China ABC

Suruhanjaya Ketenteraan Pusat

 

Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China merupakan badan pimpinan ketenteraan negara dan bertugas untuk mengetuai angkatan bersenjata seluruh negara. Suruhanjaya ketenteraan pusat terdiri daripada pengerusi, naib-naib pengerusi dan anggota-anggotanya. Suruhanjaya kenteraan pusat diketuai oleh pengerusinya. Pengerusinya dipilih oleh kongres rakyat kebangsaan dan bertanggungjawab kepada kongres rakyat kebangsaan dan jawatankuasa tetapnya. Tempoh perkhidmatan suruhanjaya ketenteraan pusat ialah 5 tahun dan tidak terhad dengan penggal perkhidmatannya.

 

Angkatan Bersenjata China terdiri daripada Tentera Pembebasan Rakyat China, Pasukan Polis Tentera Rakyat China dan Militia. Tentera pembebasan rakyat merupakan askar tetap, pasukan polis tentera bertugas untuk membela keselamatan dengan mandat dari negara dan memelihara tata-tertib masyarakat, dan militia ialah kekuatan bersenjata massa yang tidak berlepas diri daripada produksi.

 

Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis China sekarang dijawat oleh Xi Jinping.