Bayaran bagi Perdagangan Dua Hala dengan Mata Wang RMB Galakkan Pertumbuhan Ekonomi China dan ASEAN 2010-10-22 Usahawan, sarjana dan pegawai kerajaan dari China dan 10 buah negara anggota ASEAN yang sedang menyertai Ekspo China-ASEAN ke-7 di Nanning, Guangxi bersetuju bahawa bayaran bagi perdagangan dua hala dengan mata wang RMB antara China dengan ASEAN akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi |
Beberapa Harapan China terhadap Siri Sidang Kemuncak Asia Timur di Hanoi 2010-10-22 Perdana Menteri China, Wen Jiabao akan menghadiri Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-13, Sidang Kemuncak ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea ke-13, Sidang Kemuncak Asia Timur ke-5 dan Sidang Kemuncak China, Jepun dan Republik Korea yang dijadualkan di Hanoi, Vietnam pada 28 hingga 30 Oktober ini. |
"Kepentingan Bersama" Merupakan Asas bagi Kerjasama Strategik China-ASEAN 2010-10-21 Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-7 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN sedang diadakan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China. Ekspo tersebut telah menarik perhatian syarikat dari dalam dan luar negara. |
Ekspo China-ASEAN Mencapai Kejayaan Besar Sejak Ia Mula Diadakan 2010-10-19 Ekspo China-ASEAN ke-7 selama 6 hari telah dirasmikan di Nanning, Guangxi China hari ini. Ekspo kali ini bertema "Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dan pelauang baru". Ketua Setiausaha Sekretariat Ekspo China-ASEAN, Zheng Junjian memaklumkan bahawa ekspo itu telah mencapai kejayaan yang besar sejak ia mula diadakan di Nanning pada tahun 2004, dan juga menggalakkan pembangunan CAFTA. |
Industri Penanaman Bunga Yunnan, China Tunjukkan Peningkatan Perdagangan dengan ASEAN 2010-10-15 Kampung Dounan yang terletak di kawasan luar bandar Kunming, ibu kota Provinsi Yunnan China mempunyai pasar raya bunga yang terbesar di negara ini, malah mempunyai jenama bunga-bungan sendiri yang bernilai 400 juta Yuan RMB. Namun, kampung Dounan masih merupakan sebuah kampung kecil pada tahun 1980. |
Yunnan, China Menjadi Destinasi Pelaburan Penting bagi Syarikat Thailand 2010-10-08 Provinsi Yunan di bahagian barat daya China telah menjalinkan kerjasama perdagangan yang rapat dengan Thailand sejak sekian lama. Jumlah perdagangan antara provinsi Yunnan dengan Thailand terus berkembang pesat selepas ditubuhkannya Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN pada tahun ini. Sementara itu, Yunnan menjadi destinasi pelaburan yang penting bagi syarikat Thailand kerana ia mempunyai kelebihan geografi yang istimewa dan iklim pelaburan yang baik. |
Jiang Peizhen: Bersedia Berkongsi Pengalaman dengan Usahawan Wanita dari Negara ASEAN 2010-10-01 Puan Jiang Peizhen, seorang usahawan wanita China menjadi tumpuan perhatian dalam Forum Perniagaan Usahawan Wanita China-ASEAN yang diadakan di bandar Liuzhou, Guangxi China baru-baru ini. Puan Jiang Peizhen ialah Pengerusi Kumpulan Jinsangzi, salah sebuah syarikat daripada 50 syarikat perusahaan ubat-ubatan tradisional yang paling unggul di China. |
China dan ASEAN Meneliti Kerjasama Industri selepas Ditubuhkannya CAFTA 2010-09-24 Hubungan perdagangan antara China dengan ASEAN memasuki "era tanpa tarif" dengan tertubuhnya Kawasan Perdagangan China-ASEAN(CAFTA) pada 1 Januari tahun ini.Di samping memudahkan kegiatan dan pelaburan, CAFTA juga memberikan peluang yang amat baik kepada perusahaan serantau untuk mengadakan kerjasama dalam bidang pengeluaran dan pemprosesan. |
