Dinasti Xia (2100 SM - 1600 SM), Dinasti Pertama dalam Sejarah China
Dinasti Shang (1600 SM - 1100 SM)
Dinasti Qin (221 SM - 206 SM), Dinasti Feudal Pertama di China
Tiga Negeri (220 - 280), Dinasti Jin (265 - 420) dan Dinasti Selatan Utara (386 - 589)
Dinasti Sui (581 - 618) dan Dinasti Tang (618 - 907)
36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China
Taktik Pertama: Menyeberangi Laut melalui Penyamaran
Taktik Ke-2: Selamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei
Taktik Ke-3: Bunuh Orang dengan Pisau Pinjaman
Taktik Ke-4: Mengambil Kesempatan Sewaktu Musuh dalam Kepenatan
Taktik ke-5: Merampas Rumah Terbakar
Taktik ke-6: Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat
Taktik ke-7: Memulakan Sesuatu daripada Sifar
Taktik ke-8: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia
Taktik Ke-9: Melihat Kebakaran dari Seberang Sungai
Taktik Ke-10: Pisau Tersarung dalam Senyuman
Taktik Ke-11: Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas
Taktik Ke-12: Mencuri Kambing Sepintas Lalu
Taktik Ke-13: Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya
Taktik ke-15: Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya
Taktik Ke-16: Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu
Taktik ke-17: Lemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed
Taktik Ke-18: Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya
Taktik Ke-19: Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali
Taktik ke-20: Menangguk di Air Keruh
Taktik Ke-21: Lepaskan Kulit Serangga
Taktik Ke-22: Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri
Taktik ke-23: Berteman dengan Negara Jauh dan Menyerang Negara Tetangga
Taktik ke-24: Pinjam Laluan untuk Menyerang Guo
Taktik ke-25: Kasau dan Tiang Digantikan secara Sulit
Taktik ke-26: Tunjuk kepada Pokok Mulberi, Tetapi Bermaksud Mengutuk Pokok Lokus
Taktik ke-27: Berpura-pura Bodoh
Taktik ke-28: Alihkan Tangga ketika Musuh Berada di Atas
Taktik ke-30: Tamu Menjadi Tuan Rumah
Taktik ke-33: Biarkan Pengintip Musuh Semaikan Perbalahan di Khemah Sendiri
Hari "Permulaan Musim Gugur" biasanya jatuh pada 7 hb, 8 hb atau 9 hb bulan Ogos setiap tahun.
Ketibaan hari itu juga menandakan peredaran musim. Terdapat satu bidalan China berbunyi "angin nyaman akan terasa pada hari "Permulaan Musim Gugur". Ketibaan hari itu menandakan musim panas yang cuacanya panas terik akan berlalu dan musim gugur yang menyamankan akan tiba.
Menurut kaji iklim, jika suhu udara di bawah 22 darjah Selsius selama lima hari berturut-turut barulah boleh diisytiharkan sebagai ketibaan musim gugur. Walau bagaimanapun, oleh sebab wilayah China amat luas, jadi, semasa hari "Permulaan Musim Gugur", suhu udara setiap hari secara puratanya masih berada di atas 22 darjah Selsius di kebanyakan kawasannya. Sebenarnya, musim gugur biasanya akan bermula pada penghujung bulan September. Akan tetapi, rakyat China juga menyifatkan cuaca pada hari "Permulaan Musim Gugur" sebagai "Harimau" untuk menggambarkan betapa panasnya cuaca ketika itu. Setelah hari "Permulaan Musim Gugur" tiba, suhu udara di kebanyakan kawasan di China juga akan kekal tinggi pada 35 darjah Selsius, kadangkala akan mencecah sehingga 40 darjah Selsius seperti harimau yang marah. Punca yang mengakibatkan fenomena panas kembali tersebut ialah tekanan tinggi subtropika Lautan Pasifik Barat yang mempengaruhi cuaca China yang sudah bergerak ke arah selatan berbalik semula ke utara lagi. Dengan tekanan tinggi subtropika tersebut, langit akan menjadi cerah dan mengakibatkan pancaran matahari yang terik dan suhu udara yang tinggi.
Fenomena tersebut juga sering kita dapati di pelbagai tempat di dunia, misalnya, fenomena itu dikenali sebagai "Musim Panas Wanita Tua" di Britain, manakala "Musim Panas Indian" di Amerika Utara.
Ketibaan hari "Permulaan Musim Gugur" mempunyai makna besar bagi hasil penuaian setahun. Terdapat banyak bidalan yang menggambarkan kesan cuaca pada hari itu terhadap hasil penuaian akan datang. Antaranya ada yang berbunyi, "hujan yang turun pada hari 'Permulaan Musim Gugur' seperti emas". Ini bermaksud hujan pada hari itu adalah sangat berharga. Rakyat China juga telah membuat rumusan berdasarkan pengalaman bahawa jika angin utara bertiup pada hari sebelum "Permulaan Musim Gugur", hujan pasti akan turun selepas hari itu. Jika angin utara sering bertiup selepas hari "Permulaan Musim Gugur", maka bencana kemarau berkemungkinan besar akan berlaku pada musim sejuk nanti.
Kini, penduduk China masih mengamalkan tradisi dan adat resam tentang hari "Permulaan Musim Gugur" sebagai warisan kebudayaan. Misalnya, penduduk Beijing mempunyai tradisi memakan "daging kambing celur" pada hari "Permulaan Musim Gugur". Perubatan tradisional China berpendapat bahawa daging kambing merupakan makanan yang berzat dan berfungsi untuk memanaskan badan. Oleh sebab cuaca akan berubah dan beransur-ansur sejuk, maka memakan daging kambing akan bermanfaat bagi menyimpan tenaga untuk musim sejuk yang akan datang.
Kaum Tibet berpendapat bahawa musim gugur bukan sahaja merupakan musim penuaian, tetapi juga ialah musim untuk mandi. Mereka percaya bahawa bermandi pada musim gugur boleh menghilangkan penyakit dan kemalangan yang mungkin akan berlaku. Di Tibet dan Provinsi Sichuan di barat daya China, penduduk tempatan akan merayakan permulaan musim gugur setelah tibanya bulan Ogos. Mereka akan mengadakan pelbagai aktiviti yang menunjukkan kegembiraan mereka ketika ketibaan musim gugur.