Cari:
• Singapura Perkenal Peta Transformasi Sektor Runcit 2016-10-20
Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura (MTI) memperkenalkan Peta Transformasi Industri (ITM) bagi sektor perniagaan runcit baru-baru ini, yang membolehkan peruncit setempat menerima bantuan lebih bersepadu bagi memanfaatkan dan mempelajari pelbagai saluran jualan termasuk e-dagang serta menggunakan teknologi di bawah peta tersebut
• Ekonomi China Kekal Mampan 2016-10-20
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China pada suku ketiga tahun ini mengekalkan kadar pertumbuhan yang dicatatkan suku pertama dan kedua, iaitu sebanyak 6.7%, sepertimana yang dijangkakan pasaran. Melihat data yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Negara (NBSC) itu, institusi kewangan dan penganalis dari seluruh dunia semakin optimistik terhadap prospek ekonomi China.
• Beijing, Manila Ikhlas Perkukuh Kemesraan dan Kerjasama 2016-10-19
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang mengetuai delegasi seramai 250 usahawan, tiba di Beijing malam tadi untuk lawatan rasmi sulungnya selama empat hari ke China. Lawatan tersebut merupakan lawatan pertama Duterte ke negara di luar rantau ASEAN sejak menyandang jawatan Presiden Filipina
• Misi Angkasawan di Tiangong-2 Bermula 2016-10-19
Selepas terbang selama dua hari di ruang angkasa, kapal angkasa kendalian manusia, Shenzhou-11 berjaya bercantum dengan modul eksperimen Tiangong-2 secara automatik awal pagi tadi.
Dua angkasawan, Jing Haipeng dan Chen Dong yang memasuki Tiangong-2 tiga jam selepas percantuman itu dilakukan, akan menjalankan siri uji kaji perubatan dan sains aeroangkasa dalam tempoh 30 hari akan datang. 
• Lawatan Presiden Xi Buahkan Hasil 2016-10-18
Di Phnom Penh dan Dhaka, Presiden Xi bersama-sama dengan pemimpin Kemboja dan Bangladesh komited untuk mengerat lagi ikatan persahabatan dan jalinan kerjasama; di Goa pula, beliau berserta pemimpin negara BRICS lain bersepakat meningkatkan sinergi dalam menangani cabaran dan mewujudkan pembangunan mampan demi masa depan lebih cemerlang
• Duterte Optimistik Terhadap Hubungan Filipina-China 2016-10-18
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dijadualkan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 18 hingga 21 Oktober ini atas undangan Presiden Xi Jinping. Dalam temu bual eksklusif bersama wartawan Agensi Berita Xinhua China menjelang lawatan tersebut, Duterte melahirkan harapan supaya kerjasama ekonomi dan perdagangan serta hubungan persahabatan tradisional antara Manila dengan Beijing terus diperkukuh.
• Lawatan Duterte Diharap Perkukuh Kerjasama Pragmatik China-Filipina 2016-10-17
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte akan mengadakan lawatan sulung ke China pada 18 hingga 21 Oktober ini atas undangan Presiden Xi Jinping. Beijing dan Manila berusaha gigih untuk melicinkan segala urusan berkaitan dengan lawatan tersebut.
• China Kemuka Saranan Tangani Cabaran Bersama BRICS 2016-10-17
Pertemuan ke-8 pemimpin-pemimpin negara anggota BRICS (iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) diadakan di Goa, India semalam. Dalam pertemuan itu, Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan yang bertajuk "Teguhkan Keyakinan demi Pembangunan Bersama", di samping mengemukakan saranan untuk menangani cabaran yang dihadapi bersama negara BRICS.
• Lawatan Xi ke Kemboja Buahkan Hasil Cemerlang 2016-10-14
Presiden China, Xi Jinping, yang dalam rangka lawatan rasmi ke Kemboja, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh petang semalam.
• Persidangan Internet Dunia ke-3 Diadakan di Wuzhen Bulan Depan 2016-10-14
Persidangan Internet Dunia (WIC) ke-3 bakal diadakan di Wuzhen, provinsi Zhejiang China pada bulan November nanti. Presiden China, Xi Jinping akan menyampaikan ucapan melalui video.
