China Cipta Kapal Pengangkut Bijih Besi Terbesar 2011-07-20 Majlis Penamaan Kapal Pengangkut Bijih dengan muatan 388 ribu tan diadakan di Syarikat Berhad Industri Kapal Bohai, Provinsi Liaoning; Kapal buatan China itu dinamakan "BERGE·EVEREST dan akan diserah kepada Syarikat Berge di Singapura tidak lama lagi. |
Mantan Duta Besar Laos ke China: Laluan Pembangunan yang Tepat Pastikan Kecemerlangan Pembangunan China 2011-07-19 Laluan pembangunan yang tepat dan dasar luar damai yang diamalkan oleh kerajaan China memberikan jaminan kukuh kepada kejayaan cemerlang pembangunan negara. Demikian pandangan mantan Duta Besar Laos ke China, Vichit Xindavong dalam temu bual bersama-sama wartawan di Vientiane baru-baru ini. |
Penerokaan Bersama: Pilihan Bijak untuk Selesaikan Isu Laut China Selatan 2011-07-14 Tuntutan bertindih tentang Laut China Selatan mengakibatkan perkembangan kerjasama dua hala antara China dengan Vietnam tersekat. Namun pada hakikatnya, masalah yang dianggap wujud sejak sekian lama ini tidak pernah menjejaskan hubungan kerjasama antara kedua-dua negara pada keseluruhannya, khususnya hubungan perdagangan dua hala. |
CAFTA Membantu Wujudkan Rangkaian Industri Serantau yang Lebih Berdaya Saing 2011-07-12 Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) yang beroperasi pada awal tahun lepas menyediakan peluang kepada syarikat serantau untuk bekerjasama mewujudkan rangkaian industri yang lebih berdaya saing. Demikian pandangan para peserta yang menghadiri Sidang Kerjasama Industri China-ASEAN di Kunming, provinsi Yunnan China baru-baru ini. |
Perhimpunan untuk Membaharui Sistem Pilihan Raya Diadakan di Kuala Lumpur 2011-07-09 Perhimpunan besar-besaran diadakan di Kuala Lumpur hari ini untuk mendesak kerajaan melaksanakan pembaharuan terhadap sistem pilihan raya yang sedang berkuatkuasa. Seramai 3,000 orang anggota Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil dan penyokongnya berhimpun di pusat ibu negara. |
Menteri Luar Filipina Mula Lawatan ke China 2011-07-08 Dalam majlis jamuan di Kedutaan Filipina, Rosario berkata, lawatannya bertujuan untuk meninjau perkembangan warga Filipina di China selain mengadakan rundingan dengan pemimpin China mengenai isu dan kepentingan hubungan dua hala yang menjadi tumpuan sekarang. |
Syarikat Negara ASEAN Dialu-alukan Menyertai Ekspo China-ASEAN 2011-06-29 Ekspo China-ASEAN Ke-8 akan diadakan di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China pada 21 hingga 26 Oktober. Penganjuran ekspo kali ini dijangka lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana sempena ekspo ini diadakan besama dengan ulang tahun ke-20 jalinan hubungan dialog China-ASEAN dan juga Tahun Persahabatan China-ASEAN. |
Aktiviti "Perjalanan Cahaya" Berikan Cahaya kepada Pesakit Mata di Myanmar 2011-06-17 Projek "Perjalanan Cahaya" diadakan oleh Tabung Kedamaian dan Pembangunan China di Myanmar baru-baru ini untuk membantu merawat pesakit mata di negara itu. Projek itu turut mendapat kerjasama daripada Parti Perpaduan dan Pembangunan, iaitu parti yang memerintah di Myanmar. |
Forum Ekonomi Dunia: Masa Asia Sudah Tiba 2011-06-14 Persidangan Asia Timur Forum Ekonomi Dunia Ke-20 yang bertemakan "Menyambut Globalisasi Baharu"berakhir di Jakarta baru-baru ini. Para peserta sepakat berpendapat, perkembangan ekonomi Asia tetap menghadapi pelbagai cabaran walaupun negara-negara di rantau ini mempunyai kedudukan yang semakin tinggi di arena ekonomi global. |
Bagaimana Jakarta Atasi Masalah Kesesakan Lalu Lintas? 2011-06-10 Jakarta, metropolitan yang terbesar di rantau Asia Tenggara kini menghadapi masalah kesesakan lalu lintas yang sangat teruk. Jakarta yang didiami 15 juta orang penduduk mempunyai kenderaan yang mencecah 9.5 juta buah. Angka ini meningkat tiga kali ganda berbanding 10 tahun lalu. |