Usahawan Wanita China dan ASEAN Bincangkan Kaedah Untuk Jayakan Pembangunan 2010-09-17 Forum Pemula Usahawan Wanita China-ASEAN ke-2 yang berlangsung selama sehari, diadakan dengan jayanya di bandar Liuzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China semalam. Forum yang bertema "kerjasama ke arah mewujudkan muafakat bestari, dan berganding bahu untuk membangun bersama-sama" itu, turut dihadiri oleh Presiden Persatuan China-ASEAN, Gu Xiulian, Naib Presiden Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Negara Asing (CPAFFA), Feng Zuoku dan Presiden Persatuan Usahawan Wanita China, Zhu Rui serta lebih 350 orang tokoh usahawan wanita, pegawai kerajaan dan utusan diplomatik dari kedua-dua pihak. |
Vietnam Berharap Menimba Pengalaman China dalam Jayakan Penganjuran Aktiviti Bertaraf Antarabangsa 2010-09-13 Beberapa aktiviti bertaraf antarabangsa yang diadakan di China pada beberapa tahun yang lalu dipercayai membantu meningkatkan prestasi negara ini di arena dunia di samping memupuk rasa kekitaan rakyat. Demikian dinyatakan oleh Menteri Budaya, Pelancongan dan Kesukanan Vietnam, Hoang Tuan Anh ketika diwawancara oleh wartawan CRI di Shanghai baru-baru ini. |
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Duta Besar Malaysia di China 2010-09-13 Sempena menyambut Hari Raya Adilfitri 2010, Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pendengar CRI Siaran Bahasa Melayu dan penduduk yang beragama Islam di China. Beliau berharap kerjasama dan interaksi antara Malaysia dan China dalam bidang industri makanan halal dan keagamaan Islam dapat ditingkatkan lagi pada masa akan datang. |
Konsul Pelancongan Malaysia ke Shanghai: Penganjur dan Peserta Saling Belajar dalam Ekspo Dunia 2010 Shanghai 2010-09-10 12 September adalah Hari Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia 2010 Shanghai. Sejak Ekspo Dunia Shanghai dirasmikan pada 1 Mei lalu, seramai lebih 3.2 juta pelancong ke ekspo ini telah melawat Pavilion Malaysia. Baru-baru ini, wartawan CRI telah mewawancara Konsul Pelancongan Malaysia ke Shanghai, Edzuar Zar Ayob. Beliau telah memaklumkan penyertaan Malaysia dalam ekspo dunia kali ini secara menyeluruh. |
Negara-Negara Asia Tenggara Hadapi Cabaran Kesihatan dalam Proses Urbanisasi 2010-09-08 Mesyuarat Menteri Kesihatan Rantau Asia Tenggara ke-28 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Sidang Jawatankuasa Asia Tenggara ke-63 WHO dirasmikan di Bangkok, Thailand semalam. Menteri Kesihatan dari 11 buah negara di Asia Tenggara akan mengadakan perbincangan mengenai masalah-masalah yang berkaitan dengan kesihatan. |
Lee Hsien Loong Yakin Hubungan Singapura-China Dapat Ditingkatkan 2010-09-06 Sempena sambutan ulang tahun ke-20 terjalinnya hubungan diplomatik Singapura-China, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong hari ini memulakan lawatan ke lima bandar di China termasuk Chongqing, Shanghai, Changsha, Wuhan dan Suzhou. Menurut Lee Hsien Loong, hubungan antara kedua-dua negara amat baik pada masa ini dan dapat ditingkatkan lagi pada masa akan datang. |
Vietnam Berharap Mempertingkat Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan dengan China 2010-09-02 Delegasi Kementerian Kewangan Vietnam yang diketuai oleh Menterinya, Vu Van Ninh telah mengadakan lawatan selama 8 harinya di China bermula 11 Ogos lalu. Ketika diwawancara oleh wartawan CRI, Vu Van Ninh berkata, China memainkan peranan penting dalam rangka kerjasama ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea(10+3) kerana negara ini bukan sahaja mempunyai pasaran yang berpotensi besar, tetapi juga dikenali sebagai negara pengeluar dan pengeksport yang penting di dunia. |
