Cari:
• China-ASEAN Naik Taraf Kerjasama Pendidikan 2016-09-22
Simposium Kerjasama dan Keterbukaan Pendidikan China(Guangxi)-ASEAN telah diadakan di bandar Nanning, Guangxi pada 21 September lalu. Simposium kali ini turut dihadiri oleh hampir 200 perwakilan dari 69 buah sekolah bahasa Manfarin dan institut pengajaran bahasa Mandarin dari sembilan negara.
• Keadaan Perlindungan Tembok Besar China Diperbaiki 2016-09-21
20 September merupakan ulang tahun ke-10 pengeluaran Peraturan Perlindungan Tembok Besar China. Siri aktiviti turut diadakan di 15 buah provinsi dan bandar sepanjang Tembok Besar, termasuklah provinsi Hebei dan Mongolia Dalam untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap perlingdungan Tembok Besar.   
• Li Keqiang Pengerusikan Simposium Agenda Pembangunan Mampan 2030 2016-09-21

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah mempengerusikan dan menyampaikan ucapan dalam simposium mengenai Agenda Pembangunan Mampan 2030 di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York petang kelmarin waktu tempatan.

• Laporan Kerja Kerajaan Thailand Ulangi Strategi 4.0 2016-09-20
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha bersama-sama dengan enam Timbalan Perdana Menteri negara itu mengeluarkan laporan kerja kerajaan di Bangkok baru-baru ini. Prayuth ketika membentangkan laporan tersebut menyatakan bahawa kerajaan berjaya memulihkan imej negara Thailand yang dikenali sebagai "negara senyum" dalam tempoh dua tahun pentadbirannya.
• Li Keqiang: China Sedia Pikul Tanggungjawab dalam Tangani Isu Pelarian dan Imigran 2016-09-20
China sebagai negara membangun yang besar bersedia memikul tanggungjawab setimpal dengan kemampuan sendiri dan akan mengambil langkah-langkah kemanusiaan di samping berunding secara aktif dengan institusi antarabangsa berkenaan dan negara membangun untuk menjalankan kerjasama tiga pihak dalam menangani isu pelarian dan imigran.
• Syarikat Swasta China Terokai Ruang Perkembangan Sempena Pembinaan Inisiatif B&R 2016-09-19
Sejak inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dikemukakan pada tiga tahun yang lalu, China telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan lebih 30 buah negara untuk menjayakan usaha itu.
• China Rebut Peluang Perkembangan Tenaga Bersih di Pasaran ASEAN 2016-09-19
Lebih seratus perwakilan daripada China dan negara-negara ASEAN mengadakan perbincangan mengenai kerjasama tenaga elektrik antara China dan ASEAN pada subforum sempena Ekspo China-ASEAN ke-13 di bandar Nanning, provinsi Guangxi baru-baru ini.
• Lawatan PM Li ke Benua Amerika Signifikan 2016-09-16
Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-71 di New York dan mengadakan lawatan rasmi ke Kanada dan Cuba pada 18 hingga 28 September ini atas undangan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Presiden Majlis Negara Cuba, Raul Castro
• Di Sebalik Keengganan Filipina Bersekutu dengan AS 2016-09-16
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte baru-baru ini berkata bahawa pihaknya tidak akan menyertai lagi rondaan bersama dengan Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan. Beliau juga meminta AS mengundurkan tentera dari selatan Filipina.
• China Galak Pemiawaian Jana Penaiktarafan Perindustrian 2016-09-15
Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam ucapannya pada Persidangan Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) ke-39 di Beijing semalam, menegaskan perlunya melaksanakan sepenuhnya strategi pemiawaian bagi mempercepat penaiktarafan perindustrian dan menjana pertumbuhan ekonomi. Beliau menyifatkan pemiawaian sebagai teras daya saing sesebuah negara, yang akan dimasukkan dalam agenda pembaharuan China
• Penaiktarafan CAFTA Pacu Kerjasama China-ASEAN 2016-09-15
Sebuah trak angkat susun tanpa pemandu keluaran Syarikat Jentera Xiagong Xiamen Berhad (XGMA) yang dipamerkan dalam Ekspo China-ASEAN ke-13 menarik perhatian para pengunjung. Pegawai XGMA, Mo Haijin memberitahu wartawan bahawa kini terdapat sebanyak 500 hingga 600 buah produk yang dihasilkan syarikat mereka dieksport ke negara ASEAN setiap tahun, dengan kebanyakannya adalah produk pintar yang berteknologi tinggi.
• Pemimpin Perniagaan China, ASEAN Bincang Kerjasama Perindustrian 2016-09-14
Forum yang dihadiri hampir 400 wakil komuniti perniagaan itu menyasarkan untuk membentuk platform dialog dan pertukaran antara pemimpin perniagaan China-ASEAN, mewujudkan mekanisme jangka panjang, sekali gus meningkatkan lagi penyepaduan perindustrian, kerjasama kapasiti pengeluaran dan pelaburan antara kedua-dua pihak
• Prestasi Ekonomi China Makin Menggalakkan 2016-09-14
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Biro Statisik Negara China (NBS) semalam, jumlah pelaburan aset tetap negara ini menyaksikan pertumbuhan sebanyak 8.1% dari Januari hingga Ogos tahun ini, manakala pelaburan swasta pula meningkat 2.1%.
• Kerjasama Pemanduan Arah Satelit China-ASEAN Capai Kemajuan 2016-09-13
Forum Kerjasama Pemanduan Arah Satelit China-ASEAN diadakan di Nanning, Guangxi pada 12 September lalu. Ketua pereka bentuk Sistem Satelit Pandu Arah Beidou, Yang Changfeng dalam forum itu berkata, ketepatan penentududukan sistem tersebut akan terus ditingkatkan pada masa akan datang.
• Pelaksanaan Gencatan Senjata Syria Berdepan Kesukaran 2016-09-13
Perjanjian gencatan senjata Syria, hasil perbincangan panjang antara Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov di Geneva, berkuat kuasa semalam. Gencatan senjata tersebut, yang dilihat sebagai peluang terbaik untuk menamatkan perang saudara selama lima tahun di Syria, dipatuhi oleh kebanyakan kawasan di negara itu.
• Hillary Bergelut Krisis Kredibiliti 2016-09-12
Menjelang pilihan raya tersebut, isu kredibiliti calon Presiden daripada Parti Demokrat, Hillary Clinton menjadi perhatian umum. Selain bergelut dengan skandal berhubung penggunaan pelayan emel peribadi untuk urusan rahsia kerajaan, hasil siasatan terkini juga menunjukkan Hillary disyaki menyediakan "layanan istimewa" kepada penderma Yayasan Clinton semasa menyandang jawatan Setiausaha Negara AS.
• CAEXPO, CABIS Galas Misi B&R 2016-09-12

