Cari:
• Kebangkitan China Memberi Manfaat kepada Asia 2009-09-16
Pembangunan yang mapan Republik Rakyat China sejak penubuhannya 60 tahun lalu menjadikannya satu kuasa ekonomi yang baru dan besar di dunia. Kebangkitan China bukannya "ancaman" seperti yang dihebohkan oleh sesetengah negara barat, sebaliknya ia berfaedah bagi kemakmuran dan kestabilan Asia.
• China Mempergiat Kerjasama Kewangan Pan Kawasan Teluk Beibu 2009-09-10
Kerjasama kewangan merupakan satu komponen penting dalam kerjasama ekonomi Pan Kawasan Teluk Beibu antara China dengan beberapa negara ASEAN. Walaupun krisis kewangan global kini membawa pelbagai cabaran kepada kerjasama ekonomi Pan Teluk Beibu, namun kerjasama antara negara-negara yang terlibat dalam bidang kewangan tetap bergerak ke hadapan.
• Pingxiang, Bandar yang Menghubungkan China dengan ASEAN 2009-09-02
Pingxiang, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi terletak berhampiran sempadan dengan Vietnam. Jarak antara bandar Pingxiang dengan ibu kota provinsi Lang Son, Vietnam hanya 32 kilometer sahaja, dan 176 kilometer dengan Hanoi.
• Xu Ningning: Kerjasama Merupakan Pilihan Bijak bagi China dan ASEAN 2009-08-12
Sejak Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi secara Menyeluruh China-ASEAN yang ditandatangani oleh pemimpin kedua-dua pihak pada 2002, hubungan China-ASEAN dalam ekonomi dan perdagangan memasuki tempoh perkembangan yang pesat.
• Kerja Persiapan Ekspo China-ASEAN Ke-6 Berjalan Lancar 2009-07-22
Ekspo China-ASEAN Ke-6 akan diadakan di Nanning, ibu kota wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China pada 20 hingga 24 Oktober tahun ini. Ekspo China-ASEAN ini diadakan atas anjuran Perdana Menteri China, Wen Jiabao. Ia dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan China dan badan perdagangan 10 buah negara ASEAN serta Jabatan Sekretariat ASEAN.
• Kerjasama Perdagangan China-ASEAN Diharap Dipergiat bagi Tangani Tempias Krisis Kewangan 2009-07-15
Seminar Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN anjuran Majlis Perniagaan China-ASEAN telah diadakan di Beijing pada 26 Jun lalu. Seminar tersebut disertai oleh konsul perdagangan beberapa negara anggota ASEAN ke China, termasuk Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos.
• Temu Ramah dengan Duta Besar China ke Malaysia, Encik Liu Jian sempena Ulang Tahun ke-35 Terjalinnya Hubungan Diplomatik China-Malaysia 2009-06-09
"Hubungan diplomatik China-Malaysia terjalin pada 35 tahun yang lalu. Hubungan persahabatan yang baik antara China dengan Malaysia yang terjalin berdasarkan Lima Prinsip Hidup Bersama secara Damai itu terus berkembang. Pada hari ini, hubungan tersebut berada dalam masa yang paling baik dalam sejarah," kata Encik Liu Jian.
• Wawancara dengan Encik Jin Guihua, Mantan Duta Besar China ke Malaysia 2009-06-09
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-35 terjalinnya hubungan diplomatik antara China dan Malaysia. Hubungan China sudah menjadi sangat hangat pada masa ini. Namun, menurut Encik Jin Guihua, dipengaruhi oleh beberapa unsur tinggalan sejarah, perkembangan hubungan China-Malaysia selepas terjalinnya hubungan diplomatik juga mengalami proses perubahan dari "beku" kepada "cair" dan kini menjadi "hangat".
• Wawancara dengan Mantan Naib Ketua Pengarah Jabatan Asia Kementerian Luar China, Encik Cheng Ruisheng 2009-05-27
Encik Cheng Ruisheng telah berusia 75 tahun. Semasa menjawat jawatan Naib Ketua Pengarah Jabatan Asia kementerian Luar China, beliau bertanggungjawab terhadap hal ehwal Myanmar dan lima buah negara anggota ASEAN pada masa itu, iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.
• Ekspo Perdagangan dan Pelancongan Xishuangbannan Ke-12 Kekal Mendapat Sambutan yang Baik 2009-04-29
Ekspo Perdagangan dan Pelancongan Kawasan Sempadan Xishuangbannan Ke-12 telah diadakan di bandar Jinghong, provinsi Yunnan China sempena sambutan tahun baru kalender etnik Dai yang juga dikenali sebagai Perayaan Songkran yang jatuh pada 13 April.
