v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

v GE Akan Tubuhkan Ibu Pejabat Baru di Tanah Besar China 2008-09-19
Baru-baru ini, "Forum Teknologi Tinggi General Electric" memaklumkan bahawa syarikat tersebut (GE) akan menubuhkan ibu pejabat barunya di 5 buah bandar di Tanah Besar, iaitu di Shenyang, Wuhan, Chengdu, Xi'an dan Guangzhou.
v Industri Buah-buahan di Lembangan Tarim Menyumbang 4 Bilion RMB Setiap Tahun 2008-08-04
Jumlah kawasan tanaman buah-buahan di sekitar Lembangan Tarim terus meningkat dari setahun ke setahun hingga membentuk satu kawasan pengeluaran yang menghasilkan buah-buahan bernilai 4 bilion yuan setiap tahun. Penanaman buah-buahan mendatangkan faedah kepada para peladang tempatan.
v Qingdao "Pusat Jenama" 2008-07-22
Bandar Qingdao mempunyai banyak penaja untuk Sukan Olimpik Beijing 2008, seperti Kumpulan Bir Tsingtao dan Syarikat Haier. Hal ini berlaku kerana Qingdao telah menjadi "Pusat Jenama" dengan sejarah yang lebih seratus tahun.
v Penyelidikan Sains yang Dijalankan oleh China di Kutub Utara Bertujuan Damai 2008-07-16
Pada 11 Julai lalu, China telah kali ketiga menghantar pasukan penyelidik sains ke Kutub Utara. Ahli sains daripada pasukan itu, Zhang Haisheng menyatakan bahawa pasukan itu akan membuat penyelidikan terhadap perubahan iklim, dan bukan sumber tenaga di kawasan Kutub itu.
v Rombongan Pelancong Tanah Besar Mulakan Lawatan di Pulau Taiwan 2008-07-07
Seramai 680 orang pelancong dari Tanah Besar China telah berlepas dari Taipei baru-baru ini untuk membuat lawatan ke pelbagai tempat di Pulau Taiwan menurut agenda yang disediakan oleh beberapa buah agensi pelancongan.
v Penerbangan Sewa Khas antara Kedua-dua Pantai Selat Taiwan Dilancarkan 2008-07-04
v Kota Kuno Yinchuan Pamerkan Wajah Baru 2008-07-02
Yinchuan, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, merupakan salah satu laluan larian obor Sukan Olimpik Beijing. Bandar yang pernah menjadi ibu kota Dinasti Xixia pada zaman purba akan membuka tudungnya yang penuh misteri kepada dunia
v Manfaat Projek Tiga Gaung Sungai Yangtze Sama Dengan Mengurangkan Pelepasan 270 Juta Tan CO2 2008-06-12
Menurut laporan tahunan perlindungan alam sekitar tahun 2007 yang dikeluarkan oleh Syarikat Projek Tiga Gaung China, pelaksanaan projek tiga gaung sungai Yangtze memainkan peranan yang besar dalam usaha menjimat sumber tenaga dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
v China Lancarkan Aktiviti untuk Lindungi Warisan Kebudayaan Etnik Qiang 2008-06-03
Pengerusi Persatuan Seniman Rakyat China, Feng Jicai mengemukakan tiga rancangan untuk memelihara warisan budaya etnik Qiang, iaitu mengadakan tinjauan ke perkampungan etnik itu dan mencari pewaris seni rakyat, mengkategorikan hasil tinjauan tersebut dan mengemukakan cadangan perlindungan yang terperinci.
v Anggota WTO Sanjung Tinggi Kejayaan Dasar Pembaharuan dan Pintu Terbuka China 2008-05-28
Kementerian Perdagangan China memaklumkan semalam bahawa dalam Perbahasan Dasar Perdagangan Ke-2 Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) terhadap China, negara-negara anggota WTO menyanjung tinggi kejayaan China dalam bidang pembangunan ekonomi dan masyarakat, dan menganggap ini berkait erat dengan dasar pembaharuan dan pintu terbuka China.
v Doktor dan Juru Rawat China Giat Membantu Mangsa yang Terselamat dalam Gempa Bumi di Sichuan 2008-05-22
