Dinasti Xia (2100 SM - 1600 SM), Dinasti Pertama dalam Sejarah China
Dinasti Shang (1600 SM - 1100 SM)
Dinasti Qin (221 SM - 206 SM), Dinasti Feudal Pertama di China
Tiga Negeri (220 - 280), Dinasti Jin (265 - 420) dan Dinasti Selatan Utara (386 - 589)
Dinasti Sui (581 - 618) dan Dinasti Tang (618 - 907)
36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China
Taktik Pertama: Menyeberangi Laut melalui Penyamaran
Taktik Ke-2: Selamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei
Taktik Ke-3: Bunuh Orang dengan Pisau Pinjaman
Taktik Ke-4: Mengambil Kesempatan Sewaktu Musuh dalam Kepenatan
Taktik ke-5: Merampas Rumah Terbakar
Taktik ke-6: Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat
Taktik ke-7: Memulakan Sesuatu daripada Sifar
Taktik ke-8: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia
Taktik Ke-9: Melihat Kebakaran dari Seberang Sungai
Taktik Ke-10: Pisau Tersarung dalam Senyuman
Taktik Ke-11: Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas
Taktik Ke-12: Mencuri Kambing Sepintas Lalu
Taktik Ke-13: Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya
Taktik ke-15: Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya
Taktik Ke-16: Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu
Taktik ke-17: Lemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed
Taktik Ke-18: Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya
Taktik Ke-19: Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali
Taktik ke-20: Menangguk di Air Keruh
Taktik Ke-21: Lepaskan Kulit Serangga
Taktik Ke-22: Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri
Taktik ke-23: Berteman dengan Negara Jauh dan Menyerang Negara Tetangga
Taktik ke-24: Pinjam Laluan untuk Menyerang Guo
Taktik ke-25: Kasau dan Tiang Digantikan secara Sulit
Taktik ke-26: Tunjuk kepada Pokok Mulberi, Tetapi Bermaksud Mengutuk Pokok Lokus
Taktik ke-27: Berpura-pura Bodoh
Taktik ke-28: Alihkan Tangga ketika Musuh Berada di Atas
Taktik ke-30: Tamu Menjadi Tuan Rumah
Taktik ke-33: Biarkan Pengintip Musuh Semaikan Perbalahan di Khemah Sendiri
Zhou merupakan dinasti ketiga dalam sejarah China selepas Dinasti Xia dan Shang. Dinasti Zhou ditubuhkan kira-kira pada abad ke-11 sebelum Masihi dan diruntuhkan pada tahun 256 sebelum Masihi. Zaman Zhou terbahagi kepada dua tempoh, iaitu Zhou Barat dan Zhou Timur yang termasuk Zaman Chunqiu dan Zaman Negeri-negeri Berperang.
Zaman Zhou Barat bermula kira-kira pada abad ke-11 sebelum Masihi dan berakhir pada tahun 771 sebelum Masihi.
Zaman Chunqiu bermula pada tahun 770 sebelum Masihi hingga tahun 476 sebelum Masihi. Peperangan sering berlaku pada zaman itu antara pelbagai negeri untuk mengembangkan perkembangan ekonomi masing-masing. Masyarakat pun telah mengalami banyak perubahan, lebih-lebih lagi dalam bidang pertanian. Peralatan besi mulai digunakan dalam usaha penanaman.
Pemikir dan pendidik terkenal China, Konfucius dilahirkan pada Zaman Chunqiu. Beliau mengemukakan pandangannya tentang kemoralan, politik dan pelbagai isu yang lain dan mewujudkan sistem pemikirannya yang berdasarkan kebudayaan dan masyarakat China.
Zaman Negeri-negeri Berperang bermula pada tahun 475 sebelum Masihi dan berakhir pada tahun 221 sebelum Masihi selepas Negeri Qin berjaya menyatukan negara China.
Terdapat 7 negeri yang besar pada Zaman Negeri-negeri Berperang, iaitu negeri Qin, Chu, Yan, Han, Zhao, Wei dan Qi. Mereka giat mengadakan pembaharuan untuk menguatkan negara. Antaranya, Pembaharuan Shangyang yang dilaksanakan di negeri Qin telah mencapai kejayaan yang besar untuk memajukan negeri itu.
Kebudayaan kuno China tetap berkembang pada Zaman Negeri-negeri Berperang walaupun perang selalu berlaku pada zaman itu. Pelbagai pemikir yang terkenal telah muncul pada zaman itu dan mewujudkan kemakmuran dalam arena pemikiran. Teori dan pandangan yang dikemukakan oleh mereka itu telah mendorong perkembangan politik dan ekonomi di China pada masa itu dan ada yang masih berpengaruh di masyarakat China pada masa ini.
Pada tahun 230 sebelum Masihi, raja Negeri Qin, Ying Zheng memulakan usahanya untuk menyatukan negara China. Raja Ying Zheng telah menewaskan enam negeri yang lain dan seterusnya menggabungkan negeri-negeri ini menjadi sebuah negara dan baginda digelar maharaja pertama China pada tahun 221 sebelum Masihi. Keadaan terpisah-pisah di China pun telah berakhir.