Peniaga ASEAN Berminat Melabur di Bahagian Barat China 2011-06-08 Kerjasama ekonomi dan pelaburan antara China dengan negara-negara ASEAN boleh terus ditingkatkan lagi dengan kelebihan masing-masing yang saling melengkapi dari segi sumber alam, struktur inudustri dan daya pengeluaran. Demikian pandangan dan juga hasrat yang dilahirkan oleh para peserta Sidang Promosi Pelaburan Peniaga Cina ASEAN di Bahagian Barat Daya China Ke-9 yang diadakan di Kunming, Provinsi Yunnan baru-baru ini. |
Meneroka Potensi Kerjasama daripada Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-12 China 2011-06-07 Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-12 China yang bermula tahun ini menarik perhatian dunia, termasuk negara-negara ASEAN yang berpotensi mengambil peluang perniagaan daripada rancangan tersebut.Rancangan pembangunan China tersebut juga akan meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan negara ASEAN serta kerjasama pragmatik antara negara-negara di Pan Kawasan Teluk Beibu. |
Media Barat Obsesi terhadap Keunggulan Sendiri 2011-05-16 Apa yang berlaku dalam pilihan raya Singapura kini menjadi alasan kepada media Barat untuk mendakwa tidak wujud sistem demokrasi yang benar di negara itu. Menurut sesetengah media Barat, perubahan dalam bidang politik di Singapura berlaku berikutan pergolakan politik di Asia Barat dan Afrika Utara.Apakah pandangan mereka tepat dengan fakta? |
Belajar di Negara-Negara ASEAN Lebih Disukai oleh Pelajar China 2011-05-16 Kerjasama antara China dengan negara-negara ASEAN dalam bidang pendidikan kini semakin erat dengan jumlah pelajar China yang melanjutkan pengajian di rantau ASEAN terus bertambah. Negara ASEAN disambut baik oleh pelajar China kerana kemudahan dari segi kos kehidupan dan kos pengajian yang lebih murah. |
Penubuhan Semula Persatuan Persahabatan China-Myanmar Terajui Hubungan Antara Kalangan Rakyat 2011-05-10 Encik Feng Zuoku, Presiden Persatuan Persahabatan China-Myanmar semasa ditemu bual oleh wartawan CRI berkata, hubungan persahabatan rakyat tetap merupakan antara elemen penting dalam hubungan diplomatik China-Myanmar, dan menjadi asas kepada perkembangan hubungan dua hala. |
Guangxi: Wadah Baik Peniaga Taiwan untuk Majukan Perniagaan di ASEAN 2011-05-03 "Tanah Besar China akan menjadi wadah terbaik kepada peniaga Taiwan untuk memajukan perniagaan di rantau Asia Tenggara", demikian pandangan Zhou Shijin, seorang peniaga Taiwan yang mula membuat pelaburan di Nanning, Guangxi pada awal tahun 1990-an. |
Lawatan Wen Jiabao ke Malaysia dan Indonesia Memperkukuh Persahabatan dan Kerjasama 2011-05-01 Lawatan Perdana Menteri China, Wen Jiabao ke Malaysia dan Indonesia mencapai hasil yang menggalakkan yang menjurus peningkatkan persefahaman dan kerjasama dua hala. Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Yang Jiechi yang mengiringi Wen Jiabao dalam lawatan tersebut. |
Wen Jiabao Mulakan Lawatan Rasmi ke Malaysia dan Indonesia 2011-04-27 Perdana Menteri China, Wen Jiabao berlepas dari Beijing pagi tadi untuk memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia dan Indonesia. Dalam tempoh lawatan yang tidak sampai 30 jam di Malaysia, Wen Jiabao akan menghadiri lebih 10 buah aktiviti. Beliau akan mengadakan rundingan dengan Tun Dr.Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ini menunjukkan betapa China memandang penting hubungan dengan Malaysia. |
Usaha Damai ASEAN dalam Pertikaian Thailand-Kemboja Gagal 2011-04-26 Menteri Luar Indonesia, negara pengerusi bergilir ASEAN bagi tahun ini, Marty Natalegawa dilaporkan menangguhkan lawatannya ke Kemboja dan Thailand yang dijadualkan semalam. Hal ini berikutan kegagalan kedua-dua negara mencapai kata sepakat mengenai penempatan pemantau di kawasan sempadan yang dipertikaikan. |
