China ABC

Dewan Negara dengan Kementerian dan Suruhanjayanya

Dewan Negara China iaitu kerajaan rakyat pusat, ia merupakan badan pentadbiran negara tertinggi. Ia melaksanakan undang-undang yang digubal oleh Kongres Rakyat Kebangsaan China dan jawatankuasa tetap, dan keputusan yang diluluskannya dan bertanggungjawab dan membuat laporan kerja kepada Kongres Rakyat Kebangsaan China dan jawatankuasa tetapnya. Dewan negara berhak dalam lingkungan tugasnya menetapkan tindakan pentadbiran, mengambil peraturan pentadbiran, mengemukakan keputusan dan perintah. Dewan negara tediri daripada perdana menteri, naib-naib perdana menteri, menteri, ketua audit dan setiausaha agungnya.

 

Pada masa ini, Dewan Negara China terdiri daripada 26 badan seperti berikut:

Kementerian Luar,

Kementerian Pertahanan,

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara,

Kementerian Pendidikan,

Kementerian Sains dan Teknologi,

Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat,

Suruhanjaya Hal Ehwal Etnik Negara,

Kementerian Keselamatan Awam,

Kementerian Keselamatan Negara,

Kementerian Hal Ehwal Awam,

Kementerian Kehakiman,

Kementerian Kewangan,

Kementerian Sumber Manusia dan Jaminan Sosial,

Kementerian Sumber Alam,

Kementerian Persekitaran Ekologi,

Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Desa,

Kementerian Pengangkutan,

Kementerian Sumber Air,

Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Desa,

Kementerian Perdagangan,

Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan,

Suruhanjaya Kesihatan Negara,

Kementerian Hal Ehwal Veteran,

Kementerian Pengurusan Kecemasan,

Bank Rakyat China,

Jabatan Audit Negara.

 

Suruhanjaya Ketenteraan Pusat merupakan badan pimpinan ketenteraan tertinggi yang diketuai oleh Parti Komunis China, dan ia terdiri daripada pengerusi, naib-naib pengerusi dan anggota-anggotanya. Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dengan sistem ditangungjawabkan oleh pengerusi. Tugas utamanya ialah memimpin secara langsung angkatan bersenjata seluruh negara.