Cari:
• Singapura Mula Kurangkan Pelepasan Karbon 2012-06-21
Sekretariat Perubahan Iklim Singapura mengumumkan strategi komprehensif negara itu buat kali pertamanya baru-baru ini. Menurutnya, Singapura merancang untuk menangani perubahan iklim global dari tiga segi, untuk menjadikan negara itu sebuah metropolitan yang mampu menghadapi cabaran berkenaan.
• ASEAN Destinasi Utama Pelancong China 2012-06-20
Berdasarkan laporan tahunan yang diterbitkan oleh Akademi Pelancongan China baru-baru ini, pada tahun 2011, jumlah pelancong China yang melancong ke Kemboja meningkat 231%, manakala Malaysia dan Thailand meningkat lebih 50%. ASEAN sudah menjadi destinasi yang paling pesat berkembang.
• Visa Tunggal ASEAN Menerajui Industri Pelancongan Serantau 2012-05-31
Sidang Kemuncak Pengembaraan, Perdagangan dan Pelancongan diadakan di Bangkok pada 30 Mei lalu menjelang Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai Asia Timur. Sidang kemuncak itu fokus kepada tema utamanya iaitu "Membuka sempadan: menerajui pertumbuhan Asia melalui pengembaraan, perdagangan dan pelancongan."
• Infrastuktur Negara ASEAN Perlu Dinaik Taraf 2012-05-30
Kemudahan infrastruktur yang kurang sempurna adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh negara-negara membangun di Asia, termasuk negara-negara ASEAN. Menurut anggaran yang dibuat oleh Bank Pembangunan Asia(ADB), dalam tempoh 10 tahun akan datang sebanyak USD 8 trilion diperlukan bagi membangun infrastruktur yang bertaraf dunia di pelbagai negara Asia.
• Victor N. Arches II: Saya Hanya Bentangkan Fakta 2012-05-10
Akhbar Filipina, Manila Standard Today telah menerbitkan rencana seorang pelabur Filipina, Victor N. Arches II yang bertajuk "It Belongs to China" pada 28 April lalu. Beliau berpendapat bahawa pulau Huangyan dimiliki Chin dan Filipina tidak boleh mengubah hakikat itu.
• Lawatan Kapal Cheng Ho di Vietnam 2012-04-26
Kapal tentera laut China "Cheng Ho" berlepas dari Pelabuhan Saigon, bandar Ho Chi Minh selepas mengakhiri lawatan persahabatan selama tiga hari di Vietnam semalam. Bandar Ho Chi Minh merupakan perhentian pertama kapal"Cheng Ho" dalam pelayarannya mengelilingi dunia.
• Filipina Patut Beri Sambutan Positif terhadap Sikap China yang Tenang dan Terkawal 2012-04-26
Konfrontasi China-Filipina di pulau Huangyan ekoran gangguan kapal tentera Filipina terhadap kapal nelayan China telah berlanjutan selama belasan hari. Kedutaan Besar China ke Filipina mengesahkan bahawa dua buah kapal pengawal China telah pun berundur dari perairan berkenaan, dan kini hanya sebuah kapal pengawal maritim yang tinggal.
• China Memiliki Kedaulatan Penuh terhadap Pulau Huangyan 2012-04-25
Pulau Huangyan pertama kali ditemui dan dilakar ke dalam peta China pada pada Dinasti Yuan (tahun 1271--1368). Pada tahun 1279, ahli astronomi China, Guo Shoujing dalam kerja-kerja pengukuran laut di seluruh China telah memilih pulau Huangyan sebagai titik di Laut China Selatan.
• Laut China Selatan Bukan Taman Pengembaraan Tanpa Peraturan 2012-04-25
Ketegangan di pulau Huangyan, wilayah kedaulatan China masih belum reda sekarang ini. Namun Filipina terus menggembar-gemburkan isu tersebut tanpa mengira pendirian China yang ingin menyelesaikannya menerusi saluran diplomatik dan tindakan yang bersifat membina, malah telah menghantar dua buah kapal ke perairan berkenaan.
• Kapal Pengawal China Berundur dari Pulau Huanyan 2012-04-24
Jurucakap Kedutaan Besar China ke Filipina, Zhang Hua semalam menyatakan bahawa dua buah kapal pengawal China telah berundur dari pulau Huanyan pada 22 April lalu. China tetap komited untuk meredakan ketegangan menerusi kaedah diplomatik.
• Indonesia Bertindak Kawal Defisit Belanjawan 2012-04-11
Dalam menghadapi tekanan subsidi minyak yang semakin membebankan dan ancaman inflasi yang tersembunyi, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menyatakan bahawa kerajaan bakal mengambil lima langkah bagi mengawal defisit belanjawan di bawah 3%. Di samping itu, beliau turut menggesa masyarakat agar menyokong kempen berhemat yang dilancarkan kerajaan.
