Cari:
• Lebuh Raya China-ASEAN Akan Beroperasi 2013-04-15
Sejak Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) siap ditubuhkan pada tahun 2010, jumlah perdagangan di kawasan sempadan antara Yunnan dan Guangxi di China dengan Vietnam, Myanmar dan Laos menunjukkan trend melambung. Walau bagaimanapun, pembinaan lebuh raya ASEAN masih mempunyai masalah "perkakasan" dan "perisian".
• Akhbar Swasta Pertama di Myanmar 2013-04-02
Pada bulan Disember lalu, kerajaan Myanmar telah mengumumkan bahawa mana-mana warga Myanmar boleh memohon untuk menerbitkan surat khabar di negara tersebut bermula 1 April tahun ini.
• Tentera Sulu Adakan Gencatan Senjata Sepihak, Malaysia Mahu Pengganas Serah Diri 2013-03-08
Pada 7 Mac lalu, Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengumumkan gencatan senjata sepihaknya, di samping ingin mendapat respons positif daripada pihak Malaysia. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa pihaknya tidak akan menghentikan serangan melainkan tentera Sulu itu meletakkan senjata dan menyerah diri tanpa syarat.
• Pasaran Minyak dan Gas Asli Myanmar Kian Terbuka kepada Pelabur Asing 2013-03-07
Sidang Kemuncak Industri Huluan Minyak dan Gas Asli Myanmar berakhir di Yangon semalam. Dalam persidangan tersebut, Myanmar mengumumkan bahawa negara itu akan membuka kira-kira 25 medan minyak dan gas asli luar pesisir pada April depan untuk menawarkan tender kepada pelabur antarabangsa.
• EU Gesa Myanmar Tingkatkan Pembaharuan 2013-03-06
Presiden Myanmar, U Thein Sein memulakan lawatan ke Brussels bermula 5 Mac lalu, dan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah (EU), termasuk Presiden Majlis Eropah, Herman van Rompuy dan Presiden Suruhanjaya EU, Jose Manuel Barroso.
• Pelarian Rohingya Uji Kemampuan Penyelarasan ASEAN 2013-02-27
Sejak konflik perkauman berlaku di Rakhine, Myanmar pada tahun lalu, ramai orang Rohingya melarikan diri ke negara jiran. Arus pelarian itu telah mempengaruhi kestabilan Thailand, Malaysia dan Bangladesh.
• Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura 2013-02-21
Malaysia dan Singapura akan bekerjasama dalam projek pembinaan landasan kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura. Persetujuan berhubung projek kerjasama itu dicapai oleh Perdana Menteri kedua-dua negara dalam Sesi Pemukiman Pemimpin-pemimpin Malaysia-Singapura pada 19 Februari lalu. projek kereta api laju itu dijadual siap menjelang 2020.
• Muslihat Lawatan Abe ke ASEAN Tidak Akan Berjaya 2013-01-17
Rencana pengarang yang diterbitkan dalam Akhbar Harian Sin Chew Indonesia semalam mengulas bahawa Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang suka berkelahi telah memulakan lawatannya ke Vietnam, Thailand dan Indonesia.
• Filipina Mahu ASEAN Pertimbangkan Pertikaian di Laut China Selatan 2012-11-23
Menteri Luar Filipina, Albert del Rosario kelmarin mengumumkan bahawa Filipina, Vietnam, Malaysia dan Brunei Darussalam bakal bermesyuarat pada bulan depan untuk mencapai "penyelesaian pertikaian secara damai dan kaedah pemeliharaan keamanan dan kestabilan serantau".
• Lawatan Wen Jiabao ke Kemboja dan Thailand Berakhir 2012-11-22
Pada 18 hingga 21 November lalu, Perdana Menteri China, Wen Jiabao menghadiri Sidang Pemimpin China-ASEAN (10+1) ke-15, Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun ke-15 Terjalinnya Hubungan Kerjasama ASEAN, China, Jepun, Republik Korea (10+3) dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-7 di Phnom Penh, Kemboja, serta mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja dan Thailand.
• Wen Jiabao Kemuka Usulan Baharu Kerjasama Asia Timur 2012-11-21
Sidang Kemuncak Asia Timur ke-7 diadakan di Phnom Penh, Kemboja semalam. Pemimpin ASEAN dan 8 negara rakan dialog serta perwakilan Bank Pembangunan Asia dan Tabung Kewangan Antarabangsa telah berbincang mengenai kerjasama Asia Timur, kesalinghubungan dan masa depan mekanisme Sidang Kemuncak Asia Timur.
• Wen Jiabao Kemuka Cadangan dalam Sidang Kemuncak 10+3 2012-11-20
ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea mengadakan sidang kemuncak di Phnom Penh, Kemboja semalam. Semua pihak terbabit menyatakan bahawa kerjasama dalam rangka 10+3 memainkan peranan yang tidak boleh digantikan bagi mendorong integrasi Asia Timur dan memperhebat kerjasama serantau, dan juga menegaskan keikhlasan masing-masing untuk memperkukuh kerjasama tersebut.
• CAFTA Peneraju Ekonomi Asia 2012-10-24
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi Komprehensif China-ASEAN ditandatangani, dan juga ulang tahun ke-10 permulaan pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA).
• Pelaburan ASEAN di Myanmar Dijangka Melambung 2012-10-17
"Tibalah masanya untuk melabur di Myanmar", demikianlah tema Forum "Pelaburan di Myanmar" anjuran Bank Bangkok di Thailand pada 15 Oktober lalu. Forum itu menarik penyertaan hampir 600 orang tokoh perniagaan Thailand dan wakil syarikat asing di Thailand, sekali gus menyerlahkan daya tarikan serta potensi Myanmar untuk menarik pelaburan asing.
• Hubungan PKC-UMNO Kekal Kukuh 2012-10-15
Hubungan persahabatan antara Parti Komunis China (PKC) dengan UMNO terus berkembang sejak dijalinkan pada tahun 1974. Kedua-dua parti saling mempelajari dan saling membantu dalam isu parti dan berkongsi pengalaman dalam bidang tadbir urus negara.
• Indonesia Ingin Tarik Lebih Banyak Pelaburan dari China 2012-10-11
Majlis Taklimat Pelaburan Indonesia anjuran Majlis Perniagaan China-ASEAN dan Kedutaan Besar Indonesia di China diadakan di Beijing semalam dengan disertai lebih seratus usahawan dan tokoh-tokoh perniagaan di China yang berminat untuk meneroka potensi pelaburan di Indonesia.
• Pembangunan Syarikat Huawei Berasaskan Masyarakat Tempatan Indonesia 2012-10-05
Syarikat Huawei merupakan sebuah syarikat telekomunikasi kenamaan China yang mencapai kejayaan cemerlang di pasaran antarabangsa. Konsep pembangunan Huawei yang "mendekati pelanggan" dan "mengutamakan pengurusan di seberang laut" membantu mengetengahkan jenamanya di arena antarabangsa.
• Kenapa Filipina Sekarang Ubah Nama "Laut China Selatan"? 2012-09-14
Kerajaan Filipina kelmarin mengumumkan bahawa presidennya, Benigno Aquino III telah menandatangani perintah eksekutif untuk mengubah nama "Laut China Selatan" menjadi "Laut Filipina Barat". Pengumuman tersebut kebetulan dikeluarkan semasa ketegangan China dan Jepun berhubung gugusan pulau Diaoyu.
• Lawatan Kapal Selam Nuklear A.S. Dibantah Rakyat Filipina 2012-09-12
Baru-baru ini, rakyat Filipina berhimpun di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (A.S.) ke Filipina untuk membantah kedatangan kapal selam nuklear "Hawaii" ke Pelabuhan Subic. Kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara yang terus meningkat pada tahun ini, kelihatan tidak begitu diterima rakyat Filipina.
• Kumpulan Pendidikan Indonesia Melawat Guilin 2012-09-03
Kumpulan Pendidikan provinsi Bangka Tengah Indonesia telah memeterai " Perjanjian Kerjasama Persahabatan" dengan Sekolah Perantau China Guangxi, di Nanning China semalam
• Jangan Biar Isu Laut China Selatan Jadi Definisi Hubungan China-ASEAN 2012-08-17
Menteri Luar Singapura, Shanmugam Jayakumar dan Mantan Menteri Luar, George Yeo masing-masing berpandangan bahawa pertikaian antara China dengan beberapa negara ASEAN di perairan Laut China Selatan tidak boleh mendefinisikan hubungan China dengan seluruh ASEAN. Pertubuhan itu sepatutnya mengelak daripada konflik politik terutamanya yang melibatkan isu kedaulatan dengan negara gergasi seperti China dan A.S.
• Pelabur Asing Tetap Pilih Asia Tenggara 2012-08-16
Menurut analisis terkini agensi antarabangsa yang berwibawa, walaupun kesulitan ekonomi sejumlah negara maju di Barat menyebabkan risiko pelaburan langsung global terus meningkat, namun pertumbuhan ekonomi dan kestabilan kewangan Asia serta perniagaan serantau yang aktif terus menarik pelaburan dari seluruh dunia. Asia Tenggara dijangka akan terus menjadi destinasi utama pelaburan langsung asing pada tahun 2012 hingga 2014.
• Pelaksanaan DOC Laut China Selatan Tanggungjawab Bersama 2012-08-13
Menteri Luar China, Yang Jiechi telah memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Indonesia, Brunei Darussalam dan Malaysia pada 9 Ogos lalu. Pada 10 Ogos, beliau telah menemui Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan mempengerusikan mesyuarat kedua Jawatankuasa Bersama Kerjasama Bilateral Antara Kerajaan dengan rakan sejawatnya, Marty Natalegawa, serta mengeluarkan kenyataan bersama mengenai kata sepakat yang dicapai berhubung beberapa isu.
• Duta Besar Indonesia ke China: Peningkatan Kerjasama dengan China Suatu Kemestian 2012-07-26
Simposium "Hayati ASEAN-Jiangsu yang Dinamik dan Indonesia yang Mempesonakan" anjuran Pusat China-ASEAN diadakan di bandar Zhenjiang, provinsi Jiangsu China baru-baru ini. Duta Besar Indonesia ke China, Imron Cotan mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan dasar dan iklim pelaburan di negaranya kepada usahawan tempatan yang sedang merancang untuk melabur di Indonesia.
• Indonesia Selamatkan ASEAN daripada Berpecah-belah 2012-07-20
Sidang Menteri Luar ASEAN yang berakhir 13 Julai lalu tidak mengeluarkan kenyataan bersama buat pertama kali dalam tempoh 45 tahun kerana negara anggotanya mempunyai perselisihan berhubung isu Laut China Selatan. Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa segera melawat lima negara berkenaan untuk menyangkal pendapat tersebut.
• Kerjasama Pragmatik ASEAN Lebih Penting daripada Isu Laut China Selatan 2012-07-19
Dalam Sidang Menteri Luar Forum ASEAN yang diadakan di Kemboja minggu lepas, ASEAN buat pertama kali dalam tempoh 45 tahun tidak mengeluarkan kenyataan bersama. Baru-baru ini, media Barat menyifatkannya sebagai "kegagalan" ASEAN dan sengaja menyebarkan khabar angin bahawa pertubuhan tersebut sedang berpecah belah.
• Projek Empangan Xayaburi Laos Terkandas Lagi 2012-07-17
Dalam sidang Jawatankuasa Empat Negara Sungai Mekong yang diadakan di Kemboja baru-baru ini, projek pembinaan empangan Xayaburi anjuran Laos sekali lagi ditolak. Menurut kenyataan sidang berkenaan, semua pihak terbabit perlu melakukan penyelidikan lanjut berhubung pengurusan bersepadu dan pembangunan lestari di sungai tersebut.
• Latihan Bersama Pasukan Khas China-Indonesia Galakkan Kerjasama 2012-07-16
Latihan bersama pasukan khas antikeganasan China dan Indonesia "Sharp Knife 2012" berakhir di Jinan, provinsi Shandong semalam. Latihan tersebut berjaya meningkatkan kemampuan pertempuran antikeganasan dan tindakan bersama kedua-dua pasukan, di samping menggalakkan perkongsian pragmatik dan kerjasama.
• Kebuntuanan Politik Thailand Dijangka Berlarutan 2012-06-25
Barisan Bersatu bagi Demokrasi Menentang Diktator (UDD) atau "Baju Merah" mengadakan perhimpunan secara besar-besaran semalam sempena ulang tahun ke-80 pengamalan sistem raja berperlembagaan di negara itu. Para penunjuk perasaan membantah keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang mengakibatkan penggantungan pengundian parlimen bagi pemindaan Perlembagaan.
• Kesalinghubungan ASEAN Dipercepat Menerusi Pengangkutan Laut 2012-06-22
Sidang Asia Timur Forum Ekonomi Dunia ke-21 yang bertemakan "kesalinghubungan dan pembentukan masa depan serantau" baru-baru ini menunjukkan trend perkembangan ekonomi di rantau Asia Pasifik, yang juga akan ditempuh ASEAN sepanjang proses integrasi ekonominya menjelang tahun 2015.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China