Setelah gempa bumi berlaku di Wenchuan, Sichuan China, seramai kira-kira 40 ribu orang doktor dan juru rawat dari seluruh negara segera bekejar ke kawasan tersebut untuk menjalankan operasi menyelamat.
v Provinsi Guangdong Adakan Aktiviti Mencari Jodoh untuk Golongan Orang Kurang Upaya 2008-05-12
"Saya Merdeka, Saya Cinta, Saya Pilih". Itulah slogan yang dilaungkan oleh lebih 200 orang kurang upaya dalam aktiviti mencari jodoh di Guangzhou semalam. Ini kali pertama aktiviti itu diadakan di provinsi Guangdong dan ia bertema "Saya Mahu Jatuh Cinta".
v Tibet dari Kacamata Dua Orang Wartawan Nepal 2008-05-08
Dua orang wartawan Nepal yang pernah mengadakan wawancara ke Tibet ketika diwawancara baru-baru ini, menyatakan bahawa kehidupan rakyat Tibet sekarang jauh lebih baik berbanding dengan masa yang lalu. Di samping itu, hak asasi manusia tempatan juga telah dipelihara dengan baik di sana
v Kongres Rakyat Kebangsaan China Tumpukan Perhatian Tinggi Tentang Pekerjaan Orang Kurang Upaya 2008-04-23
Rang Pindaan Undang-Undang Jaminan Orang Kurang Upaya yang dibahaskan dalam sidang kedua Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan ke-11 China pada 22 April lalu telah menyediakan jaminan daripada pelbagai segi terhadap isu pekerjaan orang kurang upaya.
v Kemudahan Tanpa Halangan di Tembok Besar Akan Disiapkan Sebelum Sukan Paralimpik Dirasmikan 2008-04-18
Persatuan Orang Kurang Upaya Beijing dan Persatuan Orang Kurang Upaya Kaunti Yanqing Beijing baru-baru ini menyumbangkan 10 buah kerusi roda kepada jabatan pentadbiran Tembok Besar Badaling. Antaranya terdapat 5 buah kerusi roda elektronik. Semua kerusi roda tersebut akan disimpan di Pusat Perkhidmatan Pelancong. Para pelancong yang kurang upaya boleh menggunakan alat tersebut secara percuma setelah mendaftar.
v China Capai Perjanjian Perdagangan Bebas yang Pertama dengan Negara Maju 2008-04-08
China dan New Zealand menandatangani perjanjian perdagangan bebas kelmarin. Ini merupakan perjanjian perdagangan bebas pertama yang dicapai antara China dengan sebuah negara maju.
v Hong Kong: Menggalakkan Komunikasi dengan Tanah Besar China dan Taiwan 2008-04-01
Setiausaha Jabatan Perlembagaan dan Hal Ehwal Tanah Besar, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Lam Sui-lung menyatakan semalam bahawa kerajaan Hong Kong akan meningkatkan peruntukan bagi menggalakkan komunikasi Hong Kong dengan Tanah Besar dan Taiwan.
v Taman Usaha Sama Petani Taiwan Ditubuhkan di China 2008-03-19
Taman Penerokaan Petani Taiwan telah diwujudkan di Huangpo, bandar Wuhan, tengah China baru-baru ini. Projek merupakan taman usaha sama petani Taiwan yang pertama di kawasan tengah China.
v Rang Pindaan Undang-Undang Perlindungan Orang Kurang Upaya Dibahaskan 2008-02-27
Rang Pindaan Undang-Undang Perlindungan Orang Kurang Upaya telah dibahaskan oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China kelmarin. Rang pindaan ini digubal menurut dasar perlindungan dan penyediaan bantuan khas. Dalam rang pindaan tersebut dijelaskan hak orang kurang upaya dalam bidang pemulihan, pendidikan, pekerjaan, kehidupan kebudayaan, jaminan sosial dan lain-lain.
v Landasan Ketiga bagi Lapangan Terbang Pudong Shanghai Siap Diuji 2008-02-22
Pada Pukul 6:49 pagi 19 Februari lalu, kapal terbang yang melaksanakan ujian terhadap landasan ketiga di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai selamat mendarat di landasan tersebut, dan ini bermakna ujian tersebut mencapai kejayaan.
v Jumlah Pengeluaran Gas Asli China Meningkat 23.1% pada Tahun 2007 2008-02-14

