Cari:
• Filipina Sukar Bebaskan Diri daripada Kebergantungan Ketenteraan AS 2016-10-06
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sekali lagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kritikan Amerika Syarikat (AS) ke atas tindakan kerajaannya untuk membanteras pengedaran dan penyalahguanaan dadah serta isu AS menjual senjata kepada Filipina. Beliau berkata, mungkin akan "berpisah" dengan AS dalam tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden.
• Kestabilan Pertumbuhan Ekonomi China Manfaatkan Ekonomi Dunia 2016-10-06
Menurut laporan Prospek Ekonomi Dunia yang diumumkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini, unjuran pertumbuhan ekonomi global tahun ini dan tahun depan dikekalkan. Sementara itu, pertumbuhan ekonomi yang agak pesat entiti ekonomi baharu seperti China dan India telah menjadi tonggak yang kukuh bagi pertumbuhan ekonomi global.
• Lee Hsien Loong: Asia Perlu Susun Semula Selaras Bangkit China 2016-10-05
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong baru-baru ini menyatakan, negara-negara di Asia malah seluruh dunia menghadapi satu perubahan yang besar, iaitu kebangkitan China.
• Sinergi Rusia-AS Tamatkan Krisis Syria Digantung 2016-10-05
Kementerian Luar Rusia semalam menyatakan bahawa kedutaan besar negara itu di Syria terkena bedilan meriam baru-baru ini, namun tiada kematian dilaporkan kecuali bangunan di sana mengalami kerosakan. Rusia mengkritik sekeras-kerasnya serangan tersebut sebagai melanggar Undang-undang Antarabangsa, dan menyalahkan perbuatan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya memikat kumpulan pemberontak di Syria bagi mencetuskan suasana huru-hara hingga mengundang pertumpahan darah.
• THAAD Tidak Akan Selesaikan Masalah Nuklear Semenanjung Korea 2016-10-04
Padang glof di Seongju-gun telah ditetapkan Kementerian Pertahanan Korea Selatan sebagai lokasi penemaptan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) baru-baru ini. Namun keputusan tersebut telah mendapat bantahan keras pendudukan tempatan dan sebahagian ahli Parlimen parti pembangkang negara itu.
• China, Myanmar Eratkan Ikatan Pauk-Phaw 2016-10-04
Karnival Pauk-Phaw China-Myanmar ke-16 disambut dengan meriah di bandar Ruili, daerah Dehong, provinsi Yunnan, kawasan sempatan China dan Myanmar, pada 3 Oktober lalu. Ketika menyebut tentang karnival kali pertama yang diadakan di bandar Mang, daerah Dehong, Yunnan pada 60 tahun yang lalu, Naib Ketua Pengarah Institut Pengajian Myanmar Akademi Sains Sosial Provinsi Yunnan, Lei Zhuning masih amat teruja.
• Rakyat China Giat Melancong Sempena Cuti Panjang Hari Kebangsaan 2016-10-03
Sempena cuti panjang hari kebangsaan, sejumlah besar rakyat China melancong ke destinasti di dalam dan luar negeri. Menurut ramalan Institut Pengajian Pelancongan, jumlah pelancong dalam negeri menambah 12 peratus berbanding dengan tempoh sama tahun yang lalu, dengan mencatat 589 juta orang sempena cuti panjang kali ini.
• Britain Mulakan Proses Brexit Sebelum Mac 2017 2016-10-03
Britain akan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) sekitar musim panas 2019, selepas Perdana Menteri negara itu, Theresa May mengisytiharkan bahawa beliau akan memulakan proses rasmi untuk Brexit atau Britain Exit sebelum Mac tahun depan. Buat kali pertama menawarkan jadual waktu yang jelas dan tindakan yang terperinci bagi pelan Brexit sejak keputusan referendum untuk Britain keluar dari EU dimuktamadkan Jun lalu, May telah mendiamkan spekulasi beberapa minggu berhubung tarikh tindakan berkenaan dengan membuat pengumuman tersebut pada majlis perasmian persidangan tahunan Parti Konservatif di Birmingham pada Ahad lalu.
• Lokasi THAAD Diganti, Bantahan Tetap Hebat 2016-09-30
Kementerian Pertahanan Korea Selatan baru-baru ini mengumumkan untuk menggantikan lokasi penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD).
