v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

  • "Mendekati Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia" (4) "Ningxia Zuochang" Kesenian Rakyat Ningxia
  •  2008-07-21

    "Ningxia Zuochang" ialah sejenis persembahan kesenian yang disukai ramai penduduk di Ningxia. "Zuochang" bermaksud "duduk dan menyanyi". Dua orang penyanyi dalam persembahan "Zuochang" biasanya duduk di kerusi dan berdiaog melalui nyanyian sambil memainkan alat muzik. "Ningxia Zuochang" merupakan teladan baik bagi rakyat Ningxia mewarisi kebudayaan tradisional di samping meneroka cara kesenian baru yang selaras dengan arah aliran pembangunan masyarakat kini.
  • "Mendekati Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia"(3) Alat Muzik Etnik Hui – Kouxian Keluarga Ma
  •  2008-07-21

    Kouxian merupakan alat muzik yang digemari oleh penduduk etnik Hui. Alat muzik itu diperbuat daripada logam atau buluh. Dalam rancangan sebelum ini, kami pernah memperkenalkan Kouxian etnik Salar di Xunhua, provinsi Qinghai yang diperbuat daripada logam. Dalam rancangan hari ini, kami akan membawa saudara ke mukim Haojiaqiao, bandar Lingwu untuk mengetahui mengenai Kouxian keluarga Ma.
  • "Mendekati Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia" (2) Seni Silat Etnik Hui - Permainan Penggada He dan Lembing Zhang
  •  2008-07-21

    Terdapat pepatah di bandar Wuzhong yang berbunyi, "Permainan penggada He dan lembing Zhang, tiada tandingannya". Sebagai satu bentuk seni silat tradisi etnik Hui yang diketahui umum di Wuzhong, penggada He dan lembing Zhang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
  • "Mendekati Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia" (1) Lagu Rakyat "Hua'er" Ningxia
  •  2008-07-21

    "Hua'er" ialah sejenis lagu rakyat yang bernada tinggi dan sering dinyanyikan ketika berada di atas bukit. Dengan itu, suara penyanyi lagu "Hua'er" sering bergema di kawasan lembah dan bukit. "Hua'er" mempunyai irama daerah yang unik dan dinyanyikan dalam dialek tempatan. Maka "Hua'er" yang dinyanyikan oleh penduduk dari pelbagai kawasan yang berbeza tentu mempunyai keunikan masing-masing yang disebabkan oleh adat resam dan kehidupan yang berlainan.
  • Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
  •  2007-12-10

    Pertandingan Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008 bukan hanya diadakan di Beijing sahaja. Bandar Tianjin, Qinhuangdao, Shanghai dan Shenyang akan menjadi tempat penganjuran pertandingan bola sepak Sukan Olimpik Beijing. Di samping itu Qingdao akan menyelenggara pertandingan kapal layar dan papan luncur angin, manakala pertandingan ekuestrian akan diadakan di Hong Kong
  • Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (3): Stadium Sukan Olimpik
  •  2007-12-03

    Sukan Olimpik Beijing memerlukan sebanyak 37 buah stadium pertandingan. Antaranya termasuk 9 buah stadium yang baru, 11 buah stadium yang diubahsuaikan dan 7 buah stadium sementara. Peruntukan untuk pembinaan stadium tersebut dijangka mencatat 2.67 bilion dolar Amerika. Kerajaan China dan Beijing amat mementingkan projek pembinaan stadium Sukan Olimpik
  • Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (2):Slogan dan Maskot Sukan Olimpik Beijing
  •  2007-11-29

    Sukan Olimpik Beijing 2008 akan diadakan secara meriah di Beijing pada 8 Ogos tahun 2008. Untuk memperkenalkan konsep penganjuran Sukan Olimpik Beijing dengan lebih baik dan memaparkan budaya China yang bersejarah kepada seluruh dunia, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah mengeluarkan slogan dan maskot Sukan Olimpik Beijing secara berturut-turut pada tahun 2005.
  • Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (1): Persiapan Penganjuran Sukan Olimpik Beijing Berjalan Lancar
  •  2007-11-22

    Dalam Sidang Pleno Ke-112 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (CIO) yang diadakan di Moscow, Rusia pada 13 Julai tahun 2001, bandar Beijing berjaya mendapat hak penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas Tahun 2008. Ini merupakan julung kalinya Sukan Olimpik diadakan di China.
  • Pengumuman Kuiz Pengetahuan Sukan Olimpik Beijing---"Bertemu 2008"
  •  2007-11-05

    Radio Antarabangsa China (CRI) akan mengadakan Kuiz Pengetahuan "Bertemu 2008-Sukan Olimpik Beijing" melalui 38 jenis bahasa asing dan bahasa Mandarin serta empat dialek China. Kuiz pengetahuan ini terdiri daripada empat siri.
  • "Lawatan Budaya Muslim di China" (5)
    Penduduk di Dataran Tinggi Pamirs--Etnik Tajik dan Etnik Kirgiz
  •  2007-07-16

    Dataran Tinggi Pamirs yang terletak di bahagian barat daya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China telah dikenali sebagai "Bumbung Dunia". Etnik Tajik dan Kirgiz daripada sepuluh etnik yang beragama Islam di China, telah tinggal di Dataran Tinggi Pamirs.
  • "Lawatan Budaya Muslim di China" (4)
    Terpesona dengan Kebudayaan Etnik Uygur
  •  2007-07-09

    Etnik Uygur ialah salah satu etnik bersejarah lama yang tinggal di bahagian barat laut China dan juga merupakan salah satu etnik yang pandai menyanyi dan menari. Kebanyakan penduduk etnik Uygur tinggal di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. "Uygur" ialah perkataan etnik tersebut sendiri yang bermakna "perpaduan" dan "persekutuan".
  • "Lawatan Budaya Muslim di China" (3)
    Etnik Salar yang Berasal daripada Legenda Mata Air Unta Putih
  •  2007-07-02

    Etnik Salar merupakan salah satu daripada 10 etnik minoriti yang beragama Islam di China. Mereka kebanyakannya tinggal di Kaunti Autonomi Etnik Salar Xunhua, Provinsi Qinghai. Etnik Salar mempunyai sejarah selama lebih 800 tahun dan kebudayaan yang gemilang. Penduduk Etnik Salar amat rajin dan telah membangun kampung halaman mereka di kaki Gunung Jishishan yang berdekatan dengan Sungai Kuning.
  • "Lawatan Budaya Muslim di China" (2)
    Pisau Etnik Bao'an di Dahejia, Provinsi Gansu
  •  2007-06-25

    Etnik Bao'an ialah salah satu daripada 10 etnik minoriti yang beragama Islam di China. Jumlah penduduknya tidak banyak iaitu kira-kira 16 ribu orang menurut statistik tahun 2000. Mereka kebanyakannya tinggal di Kaunti Autonomi Etnik-Etnik Bao'an, Dongxiang dan Salar Jishishan, Provinsi Gansu. Manakala, Dahejia yang terkenal dengan Pisau Etnik Bao'an merupakan salah sebuah pekan di kaunti tersebut.

  • "Lawatan Budaya Muslim di China"(1)
    Lawatan ke Kampung Najiaying pada Waktu Senja
  •  2007-06-15

    Provinsi Yunnan mempunyai pelbagai bangsa dan suku kaum. Selain bangsa Han, terdapat 25 buah etnik minoriti di Yunnan, antaranya termasuk Etnik Hui yang beragama Islam. Di Provinsi Yunnan juga terdapat sebuah kampung yang dibangunkan oleh keturunan Nabi Muhammad SAW, iaitu Kampung Najiaying......
  • Siri Kelima Kuiz Pengetahuan Pelancongan "Sichuan, Habitat Asal Panda"
  •  2007-01-04

    Zon Perlindungan Alam Semula Jadi Wolong terletak di bahagian barat laut Provinsi Sichuan. Kawasan ini merupakan salah satu habitat utama panda. Oleh sebab itulah, Provinsi Sichuan digelar sebagai kampung halaman panda. Panda liar hanya ditemui di hutan tebal di provinsi-provinsi Sichuan, Sha'anxi dan Gansu, maka, tempat yang paling sesuai bagi pelancong menyaksikan panda-panda ialah Taman Panda China yang terletak di Zon Perlindungan Alam Semula Jadi Wolong.
  • Siri Keempat Kuiz Pengetahuan Pelancongan "Sichuan, Habitat Asal Panda"
  •  2006-12-30

    Gunung Qingcheng merupakan salah satu tempat asal yang penting bagi Taoisme China. Taoisme ialah amalan falsafah tentang "penyatuan langit dan manusia", maksudnya manusia saling bergantung dengan alam semula jadi secara harmoni. Pada lebih 1800 tahun yang lalu, pengasas Taoisme, Zhang Ling memilih Gunung Qingcheng sebagai tempat latihannya mungkin kerana keadaan di sana yang indah dan sunyi.
  • Siri Ketiga Kuiz Pengetahuan Pelancongan "Sichuan, Habitat Asal Panda"
  •  2006-12-27

    Gunung Emei digelar sebagai Gunung Yang Pertama Di China sejak dahulu lagi. Diberitakan bahawa pada abad keempat Masihi, Sami Bao Zhang dari India telah melawat ke Gunung Emei, dan berasa kagum akan keindahan pemandangannya. Sami Bao Zhang memberi gelaran Gunung Yang Pertama Di China kepada Gunung Emei. Maka sejak itulah, Gunung Emei mula terkenal kerana gelaran tersebut.
  • Siri Kedua Kuiz Pengtahuan Pelancongan "Sichuan, Habitat Asal Panda"
  •  2006-12-19

    Dahulunya Sanxingdui disebut sebagai "kampung Sanxing". Seorang petani di situ pada sesuatu hari telah memulakan pencarigalian dan penyelidikan terhadap tempat itu yang berlangsung selama puluhan tahun. Hasil penyelidikan telah membuktikan bahawa pada 3,000 hingga 5,000 tahun yang lalu, Sanxingdui ialah ibu negeri Shu pada zaman silam, kemakmurannya pernah berlangsung selama 2,000 tahun. Penemuan tapak peninggalan zaman Sanxingdui telah menjadikan sejarah negeri Shu lebih awal 2,000 tahun.
  • Siri Pertama Kuiz Pengetahuan Pelancongan"Sichuan, Habitat Asal Panda"
  •  2006-12-19

    Jika saudara melancong ke Provinsi Sichuan, jangan lepaskan peluang saudara untuk melancong ke destinasi pelancongan Jiuzhaigou dan Huanglong. Tahukah saudara, apakah keunikan Jiuzhaigou dan Huanglong? Mengapa penduduk China menyifatkan kedua-dua destinasi itu sebagai "syurga di bumi"?
  • Pengumuman tentang Penganjuran Kuiz Pengetahuan "Sichuan, Habitat Asal Panda"
  •  2006-11-15

    Saudara pendengar, ketika memperkatakan provinsi Sichuan China mungkin saudara tidak mengetahui bagaimana keadaan tempat itu, tetapi jika menyebut Panda, tentulah ramai yang mengetahui binatang comel itu. Pronvinsi Sichuan, itulah habitat asal panda yang terletak di bahagian barat daya China.
  • CRI  Lebih Dikenali Warga Malaysia Melalui Rancangan "Syahadah" Daripada RTM
  •  2006-10-18

    Baru-baru ini kami menerima banyak surat dan E-mel dari Malaysia. Semua surat dan e-mel ini adalah untuk menyampaikan salam perkenalan kepada semua staf Bahagia Bahasa Melayu CRI. Kami baru mendapat tahu mereka mengenali CRI kerana memonton satu rancangan khas daripada RTM iaitu "Syahadah" yang telah disiarkan di TV1 di Malaysia.
  • Siri Keempat Kuiz Pengetahuan Sambutan Ulang Tahun Ke-65 CRI: Kisah Para Pendengar CRI Yang Terharu
  •  2006-07-07

    Tidak lama dahulu, sebuah tabung kornea mata yang terkenal di dunia yang terletak di Sri Lanka telah menerima satu permohonan derma yang istimewa. Penderma tersebut bernama Indrananda Abeysekara yang berasal dari Colombo, ibu negara Sri Lanka. Beliau menegaskan bahawa beliau berharap agar korneanya didermakan kepada salah seorang warga China.
  • Siri Ketiga Kuiz Pengetahuan Sambutan Ulang Tahun Ke-65 CRI: Perkembangan Selanjutnya CRI Pada Masa Depan
  •  2006-07-05

    Pada masa lalu, pendengar hanya dapat mengikuti siaran CRI melalui gelombang pendek. Kini, keadaan tersebut telah berubah.
    Pada 27 Februari 2006, radio FM 91.9 CRI di Nairobi, ibu negara Kenya telah memulakan siarannya secara rasmi. Ini merupakan radio FM CRI yang pertama di luar negara. Dengan adanya radio FM di Nairobi tersebut, CRI dapat lebih mendekati pendengar-pendengar di Kenya.
  • Siri Kedua Kuiz Pengetahuan Sambutan Ulang Tahun Ke-65 CRI: CRI Semakin Berkembang Pada Zaman Moden
  •  2006-06-26

    Pada penghujung tahun 1970-an, China mula melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Seiring dengan itu, CRI juga melangkah ke laluan yang lebih terbuka dan berkembang maju serta pengaruhnya juga semakin meluas.
  • Siri Pertama Kuiz Pengetahuan Sambutan Ulang Tahun Ke-65 CRI: Sejarah Awal Usaha Penyiaran China Ke Luar Negara
  •  2006-06-19

    Tahukah saudara, tahun ini ialah ulang tahun ke-65 penubuhan Radio Antarabangsa China (CRI). CRI merupakan satu-satunya stesen radio milik negara China yang menyiarkan rancangan ke luar negara. Bagaimana CRI ditubuhkan? Bagaimana CRI mengalami sejarah perkembangannya?
  • Siri Keempat Kuiz Pengetahuan "Masjid di China"
  •  2006-04-19

    Keunikan Masjid di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang China. Masjid Aitigaer bukan sahaja merupakan masjid yang paling besar di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang, malahan juga merupakan masjid terbesar di seluruh China.
  • Siri Ketiga Kuiz Pengetahuan "Masjid di China"
  •  2006-04-10

    Seni Bina Arab dalam reka bentuk masjid di China pada zaman moden. Apakah ciri-ciri seni bina Arab dalam reka bentuk bangunan masjid di China? Apakah "Jiao Fang" itu?
  • Siri Kedua Kuiz Pengetahuan "Masjid di China"
  •  2006-04-03

    Ausul nama Masjid dalam bahasa Mandarin, iaitu "Qing Zhen Si" dan ciri-ciri seni bina masjid di China pada peringkat awal dalam sejarah China.
  • Siri Pertama Kuiz Pengetahuan "Masjid di China"
  •  2006-03-28

    Proses penyebaran agama Islam ke China boleh dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama adalah pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Song, iaitu pada abad ke-7 hingga abad ke-12.
  • Pengumuman Pemenang Kuiz Pengetahuan "Taiwan, Sebuah Pulau Yang Indah di China"
  •  2006-03-28

    Aktiviti kuiz pengetahuan "Taiwan, sebuah pulau yang indah di China" yang bermula sejak bulan September tahun yang lalu telah diselesaikan dengan jayanya.
  • Siri Keempat Kuiz Pengetahuan "Taiwan, Sebuah Pulau yang Indah di China"
  •  2006-03-28

    Walaupun Tanah Besar China dan pulau Taiwan dipisahkan oleh Selat Taiwan, akan tetapi Tanah Besar China dan Taiwan tetap merupakan wilayah China sejak zaman silam, penduduk kedua-dua pantai Selat Taiwan juga mempunyai adat resam dan kebudayaan yang sama.
  • Siri Ketiga Kuiz Pengetahuan "Taiwan, Sebuah Pulau yang Indah di China"
  •  2006-03-28

    Sejak Tanah Besar China dan pulau Taiwan berada dalam keadaan terpisah pada tahun 1949, pertukaran ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan juga terputus. Pada tahun 1979, pihak Tanah Besar China terlebih dahulu mengemukakan cadangan mewujudkan hubungan langsung antara kedua-dua pantai Selat Taiwan dalam bidang perdagangan, penghantaran mel, perkapalan dan penerbangan.
  • Siri Kedua Kuiz Pengetahuan "Taiwan, Sebuah Pulau yang Indah di China"
  •  2006-03-28

    Prinsip asas kerajaan China menyelesaikan masalah Taiwan serta apa telah dibuat oleh kerajaan China dalam usaha menyelesaikan masalah itu dan menyatukan semula negara ini.
  • Siri Pertama Kuiz Pengetahuan "Taiwan, Sebuah Pulau yang Indah di China"
  •  2006-03-28

    Pulau Taiwan terletak di kawasan perairan di tenggara Tanah Besar China dan merupakan pulau terbesar di China, keluasannya lebih 30 ribu kilometer persegi. Ia menghadap Tanah Besar China di seberang Selat Taiwan. Jarak yang paling dekat antara kedua-dua pantai Selat Taiwan hanya sejauh 130 kilometer.
  • Siri Keempat Kuiz Sambutan Ulang Tahun Ke-600 Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika
  •  2006-03-28

    Tujuh kali pelayaran Cheng Ho ke Asia dan Afrika pada awal abad ke-15 merupakan satu lembaran gemilang dalam sejarah dunia. Cheng Ho lebih awal memulakan pelayarannya daripada beberapa ahli pelayaran Eropah seperti Christopher Colombus, Vasco da Gama dan Ferdinand Magellan. Setakat ini data-data seperti peta pelayaran yang dibuat oleh Cheng Ho sangat berguna untuk pelayaran ke negara-negara Asia dan Afrika.
  • Siri Ketiga Kuiz Sambutan Ulang Tahun Ke-600 Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika
  •  2006-03-28

    Apakah Cheng Ho pernah berkunjung ke Brunei dalam tujuh kali pelayarannya ke Asia? Dalam hal ini belum terdapat persefahaman pendapat di kalangan sarjana. Namun bukan mustahil bahawa ada sejumlah anggota rombongan Cheng Ho yang berjaya berkunjung ke Brunei.
  • Siri Kedua Kuiz Sambutan Ulang Tahun Ke-600 Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika
  •  2006-03-28

    Bumi berputar, zaman berubah. Kunjungan muhibah Cheng Ho ke Asia-Afrika pada enam abad yang silam sudah lama berlalu, namum cerita-cerita tentang Cheng Ho tetap segar dan kekal dalam ingatan rakyat, baik di China mahupun di luar China, khasnya di Asia Tenggara.
  • Siri Pertama Kuiz Sambutan Ulang Tahun Ke-600 Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika
  •  2006-03-28

    Pada tahun 1405 masihi, iaitu 600 tahun dahulu, Laksamana Cheng Ho telah mengetuai armada Dinasti Ming yang terdiri daripada lebih 27 ribu orang bertolak dari Pelabuhan Liujiagang di Taicang, Provinsi Jiangsu China memulakan pelayaran pertamanya ke Kuli iaitu Calicut di India pada masa ini dan telah membuka lembaran baru dalam sejarah pelayaran manusia.
     
    SearchYYMMDD  
    Radio Antarabangsa China
    >>Ramalan Cuaca
    >>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
           
    |  Hubungi Kami  |