Dinasti Xia (2100 SM - 1600 SM), Dinasti Pertama dalam Sejarah China
Dinasti Shang (1600 SM - 1100 SM)
Dinasti Qin (221 SM - 206 SM), Dinasti Feudal Pertama di China
Tiga Negeri (220 - 280), Dinasti Jin (265 - 420) dan Dinasti Selatan Utara (386 - 589)
Dinasti Sui (581 - 618) dan Dinasti Tang (618 - 907)
36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China
Taktik Pertama: Menyeberangi Laut melalui Penyamaran
Taktik Ke-2: Selamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei
Taktik Ke-3: Bunuh Orang dengan Pisau Pinjaman
Taktik Ke-4: Mengambil Kesempatan Sewaktu Musuh dalam Kepenatan
Taktik ke-5: Merampas Rumah Terbakar
Taktik ke-6: Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat
Taktik ke-7: Memulakan Sesuatu daripada Sifar
Taktik ke-8: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia
Taktik Ke-9: Melihat Kebakaran dari Seberang Sungai
Taktik Ke-10: Pisau Tersarung dalam Senyuman
Taktik Ke-11: Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas
Taktik Ke-12: Mencuri Kambing Sepintas Lalu
Taktik Ke-13: Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya
Taktik ke-15: Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya
Taktik Ke-16: Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu
Taktik ke-17: Lemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed
Taktik Ke-18: Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya
Taktik Ke-19: Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali
Taktik ke-20: Menangguk di Air Keruh
Taktik Ke-21: Lepaskan Kulit Serangga
Taktik Ke-22: Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri
Taktik ke-23: Berteman dengan Negara Jauh dan Menyerang Negara Tetangga
Taktik ke-24: Pinjam Laluan untuk Menyerang Guo
Taktik ke-25: Kasau dan Tiang Digantikan secara Sulit
Taktik ke-26: Tunjuk kepada Pokok Mulberi, Tetapi Bermaksud Mengutuk Pokok Lokus
Taktik ke-27: Berpura-pura Bodoh
Taktik ke-28: Alihkan Tangga ketika Musuh Berada di Atas
Taktik ke-30: Tamu Menjadi Tuan Rumah
Taktik ke-33: Biarkan Pengintip Musuh Semaikan Perbalahan di Khemah Sendiri
Pada penghujung zaman Dinasti Han Timur (tahun 25 M hingga tahun 220 M), Perdana Menterinya, Cao Cao mengetuai 830,000 orang askar menuju ke bahagian selatan untuk memperluas kawasan jajahan. Namun beliau terpaksa menyeberangi Sungai Yangtze. Walaupun pasukan tenteranya mahir bertempur di darat, tetapi mereka menghadapi kesukaran dalam pertempuran di sungai.
Berbanding dengan askar-askar negeri Wu yang duduk di kawasan berhampiran Sungai Yangtze dan mahir dalam pelayaran, tentera Cao Cao itu tidak terkawal dan kebanyakan askar mengalami mabuk laut.
Pada ketika itu, terdapat dua orang pegawai tentera dari negeri Wu, iaitu Cai Mao dan Zhang Yun yang berpaling tadah ke Dinasti Han Timur. Cao Cao amat gembira kerana mereka boleh melatih armadanya bertempur di sungai.
Pada suatu hari, panglima tentera negeri Wu, Zhou Yu yang mengesan pergerakan musuh di tepi Sungai Yangtze mendapati bahawa armada Cao Cao menjalani latihan secara teratur dan terancang di bawah bimbingan Cai Mao dan Zhang Yun. Beliau amat terkejut dan berhasrat membunuh kedua-dua pengkhianat tersebut.
Cao Cao amat menghargai bakat Zhou Yu dan mahu panglima itu menyebelahi pihaknya. Dengan demikian, penasihatnya, Jiang Gan mendakwa bahawa dia pernah bersahabat baik dengan Zhou Yu dan boleh memujuknya supaya bekerja untuk Dinasti Han Timur. Cao Cao setuju dengan cadangan itu.
Zhou Yu mengadakan jamuan untuk mengalu-alukan kedatangan sahabat lamanya. Dalam jamuan itu, mereka hanya mengenang kembali masa-masa yang pernah dilalui dengan menikmati minuman keras, tanpa menyebut apa-apa pun tentang urusan ketenteraan. Selepas jamuan tersebut, Zhou Yu berpura-pura mabuk dan mempelawa Jiang Gan bermalam di dalam khemahnya.
Jiang Gan tidak boleh tidur kerana dia belum menyelesaikan misinya, iaitu memujuk kawannya supaya menyebelah pihak Cao Cao. "Jika gagal memujuk Yu, sekurang-kurangnya saya boleh mengutip maklumat", fikir Jiang Gan. Pada ketika itu, dia menemui sepucuk surat di atas meja yang ditulis oleh Cai Mao dan Zhang Yun. Mereka sebenarnya berkomplot membunuh Cao Cao.
Selepas diberitahu maklumat itu, Cao Cao amat marah dan membunuh kedua-dua pegawai tentera dari negeri Wu itu. Tidak beberapa lama kemudian, Cao Cao menyedari bahawa dia tertipu dengan muslihat Zhou Yu. Sebenarnya, Zhou Yu berpura-pura dalam keadaan mabuk dan sengaja membiarkan Jiang Gan membaca surat palsu itu. Dia berjaya menggunakan sahabatnya untuk membunuh Cai Mao dan Zhang Yun.
Inilah asal usul taktik "Biarkan Pengintip Musuh Semaikan Perbalahan di Khemah Sendiri".
Dalam bidang ketenteraan, terlebih dahulu berpura-pura bocorkan risikan yang palsu kepada pengintip musuh. Risikan itu mungkin akan mengelirukan pihak musuh dalam membuat pertimbangan, kemudiannya melemahkan musuh secara diam-diam dengan menimbulkan konflik antara mereka dengan kawan, sekutu, penasihat, anggota keluarga, komander dan rakyatnya. Apabila pihak musuh sibuk menangani konflik dalaman, kemampuannya dalam pertempuran dan pertahanan pasti menjadi lemah.