Koridor Ekonomi Nanning-Singapura akan Merancakkan Kerjasama China-ASEAN 2010-08-30 Penubuhan Koridor Ekonomi Nanning-Singapura dijangka memainkan peranan penting untuk merancakkan hubungan interaksi dan menerajui perkembangan di negara-negara yang terlibat. Demikian pendirian yang dilahirkan para peserta dalam Forum Kerjasama Ekonomi Pan Teluk Beibu Ke-5 yang berakhir di Nanning, Guangxi China baru-baru ini. |
CAFTA Diberi Penilaian Tinggi dalam Sidang Menteri Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN 2010-08-27 Sidang Menteri Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN Ke-9 telah diadakan di Da Nang, Vietnam semalam. Para peserta sidang ini telah menilai pelaksanaan "Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi (ECFA) China-ASEAN" dan memberikan penilaian yang tinggi kepada pencapaian Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA). |
Kaunselor-Kaunselor Perdagangan ASEAN: CAFTA Bakal Menerajui Perkembangan Ekonomi Serantau 2010-08-20 Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) yang mula beroperasi pada 1 Januari lalu menandakan kegiatan perdagangan antara China dengan ASEAN memasuki "era tanpa tarif".Menurut Kaunselor Perdagangan dari beberapa negara ASEAN dengan beroperasinya CAFTA akan merancakkan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan ASEAN, sehingga menerajui perkembangan ekonomi serantau. |
Dato' Dr. Abdul Rahman Embong: ASEAN Perlu Bekerjasama dengan China dengan Pandangan yang Jauh 2010-08-09 Sempena ulang tahun ke-43 penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara(ASEAN), wartawan CRI daripada bahagian bahasa Melayu, Melur telah menemubual Dato' Dr. Abdul Rahman Embong, Prof. Emeritus daripada Institut Kajian Malaysia&Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhubung topik-topik seperti perkembangan dan peranan ASEAN dan kerjasama antara ASEAN dengan China. |
Datuk Dr. Mohamed Ariff: Ekonomi Malaysia Tidak Akan Mengalami Kemorostan Kali Kedua 2010-08-02 Walaupun krisis hutang yang berlaku di beberapa negara Eropah kebelakangan ini dijangka menyebabkan proses pemulihan ekonomi di rantau Asia Tenggara menjadi perlahan, namun menurut sarjana ekonomi dari Malaysia, ekonomi Malaysia tidak akan mengalami kemerosotan buat kali kedua pada tahun ini memandangkan kesan krisis hutang di Eropah tidak sehebat krisis subpinjaman kredit yang berlaku di A.S. sebelum ini. |
"Pameran dan Persembahan Budaya Islam China-Indonesia 2010" Semarakkan Persahabatan Tradisional Kedua-dua Negara 2010-07-28 Aktiviti "Pameran dan Persembahan Budaya Islam China-Indonesia 2010" yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Agama Islam China dan Majlis Ulama Indonesia(MUI) telah diadakan di Jakarta, Indonesia bermula 23 Julai lalu. Aktiviti yang berlangsung selama 3 hari itu diadakan sempena ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik China-Indonesia, dan merupakan aktiviti interaksi budaya Islam yang julung kalinya diadakan oleh kedua-dua negara.. |
Kumpulan Kesenian Negara ASEAN Aktif Sertai Pertandingan Koir Dunia Ke-6 2010-07-23 Pertandingan Koir Dunia Ke-6 yang dirasmikan pada 15 Julai lalu kini sedang diadakan di Shaoxing, China. Pertandingan yang berlangsung selama 12 hari itu disertai oleh lebih 200 ribu orang peserta daripada 400 kumpulan koir dari 83 buah negara dan kawasan di dunia. Antaranya 34 buah kumpulan koir daripada 6 buah negara ASEAN, termasuk, Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand dan Filipina. |
CAFTA Membantu Usaha Membasmi Kemiskinan 2010-07-16 Forum Pembangunan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan China-ASEAN Ke-4 telah ditutup di Guilin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi semalam. Peluang dan cabaran yang dibawa oleh Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) bagi usaha pelbagai negara untuk membasmi kemiskinan telah dibincangkan dalam forum tersebut. |
