China ABC

Kongres Rakyat Kebangsaan

 

Kongres Rakyat KebangsaanSistem kongres rakyat kebangsaan merupakan sistem politik asas China. Kongres rakyat kebangsaan ialah badan kekuasaan negara tertinggi dan terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh provinsi, wilayah autonomi, bandar di bawah pentadbiran kerajaan pusat, wilayah pentadbiran khas dan tentera. Ia melaksanakan hak penggubalan undang-undang negara dan memutuskan masalah penting kehidupan politik negara.

 

Tugas utama kongres rakyat kebangsaan ialah meminda perlembagaan, menyelia pengamalan perlembagaan, menggubal dan meminda undang-undang jenayah, undang-undang sivil, badan negara dan undang-undang asas lainnya, membahaskan dan meluluskan rancangan tentang ekonomi nasional dan pembangunan sosial, dan laporan keadaan pelaksanaan rancangannya serta laporan belanjawan negara dan keadaan pelaksanaan belanjawan, mengesahkan penubuhan provinsi, wilayah autonomi dan bandar dibawah pentadbiran kerajaan pusat serta menetapkan punubuhan wilayah pentadbiran khas dan pengamalan sistemnya, memutuskan masalah perang dan perdamaian, memilih dan memutuskan ahli pemimpin badan kekuasaan negara tertinggi, iaitu memilih anggota yang terdiri daripada anggota jawatankuasa tetap kongres rakyat kebangsaan, memilih presiden, naib presiden, memutuskan calon perdana menteri dewan negara dan ahli-ahli yang terdiri daripadanya, memilih pengerusi suruhanjaya ketenteraan pusat dan memutuskan calon anggota yang terdiri daripadanya, memilih presiden mahkamah rakyat tertinggi dan memilih peguam negara. Kongres rakyat kebangsaan berhak untuk melucuti jawatan yang dijawat oleh anggota-anggota tersebut.

 

Tempoh perkhidmatan setiap penggal kongres rakyat kebangsaan ialah 5 tahun dan persidangan diadakan setahun sekali. Kongres rakyat kebangsaan terdiri daripada pengerusi, naib-naib pegnerusi, setiausaha agung dan anggotanya.

 

Penggubalan undang-undang China termasuk undang-undang yang digubal oleh kongres rakyat kebangsaan serta jawatankuasa tetapnya, peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh dewan negara serta badan kerajaan, bahagian tempatan, kawasan autonomi etnik, zon ekonomi khas dan wilayah pentadbiran khas.