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-13 dirasmikan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi semalam. CAEXPO dan CABIS yang bertemakan "Gabung Tenaga Bina Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, Bentuk Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN yang Lebih Kukuh" itu menggalas misi penting untuk meningkatkan sinergi China-ASEAN dalam usaha menjayakan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

• Li Keqiang: Kerjasama Asia Timur Patut Dorong Keamanan, Kestabilan dan Kemakmuran Serantau 2016-09-09
Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-11 di Vientiane, Laos semalam. Sidang itu turut dihadiri pemimpin dari 10 buah negara anggota ASEAN, Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), Rusia, Jepun, India, Australia, New Zealand, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
• Sidang Kemuncak Asia Timur ke-11 Tumpukan Kerjasama dan Keselamatan Serantau 2016-09-09
Sidang Kemuncak Asia Timur ke-11 telah diadakan di Vientiane, ibu negara Laos semalam. Menurut Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin, negara-negara Asia Timur perlu mempergiat kerjasama dan mewujudkan kesalingpercayaan untuk bersama-sama menjaga keamanan dan keselamatan serantau, di samping memelihara kemakmuran ekonomi Asia Timur.
• Sidang Kemuncak ASEAN Fokuskan "Kesalinghubungan Dalam & Kerjasama Luar" 2016-09-08
Sidang Kemuncak ASEAN ke-28 dan ke-29 telah diadakan di Vientiane, Laos pada 6 hingga 7 September lalu. Pemimpin dari 10 buah negara ASEAN bersepakat akan meningkatkan kerjasama dalam ASEAN, mendorong pembinaan komuniti, serta merapatkan hubungan ASEAN dengan rakan-rakan dialog dan masyarakat antarabangsa.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China