia Barat meletakkan negara itu semakin lantang bersuara di pentas ASEAN. Manakala Jiji Press Jepun berpendapat, percubaan Shinzo Abe itu memperlihatkan aspirasinya untuk memperkukuh lagi hubungan dengan Myanmar supaya negara itu menjadi hab geopolitik yang strategik dalam dasar luarnya.
• 14 MoU Termeterai China dan Malaysia 2016-11-02
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China mulai Isnin lalu, menyaksikan pemeteraian 14 Memorandum Persefahaman (MoU) antara Putrajaya dengan Beijing berkaitan pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan sektor pembinaan, selepas mempengerusikan rundingan rasmi dua hala bersama-sama dengan rakan sejawatnya dari China, Li Keqiang di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam.
• PKC dan Kuomintang Usaha Sama Pelihara Perpaduan Negara dan Bangsa 2016-11-02
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping ditemui delegasi Parti Kuomintang yang diketuai oleh pengerusinya, Hung Hsiu-chu di Beijing semalam.
• Air Show China Ke-11 2016-11-01
Pameran Penerbangan dan Angkasa Lepas Antarabangsa China (Air Show China) ke-11 dirasmikan di Zhuhai, provinsi Guangdong hari ini. Jet pejuang kalis radar yang tercanggih di China, iaitu J-20 akan dipamerkan buat kali pertama dalam pameran kali ini.
• Lawatan Najib Dijangka Buahkan Hasil Melimpah Ruah 2016-11-01
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan membawa matlamat mengukuhkan lagi hubungan akrab antara Malaysia dengan China yang sudah wujud sejak sekian lama, tiba di Beijing, Isnin lalu untuk memulakan lawatan rasmi enam hari yang dijangka membuahkan kerjasama dalam pelbagai bidang dan pelaksanaan projek-projek ekonomi dan prasarana, bisnes dan eksport bernilai berbilion ringgit antara kedua-dua negara.
• Rakyat Singapura Peringati Ulang Tahun Ke-150 Kelahiran Sun Yat-sen 2016-10-31
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-150 kelahiran Dr. Sun Yat-sen. Revolusi 1911 yang dipimpin olehnya mendapat sokongan daripada orang Cina dan perantau China di seberang laut. Pada masa ini, beliau tetap mempunyai prestij yang tinggi dalam kalangan orang Cina di luar negara.
• Kunjungan Najib ke China Lonjak Hubungan Akrab 2016-10-31
Kunjungan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan tiba di Beijing, China hari ini untuk lawatan rasmi selama seminggu diyakini akan memperkukuh lagi jalinan diplomatik Malaysia dan China ke satu tahap yang lebih tinggi dalam meneruskan kesinambungan hubungan baik yang sudah wujud sejak sekian lama.
• Jepun Memikat Filipina Balik ke Kem AS-Jepun 2016-10-28
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengadakan lawatan rasmi ke Jepun pada 25 hinggga 27 Oktober lalu dan bertemu dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di Jabatan Perdana Menteri di Tokyo pada 26 Oktober. Penganalisis berpendapat, hubungan AS dan Filipina terbantut pada ketika ini, manakala Jepun cuba mengambil peluang lawatan Duterte ke Jepun kali ini untuk membaik pulih hubungan AS dan Filipina agar memikat Filipina balik semula ke kem sekutu AS-Jepun.
• Lawatan Tentera Laut China Kukuhkan Hubungan Tentera China-Vietnam 2016-10-28
Dalam sorakan kira-kira seratus tokoh-tokoh warga China yang berada di Vietnam, tiga kapal bagi armada pengiring pelayaran kumpulan ke-23 tentera laut China telah mengakiri lawatan ke Vietnam, dan berlepas dari pelabuhan Cam Ranh Bay untuk kembali ke China.
