Cari:
• Pembentukan Komuniti ASEAN Tetap Diteruskan 2011-11-17
Beberapa isu semasa yang menarik perhatian negara serantau bakal menjadi fokus perbincangan dalam Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan persidangan berkaitan yang akan diadakan di Pulau Bali, Indonesia pada 17 hingga 19 November ini. Ini termasuklah usaha memperhebat kerjasama serantau, mengatasi impak krisis hutang negara di kawasan Euro serta usaha menangani bencana alam di rantau ini.
• Kesan Kehadiran AS dan Rusia dalam Sidang Kemuncak Asia Timur 2011-11-16
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) Ke-6 akan diadakan di Pulau Bali, Indonesia pada 19 November ini. AS dan Rusia akan buat pertama kali menyertai sidang kemuncak tersebut sebagai negara anggotanya. Apakah kesan berikutan kehadiran kedua-dua negara itu kepada rangka keselamatan Asia Timur dan mekanisme kerjasama serantau?
• China dan ASEAN Beri Perhatian kepada Pembangunan Hutan di Bandar 2011-11-14
Bagaimana melindungi hutan di kawasan bandar yang penduduknya ramai menjadi fokus hangat dalam Forum Hutan Bandar China-ASEAN baru-baru ini. Perkara ini dijangka menjadi salah satu usaha kerjasama baharu antara kedua-dua pihak untuk memastikan pembangunan bandar ke arah rendah karbon dan lebih selesa untuk kehidupan manusia.
• Durian Beku Malaysia Menerokai Pasaran China 2011-11-09
Durian beku Malaysia dijangka mempunyai potensi pasaran yang luas di China berdasarkan jualan durian Musang King yang amat menggalakkan di China sejak awal bulan Oktober lalu. Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak dalam temu ramah dengan wartawan CRI ketika Ekspo China-ASEAN Ke-8 di Guangxi, China baru-baru ini.
• Kerjasama Kewangan China-ASEAN Dalam Peringkat Awal 2011-10-31
Kerjasama kewangan antara China dengan negara-negara ASEAN kini menarik perhatian yang lebih besar berikutan hubungan perdagangan dan pelaburan yang semakin rapat antara kedua-dua pihak. Perkara ini juga menjadi topik hangat dalam Forum Kerjasama Kewangan China-ASEAN yang diadakan di Nanning, Guangxi China baru-baru ini.
• Isu Etnik Minoriti di Asia Tenggara 2011-10-27
Isu etnik minoriti di beberapa negara jiran China kini mendapat perhatian masyarakat China berikutan beberapa kejadian baru-baru ini, termasuk pembunuhan anak kapal China di Sungai Mekong dan pembinaan stesen janakuasa hidro elektrik Myi Soun iaitu projek kerjasama China-Myanmar yang tergendala. Kedua-dua peristiwa itu berlaku di kawasan yang mempunyai isu etnik minoriti yang rumit.
• Ekonomi Indonesia Kekalkan Trend Perkembangan yang Positif 2011-10-25
Indonesia berjaya mengekalkan trend perkembangan ekonomi yang baik pada tahun ini, di samping mencapai hasil yang amat memuaskan dalam usaha menggalakkan pengambilan pekerja, menarik pelaburan asing, menerajui sektor pembuatan dan memperkemaskan pasaran kewangan.
• Ekspo China-ASEAN Sediakan Wadah Kerjasama Baharu 2011-10-20
Ekspo China-ASEAN yang dianjurkan bersama oleh badan perdagangan kedua-dua pihak serta Sekretariat ASEAN menyediakan wadah baharu untuk memperluas kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, perdagangan dan kebudayaan. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung Sekretariat Ekspo China-ASEAN, Encik Zheng Junjian baru-baru ini.
• Rombakan Kabinet Indonesia untuk Tenangkan Masyarakat Awam 2011-10-20
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengumumkan rombakan kabinet pada 18 Oktober lalu yang menyaksikan beberapa menteri kerajaan pimpinannya ditukar. Menurut para penganalisis, tindakan Susilo itu bertujuan mengatasi masalah kadar sokongan rakyat yang semakin rendah.
• Brunei-China Perluaskan Kerjasama Kebudayaan dan Sukan 2011-10-19
Memorandum Persefahaman, MOU antara Brunei dan China dalam bidang kebudayaan, belia dan Sukan amat signifikan kepada hubungan rapat antara kedua-dua negara. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam, Pehin Hazair Abdullah berkata, lebih memberangsangkan apabila mendapat jaminan daripada kerajaan China untuk melatih para athletnya bagi menggilapkan masa depan yang cerah dalam bidang kesukanan.
• Kerjasama Pendidikan China-ASEAN Meningkat Sejak Penjalinan Hubungan Dialog 20 Tahun Lalu 2011-10-12
Kerjasama pendidikan antara China dengan negara-negara anggota ASEAN semakin meningkat sejak penjalinan hubungan dialog China-ASEAN pada 20 tahun lalu. Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China yang terletak berdekatan dengan negara-negara ASEAN menjadi destinasi yang popular kepada pelajar negara-negara ASEAN untuk melanjutkan pelajaran.
• AS Menganggap ASEAN Sebagai Pasaran Baharu Kelengkapan Senjata 2011-09-23
Penjualan senjata oleh AS kepada ASEAN dijangka akan terus bertambah kerana beberapa negara ASEAN kini dalam proses menggantikan kelengkapan senjata yang lama bagi meningkatkan sistem pertahanan sendiri.
• Presiden Laos Hadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-5 Stesen Radio FM93 Vientiane 2011-09-21
Stesen Radio FM93 Vientiane menyambut ulang tahun kelimanya pada tahun ini. Stesen radio itu antara yang pertama ditubuhkan oleh Radio Antarabangsa China di bandar-bandar di rantau Asia. Majlis sambutan ulang tahun ke-5 Stesen Radio FM93 pagi tadi mencatat sejarah dengan kehadiran Presiden Laos, Choummaly Sayasone .
• Indonesia Sediakan Peruntukan untuk Membasmi Kemiskinan 2011-09-20
Indonesia mencapai kemajuan yang besar dalam usaha membasmi kemiskinan pada tahun 1970-an hingga 1990-an. Menurut statistik, jumlah penduduk Indonesia meningkat kepada 200 juta orang pada tahun 1996 daripada 135 juta pada tahun 1976, manakala jumlah penduduk yang miskin telah menurun secara besar-besar, iaitu menurun kepada 2.25 juta daripada 5.4 juta.
• Mekanisme Tangani Krisis Kewangan 10+3 2011-09-19
Kerjasama kewangan antara negara-negara ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea (10+3) dijangka meningkat ke satu tahap yang lebih tinggi dengan beroperasinya Jabatan Penyelidikan Ekonomi Makro ASEAN-China, Jepun dan Republik Korea (AMRO) pada bulan depan.
• Duta Besar Vietnam ke China: Peningkatan Hubungan Vietnam-China Selaras dengan Kepentingan Rakyat Kedua-dua Negara 2011-09-09
Peningkatan hubungan Vietnam-China bukan sahaja selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara, malah berfaedah kepada kedamaian dan kemakmuran serantau dan dunia. Demikian dinyatakan oleh Duta Besar Vietnam ke China, Encik Nguyen Van Tho dalam temu bual bersama-sama wartawan CRI baru-baru ini.
• China Sumber Pelaburan Terbesar Kemboja 2011-09-09
Menurut statistik Majlis Pembangunan Kemboja baru-baru ini, China menjadi pelabur terbesar bagi Kemboja dengan jumlah pelaburan melebihi USD 8.8 bilion sejak 17 tahun yang lalu.
• Syarikat China Tidak Patut Dilibatkan dalam Perselisihan di Tasik Boeng Kak 2011-09-02
Pembangunan secara berterusan di Phnom Pehn menjadikan kawasan bandar itu semakin luas pada beberapa tahun kebelakangan ini. Sejumlah penduduk bandar Phnon Pehn mula membina rumah di tebing Tasik Boeng Kak yang merupakan tasik air tawar terbesar di bandar itu.
• Kerjasama Ekonomi Kawasan Pan Teluk Beibu Ke Arah Lebih Pragmatik 2011-09-02
Kerjasama Ekonomi Kawasan Pan Teluk Beibu antara China dengan negara-negara ASEAN yang terlibat kini melangkah ke peringkat yang semakin pragmatik. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Asia Kementerian Perdagangan China, Chen Zhou, kerjasama ekonomi antara negara-negara di Kawasan Pan Teluk Beibu menyumbang kepada peningkatan hubungan rakan strategik China-ASEAN pada keseluruhannya.
• Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Menjadi Tumpuan Lawatan Presiden Filipina ke China 2011-08-30
Presiden Filipina, Benigno Aquino III akan mengadakan lawatan rasminya ke China bermula pada 30 Ogos hingga 3 September nanti. Ini merupakan lawatan julung kalinya Aquino ke China sejak menyandang jawatan Presiden Filipina pada tahun lepas. Menurut penganalisis, kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala akan menjadi tumpuan dalam lawatan beliau kali ini.
• Garis Panduan Pentadbiran Yingluck Diragui Pembangkang 2011-08-24
Perdana Menteri baharu Thailand, Yingluck Shinawatra semalam mengumumkan garis panduan pentadbiran kerajaan baharu beliau, yang menegaskan tugas utama bagi membangunkan ekonomi dan mendorong perdamaian. Walau bagaimanapun, janji-janji Parti Pheu Thai yang dibuat semasa kempen pilihan raya tidak dimasukkan dalam garis panduan itu.
• Semakin Banyak Syarikat China Berminat Melabur di ASEAN 2011-08-19
Tarif perdagangan antara China dengan negara ASEAN kini diturun kepada 1% daripada 9.8% selepas penubuhan CAFTA pada awal tahun 2010. Penurunan tarif perdagangan yang besar bukan sahaja meningkatkan perdagangan dua hala secara mendadak, tetapi juga menyediakan peluang kerjasama yang baru kepada korporat serantau dalam bidang perkongsian bahan mentah, proses pembuatan dan pelaburan.
• Kerjasama Pelancongan China-Vietnam Capai Hasil yang Memuaskan 2011-08-11
Mong Cai dan Teluk Ha Long antara destinasi pelancongan Vietnam yang sudah tidak asing lagi bagi pelancong China. Kini, pelancong China mempunyai lebih banyak pilihan ketika melawat Vietnam dengan beberapa pakej baharu yang ditawarkan oleh agensi pelancongan. Pakej itu memboleh warga China menghayati pemandangan yang indah lagi unik di bahagian selatan Vietnam, iaitu Sai Kung, Mui Ne dan My Tho.
• Pertandingan Nyanyian Tingkatkan Hubungan Persahabatan China-Vietnam 2011-08-04
Pertandingan nyanyian "Bersama-sama Menyanyi demi Persahabatan" China-Vietnam yang dianjurkan bersama oleh Radio Antarabangsa China (CRI) dan media Vietnam mendapat sambutan yang baik golongan muda kedua-dua negara. Presiden QTV Vietnam, Tran Manh Hung menganggap aktiviti ini sebagai jambatan persahabatan untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara.
• Kerjasama Ekonomi China-ASEAN Makin Luas 2011-07-28
Jumlah perdagangan antara China dengan negara-negara ASEAN hanya mencatat USD 7.96 bilion pada tahun 1991. Angka ini telah mencecah USD 100 bilion pada tahun 2004, dan mencatat 292.7 bilion pada tahun lepas. Angka ini ternyata memperlihatkan peningkatan perdagangan dua hala yang pesat, khususnya selepas penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) pada awal tahun 2010.
• Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN Capai Kemajuan Ketara 2011-07-27
Jabatan Penerangan Dewan Negara China mengadakan sidang akhbar semalam untuk mengumumkan pencapaian ekonomi dan perdagangan sejak hubungan dialog China-ASEAN dijalin pada 20 tahun yang lalu serta Ekspo China-ASEAN ke-8 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN ke-8.
• Kerjasama Ekonomi China-ASEAN Membuah Hasil Memberangsangkan 2011-07-26
Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China-ASEAN telah mencapai kejayaan yang membanggakan sejak hubungan dialognya dijalinkan 20 tahun yang lalu. Demikian dinyatakan wakil perunding perdagangan antarabangsa yang juga Naib Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng.
• Yang Jiechi: Pelayaran di Laut China Selatan Bebas Dijalankan 2011-07-26
China sentiasa menjaga keselamatan pelayaran di Laut China Selatan dan menyambut baik prospek bekerjasama dengan negara-negara ASEAN. Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Yang Jiechi selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Forum ASEAN Ke-18 yang berakhir di Pulau Bali, Indonesia baru-baru ini.
• Wang Qishan Melawat Singapura 2011-07-22
Jurucakap Kementerian Luar China, Ma Zhaoxu semalam menyatakan bahawa Naib Perdana Menteri China, Wang Qishan akan mengadakan lawatan ke Singapura pada 26 Julai depan.Wang Qishan dan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean akan mempengerusikan Sidang Ke-8 Suruhanjaya Bersama Kerjasama China-Singapura.
• Sepakat Melaksanakan Pengisytiharan Tindakan Pelbagai Pihak Laut China Selatan 
 2011-07-20

Sidang Peringkat Pegawai Kanan untuk melaksanakan Pengisytiharan Tindakan Pelbagai Pihak Laut China Selatan dirasmikan di Bali, Indonesia pada hari ini. Sidang itu mencapai kata sepakat untuk melaksanakan prinsip pengisytiharan tersebut dan mendorong kerjasama pragmatik di Laut China Selatan pada masa depan.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China