• Cadangan "Taman Industri Kuantan Malaysia-China" Disahkan 2012-04-02
Kabinet Malaysia telah mengesahkan cadangan penubuhan "Taman Industri Kuantan Malaysia-China" di Negeri Pahang yang dijangka akan berhubungan sahabat dengan "Taman Industri Qinzhou China-Malaysia" pada masa yang kelak.
• Lawatan Hu Jintao Bakal Buka Lembaran Baharu Hubungan China-Kemboja 2012-03-30
Atas undangan Raja Kemboja, Norodom Sihamoni, Presiden China, Hu Jintao dijadualkan melawat Kemboja pada 30 Mac hingga 2 April depan. Duta Besar China ke Kemboja, Pan Guangxue menyatakan, lawatan tersebut bakal memperkukuh persahabatan rakyat kedua-dua negara, menggalakkan perkembangan kerjasama pragmatik antara kerajaan dan rakyat, membawa manfaat kepada satu sama lain, dan membuka lembaran baharu dalam hubungan bilateral.
• Kemboja Berusaha Dorong Perkongsian China-ASEAN 2012-03-29
Pada saat menjelang lawatan Presiden China, Hu Jintao ke Kemboja pada 30 Mac hingga 2 April depan, Jurucakap kerajaan Kemboja, Khieu Kanharith diwawancara wartawan CRI. Beliau menyatakan bahawa lawatan itu sekali lagi membuktikan kesefahaman kedua-dua pihak dan sikap saling menghormati.
• Presiden China akan Lawat Kemboja 2012-03-28
Pada saat menjelang lawatan Presiden China, Hu Jintao ke Kemboja pada 30 Mac, Setiausaha Negara Kementerian Luar Kemboja, Kao Kim Hourn diwawancara wartawan CRI. Beliau menyatakan bahawa sebagai lembaran penting dalam sejarah Kemboja, lawatan itu dipercayai bukan sahaja akan memperkukuh kerjasama kedua-dua negara, bahkan persahabatan China-ASEAN.
• Singapura Mahu Kekalkan "Dividen Demografi"nya 2012-03-27
Singapura merupakan sebuah negara yang luasnya 700 kilometer persegi dengan jumlah penduduk tetap seramai 5.18 juta orang. Ekonominya berkembang pesat berdasarkan "dividen demografi"nya. Namun, negara itu kini memasuki fasa kemorosotan "dividen demografi".
• ASEAN Galakkan Pembaharuan Myanmar 2012-03-26
Sebagai bandar pesisir laut di selatan Myanmar, Dawei bakal menyambut pembangunan besar-besaran ekoran pelaburan Thailand sebanyak USD 8 bilion untuk tahap awal di bandar tersebut, termasuk pembinaan pelabuhan air dalam di zon ekonomi baru pada masa depan.
• Rakyat Filipina Bantah Latihan Tentera dengan AS 2012-03-09
Filipina dan AS akan mengadakan latihan tentera bersama kali ke-28 di kawasan perairan barat Pulau Palawan pada 16 hingga 27 April nanti. Tindakan ini menyebabkan masyarakat awam Filipina mengadakan demonstrasi besar-besaran di depan pejabat Kedutaan Besar AS, serta mencetuskan konflik antara penunjuk perasaan dan pihak polis.
• Konflik Antara Kerajaan Myanmar dengan Tentera Kachin Terus Berlarutan 2012-02-09
Rundingan damai antara kerajaan Myanmar dengan Tentera Kemerdekaan Kachin menghadapi jalan buntu malah konflik antara kedua-dua pihak dilaporkan semakin meruncing. Menurut analisis, usaha menamatkan konflik dengan tentera Kachin antara cabaran hebat yang dihadapi U Thein Sein sejak menyandang jawatan presiden.
• Mampukah Myanmar Menepati Syarat Untuk Memujuk Barat Membatalkan Sekatan? 2012-02-08
AS membatalkan sebahagian sekatan terhadap Myanmar yang dikenakan atas "Akta Perlindungan Pemerdagangan Mangsa" sebelum ini.Jabatan Negara AS dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, AS akan terus menyokong usaha pembaharuan Myanmar dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan negara itu. Sungguhpun begitu, Myanmar perlu berusaha lagi untuk mencapai kemajuan dalam perjuangan demokrasi dan hak asasi manusianya. Jika itu tercapai, lebih banyak lagi sekatan akan ditarik balik.