"Lawatan Persahabatan Berbasikal Pemuda China-Vietnam" Semarakkan Persahabatan Tradisional 2010-07-15 Peserta yang menyertai aktiviti "Lawatan Persahabatan Berbasikal Pemuda China-Vietnam" meneruskan perjalanan mereka di wilayah China mulai 11 Julai lalu selepas memasuki sempadan melalui Genting Youyi di Pingxiang, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China. Dalam perjalanan selama 6 hari di Vietnam sebelum ini, para peserta telah berbasikal merentasi 4 buah bandar dan provinsi di negara itu, iaitu perjalanan sejauh lebih 180 kilometer. |
Kasit Piromya: Perkembangan Hubungan Thailand-China Sangat Baik 2010-07-07 1 Julai tahun ini merupakan sambutan ulang tahun ke-35 terjalinnya hubungan diplomatik China-Thailand. Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya yang sedang mengadakan lawatan di China dan menghadiri aktiviti peringatan berkenaan telah diwawancara oleh wartawan CRI baru-baru ini. Beliau memberikan pandangannya tentang hubungan China-Thailand, kerjasama dua hala dan isu penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA). |
Duta Besar Baru Thailand ke China Komited untuk Mendorong Perkembangan Hubungan Kedua-dua Negara Secara Menyeluruh 2010-07-02 Duta Besar baru Thailand ke China, Piamsak Milintachinda dalam temubual bersama wartawan CRI baru-baru ini berkata, bahawa beliau akan berusaha untuk mendorong interaksi dan kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang dan memberikan sumbangan kepada perkembangan hubungan Thailand-China secara menyeluruh. |
Pelarian Myanmar Berhasrat Menamatkan Kehidupan di Kem Pelarian di Sempadan Thailand-Myanmar 2010-06-24 20 haribulan Jun setiap tahun ditetapkan sebagai Hari Pelarian Sedunia oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) pada tahun 2001. Sempena sambutan Hari Pelarian Sedunia Ke-10 yang disambut pada tahun ini, wartawan CRI telah mengadakan kunjungan ke kem pelarian di sempadan Thailand-Myanmar baru-baru ini. |
Bandar Wuyishan Aktif Promosi Destinasi Pelancongannya kepada Pelancong ASEAN 2010-06-17 Gunung Wuyi yang terletak di provinsi Fu Jian, bahagian tenggara China merupakan salah satu daripada empat destinasi pelancongan yang digelar sebagai warisan dunia budaya dan alam di China. Gunung itu disenaraikan dalam "Senarai Warisan Dunia" oleh UNESCO. Seiring dengan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN pada tahun ini, kerajaan bandar Wuyishan aktif berusaha untuk meneroka pasaran ASEAN dan mempromosi program pelancongannya yang istimewa kepada pelancong di negara-negara Asia Tenggara. |
Menghayati Kesenian Vietnam yang Mempesona dalam Ekspo Dunia 2010-06-04 Langit yang berwarna biru, bukit-bukau yang hijau dan buluh-buluh yang muda, inilah pemandangan alam semula jadi yang dipertunjukkan kepada para pengunjung ketika masuk ke dalam pavilion negara Vietnam dalam Ekspo Dunia. Buluh, yang merupakan tumbuhan yang banyak didapati di Vietnam menjadi ilham dan konsep utama untuk menonjolkan budaya tradisional negara itu dalam ekspo. |
Menghayati Pavilion Negara Kemboja dalam Ekspo Dunia 2010 2010-05-21 Pavlion Negara Kemboja dalam Ekspo Dunia 2010 mula dibuka kepada orang ramai sejak ekspo itu dirasmikan di Shanghai pada 1 Mei lalu. Pavilion Negara Kemboja tidak pernah sunyi daripada kunjungan orang ramai yang datang untuk menyaksikan sejarah dan kebudayaan negara itu yang gilang-gemilang. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |