Dinasti Xia (2100 SM - 1600 SM), Dinasti Pertama dalam Sejarah China
Dinasti Shang (1600 SM - 1100 SM)
Dinasti Qin (221 SM - 206 SM), Dinasti Feudal Pertama di China
Tiga Negeri (220 - 280), Dinasti Jin (265 - 420) dan Dinasti Selatan Utara (386 - 589)
Dinasti Sui (581 - 618) dan Dinasti Tang (618 - 907)
36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China
Taktik Pertama: Menyeberangi Laut melalui Penyamaran
Taktik Ke-2: Selamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei
Taktik Ke-3: Bunuh Orang dengan Pisau Pinjaman
Taktik Ke-4: Mengambil Kesempatan Sewaktu Musuh dalam Kepenatan
Taktik ke-5: Merampas Rumah Terbakar
Taktik ke-6: Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat
Taktik ke-7: Memulakan Sesuatu daripada Sifar
Taktik ke-8: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia
Taktik Ke-9: Melihat Kebakaran dari Seberang Sungai
Taktik Ke-10: Pisau Tersarung dalam Senyuman
Taktik Ke-11: Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas
Taktik Ke-12: Mencuri Kambing Sepintas Lalu
Taktik Ke-13: Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya
Taktik ke-15: Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya
Taktik Ke-16: Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu
Taktik ke-17: Lemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed
Taktik Ke-18: Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya
Taktik Ke-19: Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali
Taktik ke-20: Menangguk di Air Keruh
Taktik Ke-21: Lepaskan Kulit Serangga
Taktik Ke-22: Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri
Taktik ke-23: Berteman dengan Negara Jauh dan Menyerang Negara Tetangga
Taktik ke-24: Pinjam Laluan untuk Menyerang Guo
Taktik ke-25: Kasau dan Tiang Digantikan secara Sulit
Taktik ke-26: Tunjuk kepada Pokok Mulberi, Tetapi Bermaksud Mengutuk Pokok Lokus
Taktik ke-27: Berpura-pura Bodoh
Taktik ke-28: Alihkan Tangga ketika Musuh Berada di Atas
Taktik ke-30: Tamu Menjadi Tuan Rumah
Taktik ke-33: Biarkan Pengintip Musuh Semaikan Perbalahan di Khemah Sendiri
Pesta Kuih Bulan merupakan perayaan tradisional utama rakyat China. Pesta ini juga dikenali sebagai Pesta Bulan Lapan, Pesta Mengekori Bulan, Pesta Menyembah Bulan, dan Pesta Berkumpul.
Terdapat banyak versi asal usul pesta ini. Namun versi yang paling terkenal adalah tentang Raja Hou Yi dan Permaisuri Chang E. Kononnya, pada zaman dahulu, terdapat sepuluh matahari di langit. Cahaya matahari yang panas terik menyebabkan tanah kering dan berasap, air di laut kering dan rakyat jelata menghadapi ancaman maut akibat kebuluran.
Raja Negeri Youqiong pada zaman Dinasti Xia, iaitu pada tahun 2070 hingga 1600 sebelum Masihi, yang bernama Hou Yi mempunyai kuasa sakti dan handal memanah. Baginda berjaya memanah jatuh sembilan daripada sepuluh matahari itu. Rakyat jelata amat gembira dan memuja Hou Yi yang menyelamatkan mereka daripada ancaman maut.
Isteri banginda yang bernama Chang E, sangat jelita. Pada suatu hari, Hou Yi dihadiahkan ubat panjang umur oleh Wangmuniangniang, Bonda Permaisuri di syurga. Kononnya, orang yang makan ubat panjang umur itu akan segera menjadi dewa atau dewi dan terbang ke kayangan. Hou Yi tidak mahu berpisah dengan permaisurinya, maka baginda tidak makan ubat itu dan menyerahkan ubat itu kepada Permaisuri Chang E untuk disimpan. Walau bagaimanapun, Chang E mencuri-curi makan ubat itu dan serta-merta terbang dari bumi ke bulan.
Apabila Hou Yi kembali ke istana, para dayang yang sedang menangis memberitahu baginda apa yang berlaku. Hou Yi berasa amat sedih, lalu menyeru permaisurinya di bulan. Baginda mendapati bulan pada malam itu sangat bulat, besar dan terang. Bayang-bayang permaisurinya yang bergerak di bulan juga dapat dilihat. Hou Yi berdoa untuk Chang E dan meletakkan makanan yang disukai oleh permaisurinya di tempat tertentu.
Setelah mengetahui Chang E terbang ke bulan dan menjadi dewi, rakyat jelata juga beramai-ramai berdoa dan meletakkan pelbagai jenis makanan, semoga Chang E menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan kepada mereka. Lama-kelamaan, berdoa pada hari ke-15, bulan lapan menurut kalendar Cina telah menjadi tradisi rakyat China dan kini dikenali sebagai Pesta Kuih Bulan.
Walaupun terdapat banyak cerita tentang asal-usul Pesta Kuih Bulan, makan kuih bulan merupakan perkara yang paling penting dalam pesta ini. Pada malam Pesta Kuih Bulan, anggota keluarga orang Cina akan berkumpul dan bersama-sama menikmati pemandangan bulan purnama yang indah sambil makan kuih bulan yang enak.
Cara merayakan Pesta Kuih Bulan ini juga berbeza-beza. Masyarakat etnik Zhuang merayakan Pesta Kuih Bulan dengan menyembah bulan dan menghidangkan arak. Para gadisnya pula memasang tanglung yang cantik dan meletakkannya di permukaan air sungai dan tasik sambil berdoa agar mendapat kebahagiaan sepanjang hayat. Rakyat etnik Korea merayakannya dengan memalu gendang panjang dan menari beramai-ramai. Teruna etnik Dong pula akan bersiar-siar dan mengutarakan perasaan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Manakala pemuda-pemudi etnik Dai akan melepaskan tembakan senapang ke udara, minum arak dan menyanyi beramai-ramai. Mereka juga akan memilih kekasih dalam pesta ini.
Pesta Kuih Bulan bukan sahaja merupakan perayaan tradisional di negara China, tetapi juga merupakan perayaan tradisional orang keturunan Cina seluruh dunia. Walaupun zaman sudah berubah, tetapi Pesta Kuih Bulan tetap merupakan kesempatan bagi orang Cina untuk mengeratkan hubungan antara anggota keluarga dan sanak saudara serta berdoa untuk memohon restu dan kebaikan.