• Indonesia Garis Empat Langkah Utama Basmi Kemiskinan 2012-02-07
Indonesia menyasarkan kadar penduduk miskin menurun kepada 8%-9% menjelang tahun 2014. Indonesia mencapai hasil yang memuaskan dalam usaha membasmi kemiskinan pada beberapa tahun yang lalu. Menurut Badan Pusat Statistik Indonesia (BPS), kejayaan ini dicapai berdasarkan usaha gigih kerajaan, sokongan bersepadu pelbagai lapisan masyarat dan beberapa faktor yang lain.
• Sektor Peruncitan Global Optimis Pasaran Indonesia 2012-02-03
Menurut laporan penyelidikan yang dikeluarkan oleh Price Waterhouse Coopers (PWC), dibanding dengan Amerika dan Eropah yang berada dalam kemelesetan pasaran, Asia Pasifik merupakan tapak pelaburan yang lebih digemari sektorperuncitan dunia.
• "Cari Emas" di Myanmar 2012-02-02
Lawatan Presiden Myanmar, U Thain Sein di Singapura telah berakhir semalam. Kedua-dua negara berjaya menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Rancangan Kerjasama Teknologi Singapura-Myanmar. Melalui dokumen tersebut, Myanmar mendapat sokongan Singapura secara komprehensif dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, undang-undang dan pendidikan.
• BUMN Indonesia Tingkatkan Pembaharuan 2012-02-01
Selaras dengan trend pembangunan ekonomi nasional yang mantap, pembangunan badan usaha milik negara (BUMN) di Indonesia juga memuaskan hati. Setakat hujung tahun lepas, terdapat 142 buah BUMN bersama dengan 500 buah anak syarikat mereka dilaporkan memiliki aset keseluruhan sebanyak Rupiah 2,656.38 trilion, dengan keuntungan yang dipungut pada tahun lalu mencatat Rupiah 100 trilion.
• Pesta Kesenian Negara-Negara Aliran Sungai Lancang-Mekong Mendapat Sambutan Hangat  2011-12-28
Pesta Kebudayaan dan Kesenian Negara-Negara Aliran Sungai Lancang-Mekong 2011 selama 5 hari diadakan di Xishuangbanna, provinsi Yunnan sejak 26 hingga 30 Disember. Pesta kesenian itu disertai oleh artis, pegawai kerajaan dan usahawan daripada enam buah negara serantau, termasuk China, Laos, Myanmar, Thailand, Kemboja dan Vietnam.
• Ekonomi Indonesia Meningkat Pesat Pada Tahun 2011 2011-12-26
Ekonomi Indonesia tidak mengalami kesan negatif daripada kemerosotan ekonomi AS dan kawasan Euro, sebaliknya ia mencapai perkembangan yang pesat, di samping mengekalkan kadar inflasi dan kadar pengangguran yang rendah. Menurut Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia, kadar pertumbuhan ekonomi negara itu melebihi 6% pada tiga suku tahun pertama tahun ini.
• Sungai Mekong: Laluan Perkapalan dan Sumber Hidroelektrik yang Penting kepada Negara Serantau 2011-12-09
Sungai Lancang yang berpunca dari provinsi Qinghai, bahagian barat China merupakan hulu kepada Sungai Mekong yang mengalir di beberapa negara ASEAN, termasuk Myanmar, Laos, Thailand, Kemboja dan Vietnam. Sungai Mekong merupakan sungai terbesar di rantau Asia, maka isu yang berkaitan dengan sungai itu sentiasa menjadi perhatian bersama negara-negara di kawasan alirannya.
• Kod Barangan Baharu akan Diperkenalkan dalam Perdagangan ASEAN 2011-12-05
Negara-negara anggota ASEAN akan memperkenalkan sistem kod barangan WTO baharu mulai tahun depan bagi memudahkan aktiviti perdagangan serantau dan perdagangan di pasaran antarabangsa.
• Changhong Sasarkan Pasaran Barangan Elektronik China ke Asia Tenggara 2011-12-05
Syarikat pengeluar televisyen Changhong yang ditubuhkan pada akhir tahun 1950-an dan digelar sebagai "Raja TV Warna China", dan berkembang menjadi pengeluar TV warna yang terbesar di negara ini pada awal tahun 1990-an. Syarikat Chonghong mulai menembusi pasaran seberang laut sejak tahun 1998. Hingga sekarang, televisyen jenama Changhong telah berjaya dipasarkan di lebih 100 buah negara di dunia.
• Pelancongan, Pertanian dan Pembuatan Pakaian Terokai Potensi Kerjasama China-Kemboja 2011-11-23
Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan Kemboja berkembang pesat berikuan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA). Walaupun jumlah perdagangan dua hala ini bukan begitu besar, namun Kemboja tetap berusaha untuk menerokai potensi tiga sektor utama, iaitu industri pelancongan, pertanian dan pembuatan pakaian.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China