Dinasti Xia (2100 SM - 1600 SM), Dinasti Pertama dalam Sejarah China
Dinasti Shang (1600 SM - 1100 SM)
Dinasti Qin (221 SM - 206 SM), Dinasti Feudal Pertama di China
Tiga Negeri (220 - 280), Dinasti Jin (265 - 420) dan Dinasti Selatan Utara (386 - 589)
Dinasti Sui (581 - 618) dan Dinasti Tang (618 - 907)
36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China
Taktik Pertama: Menyeberangi Laut melalui Penyamaran
Taktik Ke-2: Selamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei
Taktik Ke-3: Bunuh Orang dengan Pisau Pinjaman
Taktik Ke-4: Mengambil Kesempatan Sewaktu Musuh dalam Kepenatan
Taktik ke-5: Merampas Rumah Terbakar
Taktik ke-6: Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat
Taktik ke-7: Memulakan Sesuatu daripada Sifar
Taktik ke-8: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia
Taktik Ke-9: Melihat Kebakaran dari Seberang Sungai
Taktik Ke-10: Pisau Tersarung dalam Senyuman
Taktik Ke-11: Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas
Taktik Ke-12: Mencuri Kambing Sepintas Lalu
Taktik Ke-13: Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya
Taktik ke-15: Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya
Taktik Ke-16: Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu
Taktik ke-17: Lemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed
Taktik Ke-18: Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya
Taktik Ke-19: Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali
Taktik ke-20: Menangguk di Air Keruh
Taktik Ke-21: Lepaskan Kulit Serangga
Taktik Ke-22: Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri
Taktik ke-23: Berteman dengan Negara Jauh dan Menyerang Negara Tetangga
Taktik ke-24: Pinjam Laluan untuk Menyerang Guo
Taktik ke-25: Kasau dan Tiang Digantikan secara Sulit
Taktik ke-26: Tunjuk kepada Pokok Mulberi, Tetapi Bermaksud Mengutuk Pokok Lokus
Taktik ke-27: Berpura-pura Bodoh
Taktik ke-28: Alihkan Tangga ketika Musuh Berada di Atas
Taktik ke-30: Tamu Menjadi Tuan Rumah
Taktik ke-33: Biarkan Pengintip Musuh Semaikan Perbalahan di Khemah Sendiri
Di China terdapat pepatah yang berbunyi bahawa "Tiupu Daya Tidak Pernah Berakhir dalam Peperangan". Taktik "Berlagak Berani" bermaksud, jika kekuatan pertahanan sesebuah kota kurang, pihak yang mempertahankan kota itu bolehlah membiarkan keadaan itu, kecurigaan pihak musuh akan bertambah. Jika tidak bersedia menghadapi musuh yang kuat, ahli strategi yang berpengalaman dan berani biasanya memperdaya musuh dengan cara memberi gambaran bahawa penduduk dalam kota itu hidup aman tenteram. Dengan itu, musuhnya akan menganggap bahawa ada tentera yang berjumlah besar berpangkalan di kotar itu, dan mereka akan berundur kerana takut.
Berdasarkan catatan sejarah, taktik tersebut digunakan seawal abad ke-7 sebelum Masihi. Taktik itu diketahui oleh umum ketika digunakan oleh ahli strategi terkenal pada zaman kuno China, iaitu Zhuge Liang, dalam satu perang yang penting.
Penggunaan taktik itu diceritakan dengan hidup sekali dalam buku klasik kuno China, "Roman Kerajaan Tiga Negeri". Pada zaman kerajaan tiga negeri itu, iaitu kira-kira pada abad ke-3, Negeri Wei, Negeri Shu dan Negeri Wu menjadi tiga negeri yang paling kuat. Ahli strategi negeri Shu, Zhuge Liang amat bijaksana, manakala, penasihat Raja Negeri Wei, Sima Yi juga cerdik. Dalam satu pertempuran, tentera di bawah Zhuge Liang gagal mempertahankan satu tempat strategik, iaitu Jieting. Sima Yi mengetuai tentera yang berjumlah 150,000 orang menuju ke kota pangkalan tentera Zhuge Liang. Tetapi, Zhuge Liang hanya mempunyai 5000 orang tentera yang berpangkalan di kota itu. Untuk menghadapi musuh yang besar dan kuat ini, Zhuge Liang berlagak berani dan tenang. Dia menempatkan tentera yang berjumlah kecil itu di luar kota, dan membuka semua pintu kota itu. Pada setiap pintu, 20 orang askar menyamar menjadi orang awam dan menyapu jalan. Orang awam dan askar yang lain disuruh berada di rumah dengan senyap. Pada masa itu, Zhuge Liang naik ke menara di atas pintu kota dengan membawa dua orang pengiring lalu memainkan alat muzik.
Ketika menyaksikan suasana yang amat santai itu, Sima Yi rasa terkejut dan curiga, mungkin tentera dengan jumlah yang besar sudah ditempatkan dalam kota itu, dan sedang menunggu mereka. Maka dia pun mengundurkan tenteranya.
Zhuge Liang menggunakan kecurigaan Sima Yi dan menangkis serangan tentera yang berjumlah 150,000 orang dengan taktik itu. "Berlagak Berani" merupakan taktik yang berisiko. Berundur ke kawasan yang selamat atau membawa masuk tentera tambahan perlu dilaksanakan segera selepas taktik itu digunakan.