Dinasti Xia (2100 SM - 1600 SM), Dinasti Pertama dalam Sejarah China
Dinasti Shang (1600 SM - 1100 SM)
Dinasti Qin (221 SM - 206 SM), Dinasti Feudal Pertama di China
Tiga Negeri (220 - 280), Dinasti Jin (265 - 420) dan Dinasti Selatan Utara (386 - 589)
Dinasti Sui (581 - 618) dan Dinasti Tang (618 - 907)
36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China
Taktik Pertama: Menyeberangi Laut melalui Penyamaran
Taktik Ke-2: Selamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei
Taktik Ke-3: Bunuh Orang dengan Pisau Pinjaman
Taktik Ke-4: Mengambil Kesempatan Sewaktu Musuh dalam Kepenatan
Taktik ke-5: Merampas Rumah Terbakar
Taktik ke-6: Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat
Taktik ke-7: Memulakan Sesuatu daripada Sifar
Taktik ke-8: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia
Taktik Ke-9: Melihat Kebakaran dari Seberang Sungai
Taktik Ke-10: Pisau Tersarung dalam Senyuman
Taktik Ke-11: Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas
Taktik Ke-12: Mencuri Kambing Sepintas Lalu
Taktik Ke-13: Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya
Taktik ke-15: Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya
Taktik Ke-16: Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu
Taktik ke-17: Lemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed
Taktik Ke-18: Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya
Taktik Ke-19: Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali
Taktik ke-20: Menangguk di Air Keruh
Taktik Ke-21: Lepaskan Kulit Serangga
Taktik Ke-22: Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri
Taktik ke-23: Berteman dengan Negara Jauh dan Menyerang Negara Tetangga
Taktik ke-24: Pinjam Laluan untuk Menyerang Guo
Taktik ke-25: Kasau dan Tiang Digantikan secara Sulit
Taktik ke-26: Tunjuk kepada Pokok Mulberi, Tetapi Bermaksud Mengutuk Pokok Lokus
Taktik ke-27: Berpura-pura Bodoh
Taktik ke-28: Alihkan Tangga ketika Musuh Berada di Atas
Taktik ke-30: Tamu Menjadi Tuan Rumah
Taktik ke-33: Biarkan Pengintip Musuh Semaikan Perbalahan di Khemah Sendiri
Pada akhir zaman Dinasti Han Timur (tahun 25 - 220), Gabenor Jingzhou, Liu Biao mempunyai dua orang anak lelaki dengan bekas isterinya, iaitu yang sulung, Liu Qi, dan yang bongsu, Liu Cong. Liu Biao yang begitu menyayangi isteri baharunya yang berasal dari keluarga Cai, lebih menyayangi anak bongsunya, Liu Cong yang mengahwini anak saudara isterinya itu.
Walaupun Liu Cong dapat memenangi hati ayahnya, tetapi menurut undang-undang, dia tidak boleh dipilih menjadi pengganti. Isteri baharu Liu Biao yang mahu Liu Cong dilantik sebagai pengganti, berasa iri hati terhadap Liu Qi.
Kebencian ibu tiri dan sikap tidak peduli ayahnya amat mengecewakan Liu Qi dan membuatkan dia bukan sahaja rasa tersisih dalam keluarga itu malah membahayakan dirinya. Qi berasa terseksa dan hendak meminta pertolongan daripada Zhuge Liang, seorang tokoh politk yang berfikiran jauh, bijak dan tajam. Liu Qi beberapa kali memohon nasihat daripada Zhuge Liang namun ditolak.
Pada suatu hari, Liu Qi mempelawa Zhuge Liang makan bersama-sama di sebuah restoran dua tingkat. Selepas Liang sampai di tingkat atas, Qi meminta pelayan supaya mengalihkan tangga. Dengan demikian, Liang tidak boleh turun. Qi merebut kesempatan ini untuk meminta pertolongan. Liang yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa akur kepada permintaan pemuda itu.
Demikianlah asal usul taktik “alihkan tangga ketika musuh telah sampai di atas”.
Liu Qi memperdaya Zhuge Liang ke tingkat atas sebagai usaha untuk mendapatkan bantuan. Perbuatan mengalihkan tangga adalah untuk menghalang Liang melarikan diri.
Dalam bidang ketenteraan, musuh perlu dipikat dengan umpan dan tipu muslihat terlebih dahulu, sebelum hubungan mereka dengan luar diputuskan manakala laluan disekat agar mereka tidak dapat melarikan diri. Apabila mereka berada di bawah kawalan anda, akhir sekali tumpukan kekuatan anda untuk memusnahkan mereka.
Oleh sebab musuh tidak mudah termakan tipu muslihat dan godaan, anda perlu meletakkan “tangga” terlebih dahulu, yakni sengaja memberikan mereka kemudahan. Apabila musuh sudah “berada di atas”, anda boleh alihkan "tangga” dan musnahkan musuh.