• Lee Hsien Loong: Kerjasama ASEAN-China Bermanfaat bagi Menangani Krisis Kewangan 2009-04-14
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, negara-negara anggota ASEAN telah menjalinkan hubungan yang baik dengan China berdasarkan persefahaman yang kian meningkat.
• CAFTA Berjalan Lancar Walaupun Dilanda Kesan Krisis Kewangan 2009-04-08
Pelbagai pihak, kini menumpukan perhatian terhadap peningkatan kerjasama serantau bagi menangani krisis kewangan global. Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) yang diusahakan oleh China dan negara-negara ASEAN selama ini akan diwujudkan menjelang tahun 2010 nanti.
• Kerajaan Vietnam Laksanakan Siri Pendekatan bagi Rangsang Ekonomi 2009-04-03
Krisis kewangan yang sedang merebak ke seluruh dunia memberikan kesan ketara terhadap eksport Vietnam. Eksport negara itu menurun dengan jumlah yang besar dan menjadikan pertumbuhan ekonominya bergerak perlahan.
• Ekspo China-ASEAN Ke-6 Sasarkan Peningkatan Kerjasama Ekonomi dan Perdgangan demi Menangani Krisis Kewangan 2009-03-26
Wilayah Autonomi Zhuang, Guangxi akan berusaha menjayakan Ekspo China-ASEAN pada tahun ini bagi merancakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak yang kini menghadapi cabaran akibat krisis kewangan global.
• Duta Besar China ke Singapura: China dan ASEAN Perlu Bekerjasama dalam Menangani Krisis Kewangan 2009-03-18
Duta Besar China ke Singapura, Puan Zhang Xiaokang berkata China dan negara-negara anggota ASEAN perlu membuat dasar berdasarkan keadaan negara masing-masing bagi menangani krisis kewangan di samping mempergiat kerjasama dan perpaduan antara satu sama lain.
• Proses Integrasi ASEAN Berfaedah bagi Mengatasi Kelembapan Ekonomi 2009-03-11
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 berakhir di Hua Hin Thailand pada 1 Mac lalu. Para penganalisis berpendapat bahawa sidang kemuncak kali ini memainkan peranan dalam mendorong pelaksanaan Piagam ASEAN dan mempercepat proses integrasi ASEAN.
• Indonesia Laksanakan Pendekatan untuk Turunkan Kadar Pengangguran 2009-03-04
Akademi Sains Indonesia baru-baru ini mengeluarkan laporan yang menganggarkan kadar pengangguran negara itu akan mencatat 9% pada tahun 2009 akibat dilanda krisis kewangan global. Sehubungan dengan itu, kerajaan Indonesia merancang untuk melaksanakan pelbagai pendekatan bagi menyediakan lebih banyak peluang kerja.
• Peniaga Vietnam yang Usahakan Penjualan Kopi di Puzhai 2009-02-25
Puzhai, di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China yang terletak berhampiran dengan Vietnam masih merupakan sebuah kampung kecil dengan beberapa belas keluarga mendiaminya pada tahun 1992. Namun, kini kampung kecil itu dahulu sudah dikenali sebagai salah satu pusat perdagangan yang paling besar di kawasan sempadan China-Vietnam.
• Nguyen Thi Tuyet, Wanita Vietnam yang Berniaga di Dongxing 2009-02-18
Pintu keluar masuk sempadan Dongxing yang terletak di tebing suangi Beilun, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China, merupakan satu satunya pintu keluar masuk peringkat I negara yang berhubung dengan Vietnam dari darat dan laut.
• Peniaga yang Mengusahakan Perniagaan Perabot Kayu Merah di Kawasan Sempadan China-Vietnam 2009-02-11
Puzhai, di provinsi Guangxi yang terletak berhampiran dengan Vietnam merupakan salah satu pusat perdagangan di kawasan sempadan China-Vietnam. Di situ juga terletak pasar raya perabut kayu merah dan buah-buahan yang terbesar di rantau Asia. Perabot kayu merah terkenal sebagai perabot yang bermutu tinggi.
• Pasar Rakyat Mega di Mohan Manfaatkan Penduduk di Kawasan Sempadan China-Laos 2009-01-21
Zon Ekonomi Mohan yang terletak di bahagian paling selatan provinsi Yunnan China, bersempadan dengan pintu keluar masuk Boten, Laos. Pasar rakyat mega yang dikunjungi oleh penduduk di kawasan sempadan kedua-dua negara tetap diadakan di sana pada tarikh 8 haribulan setiap bulan sejak Disember tahun 2007.