Duta Besar China ke Malaysia: Prospek yang Lebih Cerah Hubungan China-Malaysia 2011-04-22 Lawatan Perdana Menteri China ke Malaysia bakal meningkatkan lagi persefahaman politik dan kerjasama ekonomi suiz perdagangan dua hala. Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke Malaysia, Chai Xi semasa ditemu bual oleh wartawan baru-baru ini. |
Pelancaran Setelit Kemboja Bakal Rancakkan Telekomunikasi di Rantau ASEAN 2011-04-21 Rancangan Kemboja untuk melancarkan statelit pertamanya pada tahun 2013 dianggap membantu menerajui perkembangan ekonomi negara itu, di samping merancakkan perhubungan telekomunikasi dalam kalangan negara ASEAN. |
Kawasan Perdagangan Sempadan China-Vietnam Menjadi Platform Baru bagi Kerjasama China-Vietnam 2011-04-20 Kapal-kapal yang sarat dengan peralatan elektrik, produk tekstil, produk getah dan sebagainya berlayar di Sungai Beilun. Di kedua-dua teping sungai yang menjadi sempadan China-Vietnam itu, adalah bandar Mongcai Vietnam dan bandar Dongxing Guangxi China. |
Universiti Suzhou Laos Ditubuhkan 2011-04-20 Media dimaklumkan bahawa Universiti Suzhou akan menubuhkan universiti di Laos yang dijangka mengambil kira-kira 5,000 orang pelajar. Ia merupakan universiti China yang pertama yang diuruskan di luar negara. |
TPM Malaysia adakan Lawatan ke BFSU 2011-04-20 Semangat persahabatan dan persaudaraan yang telah sekian lama dijalinkan antara Malaysia-China perlu terus dipupuk dan diperkukuhkan menerusi kerjasama ekonomi, pendidikan dan kebudayaan. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran semasa mengunjungi Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) pada 20 April. |
Lawatan TPM Malaysia ke China Bakal Memacu Kerjasama Dua Hala 2011-04-18 Tradisi pertukaran lawatan antara Malaysia dan China akan sekali lagi disambut dengan lawatan Menteri Luar Malaysia, Datuk Sri Anifah Aman dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke China bulan April tahun ini. Demikian dimaklumkan oleh Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Saruddin dalam sidang media menjelang kedua-dua lawatan ini. |
Nanning Promosi Dasar Percukaian kepada Syarikat ASEAN 2011-04-15 Kumpulan Mempromosikan dasar percukaian dan keutamaan tarif berikutan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN diadakan di Nanning, Guangxi China pada 1 April lalu. Kempen ini bertujuan untuk memperkenalkan undang-undang percukaian China serta proses pembatalan tarif berikutan penubuhan CAFTA kepada syarikat-syarikat tempatan. |
Kumpulan Penasihat China-ASEAN Beri Tumpuan Koridor Ekonomi Nanning-Singapura 2011-04-13 "Koridor Ekonomi Nanning-Singapura" yang melibatkan 7 buah negara ini merupakan langkah yang positif untuk menyempurnakan jaringan pengangkutan antara China dengan negara-negara ASEAN, dan merancakkan pelaksanaan perjanjian perdagangan bebas(FTA) antara kedua-dua pihak. |
Zon Kerjasama Pelancongan Dongxing-Mong Cai Mudahkan Pelancong 2011-04-09 "Zon Perintis Pelancongan Bebas" menjadi fokus perbincangan dalam seminar tentang kerjasama pelancongan Dongxing-Mong Cai yang diadakan di Guangxi, China baru-baru ini. Seminar itu dihadiri lebih 60 orang pegawai dan pakar dari badan pelancongan China dan Vietnam. |
Kenapa TPP Sekali Lagi Menjadi Tumpuan Perhatian 2011-04-08 Perjanjian Perkongsian Ekonomi Strategik Rentas Pasifik(TPP) kini sekali lagi menjadi tumpuan pelbagai negara apabila A.S. mengundang Filipina untuk menyertainya baru-baru ini. TPP, perjanjian perdagangan bebas yang dibentuk pada tahun 2005 mulanya disertai oleh 4 buah negara sahaja, iaitu Singapura, Brunei, Chile dan New Zealand. |
Guangxi Manfaatkan Kelebihan Sendiri untuk Terus Mempergiat Kerjasama dengan ASEAN 2011-04-08 Ketika ditemu bual oleh wartawan baru-baru ini, Pengerusi Wilayah Atuonomi Guangxi, Ma Biao berkata, pihaknya akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan geografi ini untuk terus mendorong kerjasama dan proses pintu terbuka dengan negara-negara ASEAN. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |