China ABC

Hari Chongyang

 

Hari Chongyang jatuh pada 9 hb bulan kesembilan dalam kalendar Imlek China. Hari ini juga disebut sebagai Pesta Warga Emas atau Pesta Shuangjiu yang bermaksud sembilan ganda.

 

Dalam konsep orang China, 9 merupakan angka “yang shu” yang bermaksud angka terbesar antara semua angka. Yang di sini boleh difahami sebagai angka positif. Ekoran 9 hari bulan pada bulan yang ke-9, terdapat dua angka 9, maka hari itu disebut sebagai hari Chongyang, yakni hari "sembilan ganda atau dua angka sembilan".

 

Falsafah zaman kuno China berpendapat, dunia ini terdiri dari dua bahagian, iaitu Yin (Negatif) dan Yang (Positif). Pada mulanya, kata Yang melambang bahagian depan matahari, manakala Yin pula bahagian belakang matahari. Jadi Yin dan Yang dikonotasikan sebagai wakil dua kekuatan yang saling berlawanan tapi saling melengkapi. Misalnya, Yin mewakili hal-hal negatif, pasif, dan gelap serta wanita dan malam; manakala Yang mewakili hal-hal positif, terang serta lelaki dan siang hari. Untuk hitungan angka, nenek moyang China menyebut angka ganjil sebagai bilangan Yang, dan bilangan genap sebagai angka Yin. Angka 9 adalah bilangan ganjil yang paling besar. Dalam bahasa China, kata dua angka 9 sebutannya "jiujiu", yang ertinya panjang, lama, atau untuk selama-lamanya, maka ganda 9 lama-kelamaan bererti "panjang usia."

 

Menurut catatan sejarah, Hari Chongyang paling awal dirayakan pada masa 2.500 tahun yang lalu, iaitu zaman Negeri-Negeri Berperang (tahun 475-221 Sebelum Masihi), dan disambut sebagai hari raya kalangan rakyat secara rasmi dari zaman Dinasti Tang (tahun 618 - 907 Masihi) hinggalah sekarang. Menurut tradisi China, hari ini disambut dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan semua anggota keluarga, terutamanya melancong bersama-sama untuk menikmati pemandangan yang indah dan mendaki gunung yang membawa makna mengelakkan diri daripada ditimpa bencana, menempel daun herba yang bernama cornus di kepala dengan tujuan untuk menolak bala, menjaga kesihatan, minum arak kekwa dan memakan kuih Chongyang.

 

Sama seperti kebanyakan hari raya tradisional, tentang asal usulnya, Hari Chongyang juga mempunyai ceritanya sendiri.

 

Kononnya, setan wabah menginjakkan kakinya ke kalangan rakyat pada setiap 9 hb bulan ke-9 kalendar Imlek China. Katanya, ke manapun setan itu pergi, penyakit tersebar ke mana-mana, sehingga setiap hari ada orang yang jatuh sakit bahkan meninggal dunia. Seorang pemuda bernama Heng Jing. Ayah dan ibunya meninggal dunia kerana merajalelanya epidemi, tapi dia terselamat. Setelah sembuh, Heng Jing berazam untuk membasmi setan wabah tersebut. Beliau berkunjung ke mana-mana untuk mencari guru dan master yang mampu mengajarinya ilmu gaib. Pada akhirnya Heng Jing terdengar bahwa di bagian timur terdapat sebuah gunung yang paling kuno. Di atas gunung itu hidup seorang dewa yang memiliki kesaktian. Heng Jing segera melangkah maju terus ke timur, dan akhirnya tiba di gunung itu dan menghadap ke dewa sakti. Sang dewa terharu oleh semangatnya dan keberaniannya sehingga menerimanya sebagai pelajar dan mengajarinya silat pedang pemberantas setan. Dengan pedang yang dianugerahkan oleh sang guru, Heng Jing tiap hari rajin berlatih dan akhirnya tergembleng menjadi seorang pesilat yang luar biasa.

 

Suatu hari sang dewa memanggil Heng Jing dan berkata: "Besok adalah 9 hb bulan 9. Si setan wabah pasti muncul lagi. Kau sudah menguasai silat, dan seharusnya berbakti untuk rakyat." Menjelang keberangkatan, sang dewa memberikan Heng Jing sebungkus daun bunga Zhuyu, secangkir arak bunga serunai dan cara penangkal malapetaka. Setelah itu, Heng Jing berangkat ke kampung halaman dengan menunggang seekor bangau.

 

 

Setibanya di kampung halaman pada pagi 9 hb bulan 9, Heng Jing bertindak seperti apa yang dipesan oleh sang dewa untuk memimpin penduduk bersembunyi ke sebuah gunung. Ia lantas memberikan sebuah daun bunga Zhuyu dan secangkir arak bunga serunai kepada setiap orang. Kira-kira pada siang hari, setan wabah muncul. Setan wabah segera mencari-cari korban. Begitu ia tiba di kaki gunung, setan wabah tiba-tiba mencium bau dari daun-daun bunga Zhuyu dan arak bunga serunai. Si setan wabah langsung menghentikan langkahnya, dan tampak agak ketakutan. Pada saat itu, Heng Jing yang memegang pedang sakti lari dari atas gunung mengejarnya. Dengan beberapa putaran ia berhasil membunuh si setan wabah.

 

Sejak itulah di China terpelihara adat istiadat merayakan hari Chongyang pada 9 hb bulan 9 dengan mendaki gunung untuk menangkal malapetaka. Sekarang pada Hari Chongyang, seluruh orang China beradat berkumpul sekeluarga untuk bertamasya, khususnya mendaki gunung serta memelihara bunga serunai, memakai lingkungan dengan daun bunga Zhuyu, makan Kuih Chongyang, dan minum arak.

 

9 haribulan, bulan kesembilan membawa maksud panjang umur dan sihat. Sehubungan itu, orang China selalu mengadakan upacara untuk menyatakan penghormatan kepada nenek moyang dan mengadakan aktiviti untuk menujukkan rasa hormat kepada warga emas pada hari tersebut.

 

Sejak tahun 1980-an, Festival Chongyang telah dijadikan sebagai Pesta Warga Emas di China dengan tujuan membina suasana yang menghormati, menjaga dan membantu warga emas di kalangan masyarakat. Kerajaan China memberikan perhatian terhadap perlindungan warisan budaya bukan benda, dan mengesahkan tradisi China ini disenaraikan dalam senarai warisan budaya bukan benda peringkat negara kumpulan pertama pada bulan Mei 2006.