Cari:
• Mesyuarat Menteri Luar China, Jepun dan Korea Selatan di Tokyo 2016-08-25
Mesyuarat Menteri Luar China, Jepun dan Korea Selatan ke-8 diadakan di Tokyo semalam. Menteri Luar China, Wang Yi, Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida dan Menteri Luar Korea Selatan, Yun Byung-se menyertai mesyuarat itu.
• Sidang G20 Buka Peluang Kerjasama Baharu kepada China dan Indonesia 2016-08-25
Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan 20 (G20) bakal diadakan di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang China pada bulan September. Berhubung dengan Sidang Kemuncak G20 kali ini, beberapa sarjana dari Indonesia yang menerima wawancara khas Agensi Berita Xinhua baru-baru ini masing-masing berharap China yang diiktiraf sebagai penstabil dan enjin dapat membantu Indonesia mewujudkan pertumbuhan ekonomi dalam keadaan ekonomi global merosot pada ketika ini.
• Dasar Duterte untuk Mewujudkan Keamanan Negara Berkesan 2016-08-24
Pada 22 Ogos lalu, Kementerian Luar dan Jabatan Presiden Filipina masing-masing menjelaskan bahawa Filipina tidak merancang untuk menarik diri dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sehari sebelum itu, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengeluarkan ancaman bahawa Filipina akan menarik diri dari PBB kerana tidak berpuas hati terhadap pandangan PBB mengenai dasar antidadah yang diamalkan kerajaan Filipina.
• China dan ASEAN Rancang Kerjasama Kapasiti Pengeluaran 2016-08-24
China dan ASEAN dijangka akan mengeluarkan Perisytiharan Bersama tentang Kerjasama Kapasiti Pengeluaran China-ASEAN untuk menggalakkan kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang itu pada Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun ke-25 Terjalinnya Hubungan Dialog China-ASEAN yang bakal diadakan di Laos bulan depan.
• Lawatan Aung San Suu Kyi ke China Menjadi Fokus Media Myanmar 2016-08-23
Lawatan rasmi Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi ke China pada 17 hingga 21 Ogos lalu telah menarik perhatian masyarakat di Myanmar. Pelbagai media arus perdana negara itu memperhatikan agenda lawatan Aung San Suu Kyi di China dan membuat liputan yang positif berhubung lawatan yang dianggap membuka lembaran baharu kepada perkembangan hubungan China dan Myanmar.
• China Kekal Menyumbang kepada Pemulihan Ekonomi Dunia 2016-08-23
Sempena Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan 20 (G20) yang bakal diadakan di Hangzhou China pada minggu depan, prestasi ekonomi China semakin menarik perhatian sektor ekonomi sejagat
• Rundingan Damai Kerajaan Filipina dan NPA Disambung Semula 2016-08-22
Rundingan damai antara pihak kerajaan Filipina dan Tentera Rakyat Baharu (NPA) diadakan di Oslo, Norway pada 22 hingga 26 Ogos ini. Hal ini merupakan langkah percubaan yang penting bagi kerajaan Filipina untuk menggalakkan proses perdamaian negaranya.
• China Galakkan Perkembangan Perdagangan Luar 2016-08-22
Pegawai Kementerian Perdagangan Luar China menyatakan bahawa memandangkan perdagangan luar China sedang menghadapi tekanan kemerosotan, kerajaan akan melaksanakan dasar berkenaan bagi menggalakkan perkembangan perdagangan luar dengan stabil.
• PBB Gesa Gencatan Senjata Diwujudkan di Syria 2016-08-19
Sempena sambutan Hari Kemanusiaan Sedunia pada 19 Ogos ini, utusan khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Syria, Staffan de Mistura menggesa pihak-pihak yang bertelagah di Syria mewujudkan gencatan senjata sementara selama 48 jam di Aleppo, utara negara itu bagi memberi akses kepada penyaluran bantuan kemanusiaan ke wilayah berkenaan.
• China, Myanmar Warisi Ikatan "Pauk-Phaw" 2016-08-19
Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam rundingan dengan Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi di Beijing semalam, menegaskan kesediaan China untuk mengintensifkan penyelarasan strategi pembangunan serta kerjasama pragmatik dengan Myanmar demi situasi menang-menang dan manfaat rakyat kedua-dua negara.
• Dasar Ekonomi Baharu Myanmar Jadi Tumpuan 2016-08-18
Kerajaan Myanmar pimpinan Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) mengeluarkan dokumen pertama yang berkaitan dengan dasar ekonomi baru-baru ini. Dokumen yang merangkumi 12 langkah rangsangan itu turut menarik perhatian masyarakat antarabangsa.
• Pembinaan B&R Capai Kemajuan Menggalakkan 2016-08-18
Presiden China, Xi Jinping yang menghadiri simposium mengenai inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) di Beijing semalam, menyeru supaya langkah-langkah proaktif diambil untuk memajukan pembinaan B&R secara berperingkat-peringkat demi manfaat rakyat sepanjang jalan sutera
• Laluan Sutera Maritim Jana Ekonomi Serantau 2016-08-17
Forum Perniagaan Serantau yang bertemakan "Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21" diadakan di Singapura semalam. Forum itu disertai lebih 500 perwakilan dari 38 buah negara dan penganjurannya mendapat sokongan padu Kedutaan Besar China di Singapura.
• Mesyuarat Pegawai Kanan DOC Buahkan Hasil 2016-08-17
China dan negara-negara ASEAN mengadakan mesyuarat pegawai kanan ke-13 mengenai pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) di Mongolia Dalam, utara China semalam. Para peserta bersepakat untuk melaksanakan sepenuhnya DOC, menyelesaikan pertikaian secara damai melalui rundingan, menangani perselisihan dalam rangka peraturan serantau dan memperkasakan kerjasama maritim
• Persidangan Panglong Buka Lembaran Baharu Proses Damai Myanmar 2016-08-16
Persidangan Etnik Panglong Abad Ke-21 yang bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara semua kaum Myanmar akan diadakan pada 31 Ogos ini. Persidangan tersebut bakal membuka lembaran baharu dalam sejarah proses damai negara itu.
• Sidang Kemuncak G20 Diharap Cipta Wawasan Baharu Tadbir Urus Ekonomi Global 2016-08-16
Sidang Kemuncak G20 ke-11 bakal diadakan di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang, timur China pada 4 hingga 5 September ini. Presiden China, Xi Jinping akan mempengerusikan sidang kemuncak tersebut. Kini, kerja-kerja persiapan berjalan dengan lancar. China berharap sidang kemuncak ini dapat mencipta wawasan baharu sekali gus menyediakan daya penggerak baharu kepada pertumbuhan ekonomi dunia, kerjasama ekonomi antarabangsa dan tadbir urus ekonomi global
• Jepun Perlu Dengar Suara Negara Jiran 2016-08-15
Hari ini (15 Ogos 2016) merupakan ulang tahun ke-71 kekalahan Jepun dalam Perang Dunia II (WWII). Akhbar Renminribao China menerbitkan rencana yang ditulis oleh Takashi Ishida, penyelidik dari Institut Penyelidikan Kedamaian Antarabangsa, Universiti Gakuin Meiji, untuk menggesa Jepun mendengar suara negara-negara jiran yang menjunjung keadilan
• Duterte Optimistik terhadap Hubungan Filipina-China 2016-08-15
Perkembangan hubungan antara Filipina dengan China mencapai hasil yang ketara sejak terjalinnya ikatan diplomatik pada 41 tahun lalu dan hubungan tersebut kekal sihat dan dinamik, baik dalam kerjasama mahupun bidang-bidang yang masih berdepan cabaran. Demikian dinyatakan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam temu bual bersama wartawan China baru-baru ini.
• Pelaburan China Rangsang Pembinaan Infrastruktur Indonesia 2016-08-12
Pada masa ini, banyak syarikat China terutamanya syarikat swasta mengembangkan perniagaan di Indonesia. Menurut statistik kasar, terdapat lebih 1,000 buah syarikat China menjalankan urus niaga di Indonesia yang meliputi sektor besi keluli, bahan binaan, petrokimia, hasil laut, kereta, pertanian, tekstil dan e-dagang.
• China Giatkan Pembaharuan Struktur Sumber Tenaga 2016-08-12
Kini China sedang mempergiat penyunsunan semula struktur sumber tenaga dengan menambah kadar penggunaan tenaga bersih seperti tenaga bukan fosil dan gas asli supaya membentuk sistem sumber tenaga yang moden.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China