• Singapura Mempergiat Usaha Jimatkan Tenaga dan Lindungi Alam Sekitar 2009-01-14
Beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Singapura memberi keutamaan yang serius kepada usaha menjimatkan tenaga dan melindungi alam sekitar agar menyediakan asas yang lebih kukuh terhadap perkembangan ekonomi secara berterusan.
• ASEAN Menuju ke Pertubuhan Serantau yang Lebih Berpengaruh 2009-01-07
Tahun 2008 yang baru berlalu dianggap sebagai tahun yang penting dalam proses pembangunan ASEAN. Penguatkuasaan Piagam ASEAN dan mekanisme dalaman yang semakin sempurna akan membantu proses integrasi ASEAN dan membolehkannya memainkan peranan yang lebih besar dalam urusan politik, ekonomi dan keselamatan di kawasan serantau, malah seluruh dunia.
• Komunikasi Diutamakan dalam Peningkatan Kerjasama Pelancongan ASEAN 2008-12-24
Guangxi China yang bersempadan dengan Vietnam mempunyai kelebihan geografi untuk mengadakan kerjasama dengan pelbagai negara ASEAN. Kini, kerajaan tempatan Guangxi sedang bergiat untuk membentuk jaringan laluan darat, laut dan udara bagi merancakkan kerjasama industri pelancongan antara kedua-dua pihak.
• Kumpulan Kesenian yang Diminati Rakyat China dan Vietnam di Kawasan Sempadan
 
 2008-12-17

Bandar Hekou, provinsi Yunnan di bahagian selatan China terletak berhampiran dengan provinsi Laocai, Vietnam. Kedua-dua tempat itu hanya dipisahkan oleh sebatang sungai.Kira-kira pukul 7 malam, sejumlah besar wanita Vietnam yang berpakaian Ao Dai, iaitu pakaian tradisional Vietnam berjalan beramai-ramai merentasi sempadan menuju ke Hekou.
• Duta Besar Malaysia Ke China Memberikan Tafsiran tentang Kerjasama Asia-Eropah 2008-10-31
Sidang Kemuncak Asia Erupah Ke-7 telah ditutup di Beijing pada 25 Oktober lalu. Dalam tempoh berlangsungnya dua hari sidang itu, wartawan kami berpeluang mewawancara Duta Besar Malaysia ke China, Dato' Syed Norulzaman Syed Kamarulzaman.
• Ekspo China-ASEAN Mendapat Pujian Ahli Perniagaan dan Sarjana Pelbagai Negara 2008-10-24
Ekspo China-AEAN Ke-5 yang berlangsung selama 4 hari di Nanning, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China telah berakhir hari ini, selepas mencapai kejayaan yang cemerlang. Ekspo China-ASEAN dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan serta pelbagai aktiviti lain yang diadakan kali ini bukan sahaja diberikan perhatian oleh kerajaan China dan negara anggota ASEAN, tetapi juga mendapat sambutan baik daripada pelbagai kalangan masyarakat kedua-dua pihak, khususnya ahli perniagaan dan sarjana.
• Usahawan Malaysia Menyatakan Keyakinan terhadap Potensi Pasaran Produknya di China 2008-10-23
Usahawan Malaysia Menyatakan Keyakinan terhadap Potensi Pasaran Produknya di China
• Peniaga ASEAN Ingin Merebut Pasaran China dengan Menyertai Ekspo China-ASEAN 2008-10-23
Ekspo China-ASEAN ke-5 telah memasuki hari ketiga hari ini. Terdapat 2100 buah syarikat dari China dan luar negara yang menyertai ekspo kali ini. Antara kesemua 3300 buah gerai pameran, negara-negara ASEAN telah menyewa sebanyak 1154 buah gerai. Malaysia, Indonesia, Kemboja, Myanmar, Thailand dan Vietnam telah menubuhkan ruang pameran tersendiri untuk mempamerkan barangan buatan masing-masing.
• Brunei Fokuskan Produk-Produk ICT dan Makanan Halal dalam Ekspo China-ASEAN ke-5 2008-10-22
Brunei memfokuskan produk-produk sektor teknologi komputer dan Internet (ICT) dan makanan halal dalam Ekspo China-ASEAN ke-5 yang diadakan di Nanning, Guangxi China pada 22-25 Oktober ini.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China