Dinasti Xia (2100 SM - 1600 SM), Dinasti Pertama dalam Sejarah China
Dinasti Shang (1600 SM - 1100 SM)
Dinasti Qin (221 SM - 206 SM), Dinasti Feudal Pertama di China
Tiga Negeri (220 - 280), Dinasti Jin (265 - 420) dan Dinasti Selatan Utara (386 - 589)
Dinasti Sui (581 - 618) dan Dinasti Tang (618 - 907)
36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China
Taktik Pertama: Menyeberangi Laut melalui Penyamaran
Taktik Ke-2: Selamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei
Taktik Ke-3: Bunuh Orang dengan Pisau Pinjaman
Taktik Ke-4: Mengambil Kesempatan Sewaktu Musuh dalam Kepenatan
Taktik ke-5: Merampas Rumah Terbakar
Taktik ke-6: Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat
Taktik ke-7: Memulakan Sesuatu daripada Sifar
Taktik ke-8: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia
Taktik Ke-9: Melihat Kebakaran dari Seberang Sungai
Taktik Ke-10: Pisau Tersarung dalam Senyuman
Taktik Ke-11: Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas
Taktik Ke-12: Mencuri Kambing Sepintas Lalu
Taktik Ke-13: Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya
Taktik ke-15: Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya
Taktik Ke-16: Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu
Taktik ke-17: Lemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed
Taktik Ke-18: Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya
Taktik Ke-19: Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali
Taktik ke-20: Menangguk di Air Keruh
Taktik Ke-21: Lepaskan Kulit Serangga
Taktik Ke-22: Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri
Taktik ke-23: Berteman dengan Negara Jauh dan Menyerang Negara Tetangga
Taktik ke-24: Pinjam Laluan untuk Menyerang Guo
Taktik ke-25: Kasau dan Tiang Digantikan secara Sulit
Taktik ke-26: Tunjuk kepada Pokok Mulberi, Tetapi Bermaksud Mengutuk Pokok Lokus
Taktik ke-27: Berpura-pura Bodoh
Taktik ke-28: Alihkan Tangga ketika Musuh Berada di Atas
Taktik ke-30: Tamu Menjadi Tuan Rumah
Taktik ke-33: Biarkan Pengintip Musuh Semaikan Perbalahan di Khemah Sendiri
14 Februari ialah Hari Kekasih yang dirayakan secara meluas di Barat. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa orang China juga mempunyai hari kekasih sendiri, iaitu Qi Xi atau “Double Seven” dalam bahasa Inggeris, kerana hari ini dirayakan pada 7 hb. bulan ketujuh menurut kalendar China. Ada juga yang menyebut hari tersebut sebagai “Hari Keterampilan Perempuan”, “Hari Jadi Saudari Ketujuh” atau “Malam Keterampilan”.
Semasa penghujung musim panas, jika kita melihat ke langit, terdapat sebutir bintang terang putih yang bernama Altair menyinar di sebelah timur laut. Di sebelah barat laut pula terdapat sebutir bintang yang bernama Vega. Kedua-dua bintang ini bagaikan berpasangan. Di tengah kedua-dua bintang ini terdapat garis yang dinamakan Bimasakti. Pada 7 bulan ketujuh menurut kalendar China, bintang Altair yang terpisah daripada bintang Vega dikatakan akan melewati Bimasakti untuk bertemu setahun sekali. Masyarakat China mempunyai cerita menarik yang berikut berkaitan pertemuan ini.
Kononnya pada masa lampau, ada seorang lelaki yang bijak dan jujur bernama Niu Lang tinggal di sebuah kampung kecil. Ibu bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil dan dia terpaksa tinggal bersama-sama dengan abang dan kakak iparnya. Kakak ipar Niu Lang sangat kejam dan sentiasa memaksa dia melakukan kerja-kerja yang berat. Akhirnya si kakak ipar menghalau Niu Lang keluar dari rumah. Niu Lang yang miskin itu hanya mempunyai seekor lembu tua.
Pada suatu hari, lembu tua itu tiba-tiba memberitahu Niu Lang, "Esok ialah 7 bulan 7. Terdapat tujuh orang bidadari, iaitu puteri Raja Dewa Yu Huang, akan datang ke bumi dan mandi di sungai. Antara ketujuh-tujuh puteri itu, puteri yang paling bongsu bernama Zhi Nu dan pandai menenun. Semua awan di langit adalah hasil karya baginda. Zhi Nu terkenal dengan kepintaran dan kecantikan. Sembunyikan pakaian Zhi Nu dan baginda akan menjadi isterimu."
Niu Lang teruja dengan apa yang dikatakan oleh lembu itu dan memutuskan untuk mencuba. Pada hari itu, Niu Lang menyembunyikan dirinya di belakang sebatang pokok di tepi sungai berkenaan. Kemudian, tujuh orang bidadari turun dari langit. Mereka menanggalkan pakaian dan melompat ke dalam sungai. Selepas mereka masuk ke dalam sungai, Niu Lang keluar dari belakang pokok, mencapai baju Zhi Nu dan segera melontarkannya ke belakang pokok. Perbuatan ini mengejutkan tujuh orang bidadari itu dan enam daripada mereka terus terbang ke langit selepas memakai baju mereka, meninggalkan Zhi Nu yang kehilangan bajunya di dalam sungai. Niu Lang berjanji akan memulangkan bajunya dengan syarat Zhi Nu setuju berkahwin dengan dia. Zhi Nu mendapati Niu Lang seorang yang bijak, jujur dan baik hati, lalu menerima lamaran Niu Lang.
Setelah berkahwin, mereka hidup dengan gembira dan saling menyayangi. Kemudian, mereka dianugerahkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, dan hidup dalam kebahagiaan. Namun Ibu Ratu Langit sangat marah dan memaksa Zhi Nu segera kembali ke langit.
Lembu tua Niu Lang menyuruh dia membuat sepasang kasut dengan kulitnya selepas ia mati. Niu Lang memakai kasut kulit lembu itu dan membawa anak-anaknya bersama-sama terbang ke langit untuk mengejar Zhi Nu. Apbaila dia sampai di langit, Ibu Ratu Langit menarik keluar satu cucuk sanggul daripada rambutnya dan dengan hanya satu larikan cucuk sanggul itu, Ibu Ratu membuat satu sungai di langit untuk memisahkan sepasang kekasih ini.
Mereka yang dipisahkan oleh sungai langit itu hanya menangis. Zhi Nu terpaksa duduk di seberang sungai langit dan menenun dengan rasa pilu, sementara Niu Lang merenungnya dari jauh dan menjaga dua orang anak mereka. Burung murai amat terharu dengan percintaan mereka. Beribu-ribu ekor burung murai terbang ke sana dan membentuk sebuah jambatan supaya Niu Lang dan Zhi Nu dapat bersatu semula di atas jambatan itu. Melihat keadaan ini, Ibu Ratu Langit terpaksa membenarkan mereka berjumpa pada 7 bulan ketujuh setiap tahun.
Cerita Niu Lang dan Zhi Nu ini merupakan lambang cinta yang abadi, seperti Romeo and Juliet yang dikenali umum di Eropah. Legenda yang mengisahkan asal usul perayaan Hari Kekasih China tersebut masih diingati ramai orang dan terus diceritakan turun temurun.