Cari:
• China Pererat Hubungan dengan ASEAN 2016-09-08
Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menghadiri Sidang Pemimpin ASEAN-China (10+1) ke-19 dan Sidang Kemuncak Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog ASEAN-China di Vientiane, Laos semalam. Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith bersama-sama mempengerusikan persidangan yang turut dihadiri pemimpin dari 10 buah negara ASEAN. Li mengemukakan lima cadangan bagi mempererat hubungan antara China dengan ASEAN.
• Yang Jiechi: Hasil Sidang Kemuncak G20 Memberangsangkan 2016-09-07
Sidang Kemuncak Ke-11 Kumpulan 20 (G20) telah berakhir di Hangzhou Isnin lalu. Ahli Dewan Negara, Yang Jiechi ketika diwawancara oleh wartawan di Hangzhou semalam menyatakan bahawa sidang kali ini amat signifikan kerana diadakan semasa situasi krisis kewangan antarabangsa paling rumit dan menghadapi pelbagai cabaran serta dinanti-nantikan pelbagai pihak.
• Peristiwa Bersejarah dalam Peningkatan Rasa Kesalingpercayaan Politik China-ASEAN 2016-09-07
Sidang Pemimpin China-ASEAN (10+1) ke-19 dan Sidang Kemuncak Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN diadakan di Vientiane, ibu negara Laos, negara pengerusi bergilir ASEAN hari ini. Dua dokumen iaitu Garis Panduan Wadah Talian Penting Diplomat Kanan demi Kejadian Maritim Cemas China-ASEAN, dan China dan ASEAN Melaksanakan "Peraturan Pertemuan Luar Jangkaan di Laut" di Laut China Selatan, telah diluluskan dalam persidangan tersebut.
• Sidang Kemuncak G20 Berakhir 2016-09-06
Sidang Kemuncak Ke-11 Kumpulan 20 (G20) telah berakhir di Hangzhou petang semalam. Sebagai tuan rumah, Presiden China, Xi Jinping telah menjelaskan pencapaian sidang kemuncak kali ini dalam sidang akhbar berkenaan.
• China dan ASEAN Cari Peluang Bersama 2016-09-06
Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri siri persidangan pemimpin kerjasama Asia Timur yang bakal diadakan di Laos. Sebelum persidangan ini, Presiden Institut Pembangunan dan Strategi Longus, iaitu kumpulan pemikir Singapura, Koh Chin Yee ketika diwawancara oleh wartawan CRI menyatakan bahawa jurang perbezaan pembangunan antara China dengan ASEAN turut mewujudkan struktur ekonomi yang saling melengkapi antara kedua-dua pihak. Ia juga melahirkan cara kerjasama yang berlainan antara negara-negara ASEAN dengan China.
• Ban Ki-moon Sanjung Tinggi Sidang Kemuncak G20 2016-09-05
Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) telah diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Hangzhou, China semalam. Satu kemajuan yang penting telah dicapai dalam agenda sidang tersebut mengenai topik perubahan iklim, dan ia akan mendorong Agenda Pembangunan Berterusan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
• Xi Jinping Sampaikan Ucaptama dalam Sidang Kemuncak G20 2016-09-05
Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) telah dirasmikan di Pusat Pameran Antarabangsa Hangzhou, China petang semalam. Presiden China, Xi Jinping telah mempengerusikan sidang tersebut dan menyampaikan ucaptama.
• Sidang Kemuncak G20 Akan Rangsang Ekonomi Sejagat 2016-09-02
Tema sidang kemuncak G20 kali ini memperlihatkan elemen China yang sebenarnya hampir serupa dengan lima konsep yang terkandung dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-13 negara ini, iaitu 'inovasi, penyelarasan, hijau, terbuka dan berkongsi'
• Sidang Kemuncak G20 Akan Rangsang Ekonomi Sejagat 2016-09-02
Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan 20 (G20) yang bertemakan "Membina Ekonomi Dunia yang Inovatif, Dinamik, Salinghubung dan Inklusif" bakal diadakan di Hangzhou, China pada 4 hingga 5 September nanti.
• G20 Fokuskan Pertumbuhan Dipacu Inovasi 2016-09-02
Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan 20 (G20) yang bakal membuka tirainya di bandar Hangzhou di pesisir tenggara China, hujung minggu ini, dianggap berperanan penting dalam memecut pelaksanaan reformasi dan inovasi, meneroka dan memanfaatkan peluang baharu, mengoptimumkan pertumbuhan ekonomi global buat jangka sederhana dan panjang, serta membantu mengendalikan urusan ekonomi dunia dan sistem perdagangan global.
• Kerjasama China-ASEAN Makin Matang 2016-09-01
Kementerian Luar China menyifatkan kehadiran Perdana Menteri Li Keqiang dalam beberapa sidang berprestij di rantau Asia yang bakal membuka tirainya di Laos, minggu depan, sebagai pemangkin kepada ikatan kerjasama antara China dengan ASEAN yang melangkah ke fasa lebih matang, sekali gus kesempatan baik bagi Beijing mengemukakan saranan yang boleh membantu memperkasakan kerjasama kedua-dua pihak.
• Sidang Kemuncak G20 Penting bagi Hubungan China-Eropah 2016-09-01
Pakar dari Akademi Sosial China, Jiang Li ketika diwawancara baru-baru ini berkata, Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan 20 (G20) yang bakal diadakan di Hangzhou, China akan memberikan pengaruh yang penting bagi hubungan ekonomi China-Eropah malah ekonomi di seluruh dunia.
• China Akan Pimpin Pembaharuan Struktur Sejagat 2016-08-31
Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan 20 (G20) yang bakal diadakan di Hangzhou, China akan mengemukakan konsep baharu tentang pembangunan serta menfokuskan pembaharuan struktur bagi merangsang pertumbuhan. Pakar-pakar China berpendapat bahawa dari pembaharuan terhadap struktur di China boleh kelihatan roadmap bagi pembangunan sejagat.
• Persidangan Panglong Abad Ke-21 Dorong Proses Damai Myanmar 2016-08-31
Persidangan Panglong Abad Ke-21 yang dianggap sebagai pendekatan wajar untuk mewujudkan permuafakatan antara semua kaum di Myanmar dan mencapai kedamaian yang berkekalan di negara itu, membuka tirainya hari ini (31 Ogos). Persidangan tersebut bakal membuka lembaran baharu dalam sejarah proses damai Myanmar.
• G20 Perkasakan Inovasi dan Kewangan Hijau 2016-08-30
Pakar dari Institut Pengajian Asia Timur Universiti Kebangsaan Singapura, Chen Gang ketika diwawancara baru-baru ini telah membentangkan peranan G20 serta pandangan tentang pembinaan ekonomi dunia yang bersifat inovatif dan inklusif.
• Operasi Percubaan Keretapi Laju Buatan China di Bangkok 2016-08-30
Keretapi 13 gerabak buatan China dimulakan operasi percubaan secara rasmi pada 29 Ogos lalu melibatkan laluan dari Bangkok ke Chiangmai. Sempena majlis pelancaran keretapi baharu itu, Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha berikrar akan meningkatkan kecekapan sistem keretapi negara itu dalam merentas arus kemodenan.
• Pegawai Indonesia: Inisiatif B&R Penting bagi Ekonomi Sejagat 2016-08-29
Indonesia memberikan perhatian yang tinggi tentang peningkatan pelaburan terhadap infrastruktur dengan menggunakan dasar kewangan. Inisiatif B&R dilihat amat sesuai untuk membantu menjalankan tugas tersebut.
• Rai Ulang Tahun Ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN 2016-08-29
Satu forum bertemakan "Persahabatan China-ASEAN Kekal Abadi" yang dianjurkan oleh Bank Bangkok di Thailand baru-baru ini diadakan untuk menyerikan lagi sambutan ulang tahun ke-25 terjalinnya ikatan mesra sejati antara China dengan ASEAN. Para hadirin berharap agar kedua-dua pihak dapat terus memperkasakan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, kesalinghubungan, dan lain-lain pada masa akan datang.
• Harapan Tipis TPPA Mendapat Pengesahan Kongres AS 2016-08-26
Presiden Amerika Syarikat(AS), Barak Obama sedang mengerahkan semua anggota kabinetnya memujuk Kongres AS untuk mengesahkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik(TPPA) selepas pilihan raya Presiden AS yang dijadualkan diadakan pada bulan November tahun ini agar kesan dasar perdagangan yang diamalkannya di rantau Asia-Pasifik dapat diperkukuh.
• Rancangan Pencegahan Rasuah G20 Bakal Dikeluarkan di Hangzhou 2016-08-26
Kumpulan 20 (G20) mula membincangkan isu pencegahan rasuah pada Sidang Kemuncak G20 yang diadakan di Pittsburgh pada tahun 2009, dan memutuskan untuk menubuhkan kumpulan kerja pencegahan rasuah pada Sidang Kemuncak G20 yang diadakan di Toronto pada tahun 2010. Pertubuhan antarabangsa ini sentiasa komited kepada kerjasama untuk memerangi rasuah.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China