Dinasti Xia (2100 SM - 1600 SM), Dinasti Pertama dalam Sejarah China
Dinasti Shang (1600 SM - 1100 SM)
Dinasti Qin (221 SM - 206 SM), Dinasti Feudal Pertama di China
Tiga Negeri (220 - 280), Dinasti Jin (265 - 420) dan Dinasti Selatan Utara (386 - 589)
Dinasti Sui (581 - 618) dan Dinasti Tang (618 - 907)
36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China
Taktik Pertama: Menyeberangi Laut melalui Penyamaran
Taktik Ke-2: Selamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei
Taktik Ke-3: Bunuh Orang dengan Pisau Pinjaman
Taktik Ke-4: Mengambil Kesempatan Sewaktu Musuh dalam Kepenatan
Taktik ke-5: Merampas Rumah Terbakar
Taktik ke-6: Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat
Taktik ke-7: Memulakan Sesuatu daripada Sifar
Taktik ke-8: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia
Taktik Ke-9: Melihat Kebakaran dari Seberang Sungai
Taktik Ke-10: Pisau Tersarung dalam Senyuman
Taktik Ke-11: Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas
Taktik Ke-12: Mencuri Kambing Sepintas Lalu
Taktik Ke-13: Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya
Taktik ke-15: Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya
Taktik Ke-16: Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu
Taktik ke-17: Lemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed
Taktik Ke-18: Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya
Taktik Ke-19: Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali
Taktik ke-20: Menangguk di Air Keruh
Taktik Ke-21: Lepaskan Kulit Serangga
Taktik Ke-22: Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri
Taktik ke-23: Berteman dengan Negara Jauh dan Menyerang Negara Tetangga
Taktik ke-24: Pinjam Laluan untuk Menyerang Guo
Taktik ke-25: Kasau dan Tiang Digantikan secara Sulit
Taktik ke-26: Tunjuk kepada Pokok Mulberi, Tetapi Bermaksud Mengutuk Pokok Lokus
Taktik ke-27: Berpura-pura Bodoh
Taktik ke-28: Alihkan Tangga ketika Musuh Berada di Atas
Taktik ke-30: Tamu Menjadi Tuan Rumah
Taktik ke-33: Biarkan Pengintip Musuh Semaikan Perbalahan di Khemah Sendiri
Pesta Perahu Naga yang juga dikenali sebagai Hari Ketupat merupakan perayaan tradisional China yang bersejarah selama 2,000 tahun.
Terdapat beberapa legenda tentang asal usul pesta ini. Antaranya yang paling popular ialah kisah tentang Qu Yuan (kira-kira tahun 340 SM - 278 SM), seorang penyair dan patriot yang terkenal dalam sejarah China.
Pada zaman Negeri-negeri Berperang, iaitu tahun 475 sebelum Masihi hingga tahun 221 sebelum Masihi, China dipecahkan menjadi tujuh negeri yang saling berperang, termasuk negeri Qi, Chu, Yan, Zhao, Han, Wei dan Qin. Antaranya, negeri Qin sering menyerang wilayah-wilayah lain.
Qu Yuan juga menteri kanan negeri Chu yang taat setia dan bijaksana dalam mengatur strategi dan taktik mempertahankan negeri Chu. Kebijaksanaannya yang tiada taranya dengan karya-karya puisi patriotik menyebabkan menteri-menteri yang lain iri hati dan menghasut Raja Huai, negeri Chu hingga baginda menitahkan Qu Yuan terus dibuang negeri. Kecintaan Qu Yuan terhadap negeri Chu tidak pernah padam walaupun telah dibuang negeri.
Qu Yuan kembali ke negeri Chu apabila mengetahui raja negeri Qin mengundang Raja Huai untuk berunding, yang sebenarnya adalah satu komplot untuk menjatuhkan Chu. Beliau menasihati Raja Huai tetapi kesetiaannya masih tetap disalahertikan.
Sebaik sahaja Raja Huai tiba di ibu kota Negeri Qin, baginda terus ditangkap, lalu dipenjarakan dan akhirnya mangkat di negeri Qin. Setelah Raja Huai meninggal dunia, Putera Qing Xiang naik takhta.
Qu Yuan sekali lagi menjadi korban komplot penentangnya yang sering memfitnahnya di depan Raja Qing Xiang. Beliau diusir keluar dari negerinya. Sepanjang tempoh pengusirannya, beliau menulis banyak puisi untuk menyatakan perhatian dan kebimbangannya terhadap negeri dan rakyatnya.
Pada tahun 278 sebelum Masihi, tentera Qin berjaya menduduki Ying, ibu kota Negeri Chu. Melihat negerinya di ambang kehancuran, Qu Yuan agak kesal kerana tidak mampu menyelamatkan negeri Chu. Akhirnya, pada tarikh 5 bulan kelima menurut kalendar China, dengan rasa kecewa dan putus asas, Qu Yuan bunuh diri dengan memeluk batu besar lalu terjun ke Sungai Miluo.
Rakyat Chu yang amat sedih kemudian menggunakan sampan untuk mencari jasad Qu Yuan. Hari demi hari, jasadnya masih belum ditemui. Mereka memukul gendang dan melemparkan ketupat ke dalam sungai dengan harapan ikan dan udang yang kekenyangan memakan ketupat tidak akan mengganggu mayat Qu Yuan. Untuk mengelakkan makanan tersebut dimakan oleh naga dalam sungai, maka mereka membungkusnya dengan daun-daun buluh.
Kini, membuat ketupat dan pertandingan perahu naga merupakan aktiviti-aktiviti yang sudah lama diamalkan untuk memperingati Qu Yuan dan menjadi asal usul Pesta Perahu Naga.