China ABC

Parti-Parti Bukan Parti Komunis

 

Di China selain Parti Komunis China, masih terdapat 8 parti bukan parti komunis. Mereka itu ialah: Jawatankuasa Revolusioner Kuomintang China, Liga Demokratik China, Persatuan Pembangunan Negara Demokratik China, Persatuan Galakan Demokrasi China, Parti Demokratik Petani dan Buruh China, Parti Zhi Gong China, Persatuan Jiu San China dan Liga Pemerintahan Sendiri Demokratik Taiwan China. Parti tersebut kebanyakannya ditubuhkan dan dikembangkan beransur-ansur dalam tempoh perang perlawanan terhadap penceroboh Jepun dan perang saudara China. Kelapan-lapan parti tersebut mendukung pimpinan parti Komunis China dalam politiknya. Ini merupakan pilihan sejarah yang diambil oleh mereka dalam kerjasama berjangka panjang dan proses perjuangan bersama-sama dengan Parti Komunis China. Kelapan parti tersebut menikmati kebebasan politik , bebas pertubuhan dan kedudukan sama rata di sisi undang-undang berdasarkan perlembagaan China. Panduan asas kerjasama Parti Komunis China dengan 8 parti tersebut ialah " Hidup Bersama, Saling Mengawasi, Berikhlas dan Senasib Sepenanggungan".

 

Lapan parti tersebut bukanlah parti pembangkang, melainkan parti yang berkecumpung dalam urusan besar negara. Setakat ini, dalam jawatankuasa tetap kongres, jawatankuasa majlis permesyuaratan politik dan badan kerajaan pelbagai peringkat China serta dalam bahagian ekonomi, kebudayaan, pendidikan, sains dan teknologi pun terdapat ahli dari parti-parti tersebut yang menyandang jawatan kepemimpinan, misalnya pengerusi jawatankuasa pusat kelapan-lapan parti sekarang masing-masing menjawat jawatan naib pengerusi jawatankuasa tetap kongres rakyat kebangsaan atau naib pengerusi jawatankuasa kebangsaan majlis permesyuaratan politik rakyat. Sementara itu, jumlah ahli dari kelapan-lapan parti itu juga telah mencapai pertambahan, pertubuhan tempatan dan pertubuhan basis dari 8 parti tersebut juga telah ditubuhkan di pelbagai provinsi, wilayah autonomi, bandar dibawah pentadbiran kerajaan pusat dan bandar sederhana dan besar China.

 

Jawatankuasa Revolusioner Kuomintang China

Jawatankuasa Revolusioner Kuomintang China ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari tahun 1948. Ia merupakan parti yang ditaja oleh golongan demokratik Parti Kuomintang China dan tokoh demokrasi patriotik lainnya, parti itu dengan ciri bersekutuan politik dan berusaha membangun sosialimse yang bercirikan China dan usaha penyatuan semula tanah air. Parti itu mempunyai hampir 65 ribu ahli. Pengerusi Jawatankuasa Revolusioner Kuomintang China sekarang ialah He Luli.

 

Liga Demokratik China

Liga Demokratik China ditubuhkan pada Mac tahun 1941, pada masa itu disebut " Liga Demokratik dan Parpaduan China", disusun semula pada tahun 1944 dan ditukar nama menjadi " Liga Demokratik China. Ia merupakan persekutuan politik pekerja sosialis dan patriot menyokong sosialisme yang diutamakan oleh kaum intelektual yang bekerja dalam kebudayaan dan pendidikan, dan parti yang berkhidmat kepada sosialisme. Liga itu kini mempunyai 156 ribu ahli. Pengerusi Jawatankuasa Pusat Liga Demokratik China sekarang ialah Ding shisun.

 

Persatuan Permbangunan Negara Demokratik China

Persatuan Pembangunan Negara Demokratik China ditubuhkan pada Disember tahun 1945. Ahli pokoknya ialah usahawan perindustrian dan perdagangan nasional yang patriotik dan kaum intelektual yang berhubungan dengan mereka. Kini persatuan itu mempunyai 85 ribu ahli. Pengerusi Jawatankuasa Pusat Persatuan itu ialah Cheng Siwei.

 

Persatuan Galakan Demokrasi China

Persatuan Galakan Demokrasi China ditubuhkan pada Disember tahun 1945. Ahli terutamanya ialah kaum intelektual tinggi dan sederhana yang bekerja dalam bidang pendidikan, kebudayaan, penerbitan, sains dan lain-lain. Kini persatuan itu mempunyai 81 ribu ahli. Pengerusi Jawatankuasa Pusat Persatuan itu ialah Xu Jialu.

 

Parti Demokratik Petani dan Buruh China

Parti Demokratik Petani dan Buruh China ditubuhkan pada Ogos tahun 1930. Ia merupakan persekutuan politik pekerja sosialis dengan patriot mendukung sosialisme yang diutamakan dengan kaum intelektual sederhana dan tinggi yang bekerja dalam bidang perubatan, kesihatan, sains, teknologi, kebudayaan dan pendidikan. Kini parti itu mempunyai lebih 80 ribu ahli. Pengerusi Jawatankuasa Pusat Parti itu ialah Jiang Zhenghua.

 

Parti Zhi Gong China

Parti Zhi Gong China ditubuhkan pada Oktoberr tahun 1925. Ia merupakan parti yang dengan ahlinya dari perantau yang balik ke China dan sanak saudaranya mereka. Kini parti itu mempunyai 20 ribu ahli. Pengerusi Jawatankuasa Pusat Parti itu ialah Luo Haocai.

 

Persatuan Jiu San China

Persatuan Jiu San China ditubuhkan pada Mei tahun 1946. Ahli utamanya terdiri daripada kaum intelektual tinggi dan sederhana yang bekerja dalam bidang sains, teknologi, kebudayaan, pendidikan, perubatan dan kesihatan. Kini persatuan itu mempunyai lebih 80 ribu ahli. Pengerusi Jawatankuasa Pusat Persatuan itu ialah Han Qide.

 

Liga Pemerintahan Sendiri Demokratik Taiwan

Liga Pemerintahan Sendiri Demokratik Taiwan ditubuhkan pada November tahun 1947. Ia merupakan persekutuan politik pekerja sosialis dan patriot yang mendukong sosialisme yang terdiri daripada tokoh provinsi Taiwan yang bermastautin di tanah besar China. Kini liga itu mempunyai lebih 1800 ahli. Pengerusi Jawatankuasa Pusat Liga itu ialah Zhang Kehui.