• AS Ambil Sikap Berbeza terhadap Dua Pertempuran di Asia Barat 2016-10-27
Baru-baru ini, dua pertempuran sedang berlangsung di Asia Barat dan menarik tumpuan masyarakat antarabangsa, iaitu serangan terhadap Mosol yang dilancarkan kerajaan Iraq dan serangan terhadap Aleppo yang dilancarkan oleh kerajaan Syria. Kedua-dua pertempuran ini mirip dari beberapa aspek.
• Lawatan Duterte ke China Mendapat Sanjungan Sarjana dan Pegawai Filipina 2016-10-27
Lawatan sulung Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ke China pada 18 hingga 21 Oktober lalu mencapai kejayaan. China merupakan negara pertama yang dilawat Duterte selain negara-negara anggota ASEAN. Lawatan itu mendapat sanjungan yang tinggi daripada sarjana dan pegawai Filipina.
• China Diharap Mainkan Peranan Lebih Efisien dalam Hal-Ehwal Antarabangsa 2016-10-26
Seminar Antarabangsa Memperingati Ulang Tahun ke-45 Pemulihan Kerusi yang Sah Republik Rakyat China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah diadakan di Beijing pada 25 Oktober lalu. Dalam seminar yang bertemakan "Berkongsi nasib dan impian" kali ini, "mengimbas kembali sumbangan China kepada PBB" dan "peranan semakin besar yang dimainkan China dalam hal-ehwal antarabangsa" menjadi dua topik utama yang dibincangkan oleh para peserta.
• Seminar Media Arus Perdana Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN di Jakarta 2016-10-26
Delegasi China di ASEAN menganjurkan seminar media arus perdana mengenai ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN di Jakarta Indonesia baru-baru ini.
• Hubungan Jepun-Filipina Jadi Tumpuan 2016-10-25
Lawatan julung kali Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ke Jepun yang bermula pada 25 Oktober ini telah menjadi tumpuan media Jepun pada ketika ini. Dalam lawatan rasmi selama tiga hari di Jepun, Duterte bertemu dengan Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida pada hari ini, dan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada hari esok.
• China akan Merangsang Ekonomi dengan Menjana Penggunaan 2016-10-25
Pada masa akan datang, China akan mempercepat langkah untuk menghapuskan rintangan dalam sistem dan mekanisme penggunaan, memandu dan menyokong lebih banyak modal dilaburkan ke dalam bidang penggunaan yang lebih luas.
• China Kemukakan Tiga Cadangan Galakkan Kerjasama Antikeganasan 2016-10-25
Seminar Memerangi Keganasan Siber ke-2 dalam rangka Forum Antikeganasan Global diadakan di Beijiing baru-baru ini.Para peserta menyeru pelbagai negara terus berusaha untuk mencapai persepakatan, memperluas kerjasama antarabangsa dalam memerangi keganasan siber agar memberikan sumbangan kepada pemeliharaan keselamatan dan kestabilan ruang siber dan dunia.
• Perdagangan China, Filipina Dijangka Cecah USD 60 Bilion 2016-10-24
Dalam Forum Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-Filipina yang diadakan pada 20 Oktober lalu, para peserta menyatakan rasa optimis terhadap prospek kerjasama China dan Filipina dalam sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan. Mereka berpendapat, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara dijangka akan meningkat kepada USD60 bilion dan jumlah pelaburan syarikat China ke Filipina juga akan terus bertambah dalam tempoh lima tahun yang akan datang.
• Kerjasama Kapasiti Pengeluaran Penting 2016-10-21
China sentiasa mengambil bahagian secara aktif dalam kerjasama pelaburan antarabangsa, yang merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi dunia. Pada tahun 2015, jumlah pelaburan langsung China di seberang laut hampir mencecah USD145.7 bilion, sekali gus menduduki tempat kedua di dunia.
• Beijing, Manila Setuju Pulih Hubungan Secara Menyeluruh 2016-10-21
Beijing dan Manila bersetuju untuk menjernihkan dan memajukan hubungan dua hala secara menyeluruh, menangani isu Laut China Selatan secara baik melalui dialog, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kerjasama maritim.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China