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah pengeluaran dan penggunaan gas asli di China memelihara pertumbuhan yang pesat. Menurut "Statistik Sumber Tenaga Dunia BP 2007", jumlah penggunaan gas asli di China pada tahun 2006 mencatat 55.6 bilion meter padu dan meningkat 21.6%.

v Eksport Kenderaan China Masuki Zaman Kepelbagaian 2008-02-05
dimaklumkan oleh Dewan Perdagangan Import dan Eksport Mesin dan Elektronik China kelmarin bahawa laporan tahunan eksport kenderaan China tahun 2007 telah dikeluarkan baru-baru ini. Pakar yang berkaitan menegaskan bahawa eksport kenderaan China telah memasuki zaman kepelbagaian
v Xinjiang Menarik Semakin Ramai Migran 2008-01-29
v Pembelajaran Bahasa Mandarin yang semakin Popular di Seluruh Dunia Mendorong Wujudnya Pendidikan Bahasa Mandarin Menerusi Internet 2008-01-03
Laman sesawang "Ezychinese" ditubuhkan oleh warga Amerika Syarikat, Paul Swift dan kawannya dari China pada April 2007. Paul Swift berkata bahawa pembelajaran bahasa Mandarin cepat menjadi popular di seluruh dunia dan mendorong wujudnya pendidikan bahasa Mandarin menerusi Internet
v Badan Perundangan China Membahaskan Draf Pindaan Undang-undang Pencegahan Pencemaran Sumber Air 2007-12-26
Sidang ke-31 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China telah membahaskan draf pindaan Undang-undang Pencegahan Pencemaran Sumber Air semalam. Difahamkan bahawa peningkatan kewajipan kerajaan dan tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap perusahaan yang melanggarkan undang-undang itu merupakan fokus utama sidang tersebut.
v China akan Kawal Kenaikan Harga yang Terlalu Pesat pada Tahun Depan 2007-12-11
Menurut Agensi Berita Xinhua, Naib Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Bi Jingquan menyatakan pada 9 Disember lalu bahawa pada tahun depan, China akan menfokuskan kepada tugas untuk "mencegah ekonomi yang terlampau panas dan mencegah inflasi akibat kenaikan harga".
v Sistem Tanggungjawab Penjimatan Tenaga dan Pengurangan Pelepasan Pencemaran China Masuk Peringkat Pelaksanaan 2007-11-30
China telah mengambil siri tindakan yang berkesan dalam menjimatkan tenaga dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sejak awal tahun ini. Tindakan tersebut telah mencapai kesan yang ketara. Demikian dikatakan oleh Naib Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Xie Zhenhua di Beijing pada 29 November.
v Konsep "Kemakmuran Bersama" Bimbing Pembangunan Desa Baru yang Harmoni 2007-11-26
Bandar Yuzhou terletak di kawasan sejauh 70 kilometer barat daya dari Bandar Zhenzhou, ibu kota provinsi Henan China. Kampung Dajian berjarak 20 kilometer dari barat daya bandar Yuzhou. Sumber batu arang amat kaya di kampung tersebut.
v Kepelbagaian Pekerjaan Baru Cerminkan Permintaan Baru Masyarakat China 2007-11-23
v Penanaman Ubi Kentang Baiki Kehidupan Kaum Tani di Kawasan Kemarau Bahagian Barat China 2007-11-20
Sekarang, industri ubi kentang telah berkembang dengan pesat di Mongolia Dalam, Gansu, Ningxia, Sichuan, Guizhou, Yunnan dan lain-lain, dan telah menjadi industri tonggak bagi kesemua tempat tersebut.
 
SearchYYMMDD  
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
           
    |  Hubungi Kami  |