Dinasti Xia (2100 SM - 1600 SM), Dinasti Pertama dalam Sejarah China
Dinasti Shang (1600 SM - 1100 SM)
Dinasti Qin (221 SM - 206 SM), Dinasti Feudal Pertama di China
Tiga Negeri (220 - 280), Dinasti Jin (265 - 420) dan Dinasti Selatan Utara (386 - 589)
Dinasti Sui (581 - 618) dan Dinasti Tang (618 - 907)
36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China
Taktik Pertama: Menyeberangi Laut melalui Penyamaran
Taktik Ke-2: Selamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei
Taktik Ke-3: Bunuh Orang dengan Pisau Pinjaman
Taktik Ke-4: Mengambil Kesempatan Sewaktu Musuh dalam Kepenatan
Taktik ke-5: Merampas Rumah Terbakar
Taktik ke-6: Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat
Taktik ke-7: Memulakan Sesuatu daripada Sifar
Taktik ke-8: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia
Taktik Ke-9: Melihat Kebakaran dari Seberang Sungai
Taktik Ke-10: Pisau Tersarung dalam Senyuman
Taktik Ke-11: Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas
Taktik Ke-12: Mencuri Kambing Sepintas Lalu
Taktik Ke-13: Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya
Taktik ke-15: Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya
Taktik Ke-16: Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu
Taktik ke-17: Lemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed
Taktik Ke-18: Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya
Taktik Ke-19: Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali
Taktik ke-20: Menangguk di Air Keruh
Taktik Ke-21: Lepaskan Kulit Serangga
Taktik Ke-22: Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri
Taktik ke-23: Berteman dengan Negara Jauh dan Menyerang Negara Tetangga
Taktik ke-24: Pinjam Laluan untuk Menyerang Guo
Taktik ke-25: Kasau dan Tiang Digantikan secara Sulit
Taktik ke-26: Tunjuk kepada Pokok Mulberi, Tetapi Bermaksud Mengutuk Pokok Lokus
Taktik ke-27: Berpura-pura Bodoh
Taktik ke-28: Alihkan Tangga ketika Musuh Berada di Atas
Taktik ke-30: Tamu Menjadi Tuan Rumah
Taktik ke-33: Biarkan Pengintip Musuh Semaikan Perbalahan di Khemah Sendiri
Hari Qingming, juga dipanggil Pesta Ching Ming, dan lazimnya disambut pada 5 atau 6 haribulan April setiap tahun. Qingming juga menandakan masa bagi orang ramai untuk keluar dari rumah dan menikmati kehijauan musim bunga, dan juga menziarahi kubur orang tersayang. Hari Qingming merupakan cuti umum di China.
Asal Usul Qingming
Hari Qingming dikatakan bermula pada lebih 2500 tahun lalu. Terdapat sebuah legenda tentang hari Qingming itu.
Kononnya, pada zaman Chunqiu (tahun 770 SM - 476 SM), gundik Raja Xian dari Negeri Jin yang bernama Li Ji berniat untuk menjadikan anaknya sendiri sebagai pengganti raja. Maka dia menganiayai putera mahkota, iaitu Shen Sheng, menyebabkan baginda membunuh diri. Adinda lelaki Shen Sheng, iaitu Chong Er turut melarikan diri.
Semasa dalam pelarian, Chong Er hidup miskin dan sentiasa susah. Oleh sebab itu, kebanyakan pengikutnya pun meninggalkannya. Namun salah seorang pengikut Chong Er yang bernama Jie Zitui amat taat setia pada Chong Er. Pada suatu hari, Chong Er jatuh pengsan kerana kelaparan. Jie Zitui memotong daging kakinya sendiri dan memasak daging itu untuk dimakan oleh baginda. 19 tahun kemudian, Chong Er kembali ke negeri Jin dan berjaya merampas kembali takhta dan menjadi raja, iaitu Raja Wen yang terkenal pada zaman itu.
Selepas Raja Wen berjaya berkuasa, baginda menganugerahkan barang atau pangkat kepada pengikut-pengikut yang taat padanya, tetapi terlupa akan Jie Zitui. Maka ada orang yang mencadangkan supaya Jie Zitui diberi anugerah yang sepatutnya.
Raja Wen teringat akan peristiwa yang telah berlaku lalu segera menghantar orang untuk menjemput Jie Zitui. Namun, Jie Zitui menolak anugerah itu. Raja Wen pun pergi menziarahi Jie Zitui. Tetapi, ketika Raja Wen tiba di rumah Jie Zitui, barulah baginda mengetahui bahawa Jie Zitui telah melarikan diri bersama-sama dengan ibunya ke hutan Mianshan.
Raja Wen menyuruh tenteranya untuk mencari Jie Zitui dalam hutan itu, tetapi mereka tidak menemuinya. Lalu, ada orang mencadangkan kepada Raja Wen supaya membakar hutan Mianshan itu untuk memaksa Jie Zitui keluar. Maka, Raja Wen pun menitahkan hutan tersebut dibakar.
Kebakaran itu berlanjutan selama tiga hari, tetapi Jie Zitui masih belum keluar. Selepas kebakaran itu dipadamkan, tentera Raja Wen terus mencari Jie Zitui dalam hutan itu. Mereka mendapati Jie Zitui dan ibunya mati terbakar di tepi sebatang pokok.
Raja Wen berasa amat sedih dan menangis ketika melihat mayat. Baginda menitahkan Jie Zitui dikebumikan. Ketika itu, Raja Wen menemui sehelai kain yang bertulis tersimpan di dalam sebuah lubang pada pangkal pokok tempat Jie Zitui bersandar. Pada kain itu, Jie Zitui telah menulis sebuah sajak untuk menasihati Raja Wen supaya mentadbir negeri dengan cekap, bersih dan bijak.
Perkataan bersih dan bijak dalam bahasa Mandarin ialah "Qing Ming". Demi memperingati Jie Zitui, Raja Wen telah menetapkan hari kematian Jie Zitui sebagai Hari Makanan Sejuk. Pada hari itu, dilarang menyalakan api dan rakyat hanya boleh makan makanan sejuk.
Setahun selepas itu, Raja Wen sekali lagi pergi ke hutan itu untuk memperingati Jie Zitui. Selepas itu, baginda terus menetapkan hari itu sebagai hari Qingming.
Adat Resam pada Hari Qingming
Selepas berlalunya hari Qingming, jumlah hujan akan meningkat. Ini merupakan syarat yang baik bagi aktiviti penanaman pada musim bunga.
Dalam budaya tradisional China, menziarahi dan membersihkan kubur orang tersayang merupakan aktiviti yang paling penting pada hari Qingming. Adat resam itu bukan sahaja diamalkan oleh etnik Han, tetapi juga oleh beberapa etnik minoriti yang lain. Ia telah disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda China.
Pada hari Qingming, orang ramai akan menziarahi perkuburan, membakar colok, meletakkan makanan dan buah-buahan di depan jirat kaum keluarga. Selepas itu, ahli keluarga akan menjalankan upacara penyembahan orang tersayang yang meninggal dunia.
Data-data meteorologi menunjukkan bahawa kebanyakan kawasan di China biasanya mengalami hari mendung atau hari hujan pada hari Qingming. Suasana ini akan menyebabkan bertambahnya rasa sedih dan rasa rindu orang ramai terhadap ahli keluarga yang sudah meninggal.
Hingga hari ini, orang China masih mengamalkan adat resam yang diwarisi secara turun-temurun ini. Oleh sebab China mengamalkan peraturan pembakaran mayat, maka orang ramai biasanya hanya meletakkan bunga-bungaan di depan jirat kaum keluarga pada hari Qingming.
Walau bagaimanapun, hari Qingming bukanlah hanya dikaitkan dengan kesedihan, tapi juga dikenali sebagai musim untuk memijak rumput-rumput yang kembali menghijau iaitu tibanya masa orang ramai keluar untuk menikmati keindahan musim bunga.