• Penyertaan Renminbi dalam SDR Langkah Signifikan 2016-09-29
Mata wang Renminbi (RMB) akan dimasukkan dalam kelompok mata wang Hak Pengeluaran Khas (SDR) oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bermula 1 Oktober depan dengan perkongsian simpanan 10.92 peratus berbanding dolar Amerika, Euro, Yen dan Pound Sterling. Penyertaan Renminbi dalam kelompok mata wang rizab merupakan petanda signifikan dalam usaha mentransformasi ekonomi kedua terbesar dunia ini untuk menjadi lebih terbuka.
• Kerjasama Laos-China Semakin Kukuh 2016-09-29
Menurutnya, inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) yang dikemukakan oleh China amat sesuai dengan strategi Laos. Inisiatif itu akan menjadi penggerak bagi pembangunan Laos dan serantau.
• Pencemaran Udara di Dunia Semakin Serius 2016-09-28
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengumumkan laporan tentang situasi pencemaran udara sejagat serta pengaruhnya terhadap kesihatan manusia.
• Dunia Manfaatkan Perkembangan pelancongan China 2016-09-28
Kini, bercuti tidak kiralah di dalam negara mahupun ke luar negara sudah menjadi satu cara hidup yang dijalani masyarakat China. Statistik terkini menunjukkan, bermula dari Januari hingga Jun lalu, destinasi domestik meningkat 10.47 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas dengan menerima kunjungan sebanyak 2.23 bilion orang, manakala bilangan yang melawat ke luar negara bertambah sebanyak 4.3 peratus, mencatat kira-kira 59 juta orang.
• China Komited Lindungi Kepentingan OKU 2016-09-27

Sidang Kerja Hal Ehwal Orang Kurang Upaya (OKU) China ke-5 diadakan semalam. Menurut sidang tersebut, China akan menyempurnakan sistem jaminan hak dan kepentingan serta perkhidmatan awam bagi golongan OKU.

• Pembangunan Mampan, Matlamat Bersama China dan ASEAN 2016-09-27
Simposium mengenai Pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 diadakan di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini, yang diserikan dengan kehadiran Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu, Timbalan Setiausaha Agung ASEAN, Vongthep Arthakaivalvatee, dan Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Xu Haoliang, yang juga Ketua Pengarah Biro Kawasan Asia Pasifik Program Pembangunan PBB (UNDP).
• Perincian Antikeganasan Menjangkau Komuniti 2016-09-26
Kerajaan Singapura kelmarin secara rasmi mengumumkan Kempen Perlindungan Keluarga bagi menjamin keselamatan setiap penduduk. Sebagai tindakan kecemasan antikeganasan yang menyasarkan komuniti dan taman perumahan di seluruh negara, Kempen tersebut merupakan sebahagian yang penting dalam pelaksanaan rancangan antikeganasan Singapura dan juga merupakan tindakan yang terkini untuk menentang keganasan dan memelihara kestabilan masyarakat
• FAST, Pencapaian Cemerlang China dalam Astronomi 2016-09-26
Teleskop radio terbesar di dunia yang dihasilkan oleh China memulakan operasinya pada Ahad lalu. Pencapaian yang signifikan ini mengejutkan dunia kerana bakal meningkatkan kemampuan saintis China meneliti angkasa lepas. Teleskop Radio Apertur Sfera atau FAST yang memiliki bukaan kanta sehingga lima ratus meter dibina di lembah berbukit-bukau di provinsi Guizhou, barat daya China.
• Pelaburan Langsung Ke Luar Negara China 2015 Lonjak ke Tempat Kedua Dunia 2016-09-23
Komunike Statistik Pelaburan Langsung Ke Luar Negara China 2015 dikeluarkan di Beijing semalam. Menurut dokumen itu, jumlah pelaburan langsung China ke luar negeri pada tahun itu melonjak ke tempat kedua di dunia.
• Ekonomi dan Pelancongan Asia Tenggara Terjejas Akibat Penularan Wabak Zika 2016-09-23
Indonesia dan negara di Asia Tenggara yang lain masing-masing meningkatakan amaran kesihatan awam untuk mencegah dan mengawal penularan wabak virus Zika berikutan peningkatan kes jangkitan virus Zika di Singapura dan Thailand sejak memasuki musim hujan pada bulan Ogos lalu. Ancaman virus Zika turut mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat pelbagai negara di rantau Asia Tenggara.
• Li Keqiang Tegaskan Kewibawaan PBB Mesti Dipelihara 2016-09-22
Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika berucap dalam perbahasan umum bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-71 pagi semalam menegaskan bahawa sistem antarabangsa yang berteraskan PBB dan norma hubungan antarabangsa yang berdasarkan Piagam PBB mesti dipelihara dengan tegas.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China