• Hun Sen: Lawatan Xi Memperkasakan Perkongsian Strategik Kemboja-China 2016-10-13
Sempena Presiden China, Xi Jinping mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen telah diwawancara oleh media China di Phnom Penh baru-baru ini. Beliau menyatakan bahawa lawatan Presiden Xi kali ini akan memperkukuh persahabatan tradisional antara kedua-dua negara ini dan pasti akan menggalakkan perkongsian strategik Kemboja-China melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi.
• Pelaburan China Galakkan Pembangunan Kemboja 2016-10-13
Presiden China, Xi Jinping dijadualkan bertolak dari Beijing untuk memulakan lawatan ke Kemboja hari ini. Seiring dengan peningkatan hubungan kedua-dua negara, semakin banyak syarikat China melabur di Kemboja dan ini turut menggalakkan perkembangan industri tempatan di samping membantu meningkatkan taraf hidup rakyat tempatan.
• China Tegaskan Pembinaan Pola Keselamatan yang Adil dan Berkongsi 2016-10-12
Forum Xiangshan ke-7 dirasmikan di Beijing semalam. Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan ketika berucap dalam majlis perasmian menyatakan bahawa jabatan pertahanan dan tentera China bersedia berusaha bersama-sama dengan pelbagai pihak untuk membina pola keselamatan dunia yang adil dan berkongsi.
• Persahabatan China-Kemboja Kian Kukuh 2016-10-12
Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja pada 13 hingga 14 Oktober ini. Ini akan membuka lembaran baharu dalam hubungan persahabatan kedua-dua negara ini.
• Kemboja Nantikan Lawatan Presiden Xi Jinping 2016-10-11
Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja bulan ini. Beliau dan Raja Kemboja, Norodom Sihamoni ketika mengadakan rundingan di Beijing pada bulan Jun lalu telah bersetuju untuk bersama-sama merapatkan perkongsian stategik komprehensif kedua-dua negara. Sempena lawatan Xi ke Kemboja, pelbagai kalangan masyarakat Kemboja telah melahirkan harapan dan menanti-nantikan lawatan beliau kali ini.
• Xi Jinping Bakal Melawat Kemboja, Bangladesh dan India 2016-10-11
Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja dan Bangladesh, dan menghadiri Pertemuan Pemimpin Negara-negara BRICS ke-8 yang akan diadakan di Goa, India pada 13 hingga 17 Oktober ini.
• China Utamakan Inovasi dan Keselamatan Internet 2016-10-10
Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) telah mengadakan sesi pelajaran mengenai pelaksanaan strategi pembinaan negara yang kuat dalam Internet. Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping menyatakan bahawa China akan berusaha keras untuk membangunkan China sebagai negara yang kuat dalam bidang Internet.
• Hubungan AS-Rusia Menemui Kebuntuan Baharu 2016-10-10
Dua draf resolusi mengenai krisis di Syria yang digubal masing-masing oleh Perancis dan Sepanyol, serta Rusia gagal diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) kelmarin. Ini kali kelima Rusia menveto resolusi mengenai isu Syria setelah konflik tercetus di negara itu. Manakala, resolusi anjuran Rusia pula gagal diluluskan kerana jumlah undi menyokong tidak cukup. Oleh itu, isu Syria sekali lagi menjadi punca utama tercetusnya pertikaian baharu antara Amerika Syarikat (AS) dengan Rusia.
• Perjanjian Paris Belum Tentu Nasibnya di AS 2016-10-07
Tetapi menurut penganalisis AS, bantahan yang semakin kuat daripada Kongres serta perselisihan antara parti pemerintah dengan parti pembangkang akan menjejaskan perjanjian tersebut daripada dilulus di AS.
• Tinjauan Pendapat: 76% Puas Hati Prestasi Duterte 2016-10-07
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dinilai sebagai "amat baik" dalam satu tinjauan pendapat bebas sempena tiga bulan beliau menyandang jawatan pemimpin nombor satu negara itu, berikutan kempen memerangi dadah anjuran beliau yang mengakibatkan lebih 3,000 orang suspek dibunuh serta pelbagai kenyataan kontroversi yang dilemparkan kepada dunia Barat.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China