Dinasti Xia (2100 SM - 1600 SM), Dinasti Pertama dalam Sejarah China
Dinasti Shang (1600 SM - 1100 SM)
Dinasti Qin (221 SM - 206 SM), Dinasti Feudal Pertama di China
Tiga Negeri (220 - 280), Dinasti Jin (265 - 420) dan Dinasti Selatan Utara (386 - 589)
Dinasti Sui (581 - 618) dan Dinasti Tang (618 - 907)
36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China
Taktik Pertama: Menyeberangi Laut melalui Penyamaran
Taktik Ke-2: Selamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei
Taktik Ke-3: Bunuh Orang dengan Pisau Pinjaman
Taktik Ke-4: Mengambil Kesempatan Sewaktu Musuh dalam Kepenatan
Taktik ke-5: Merampas Rumah Terbakar
Taktik ke-6: Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat
Taktik ke-7: Memulakan Sesuatu daripada Sifar
Taktik ke-8: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia
Taktik Ke-9: Melihat Kebakaran dari Seberang Sungai
Taktik Ke-10: Pisau Tersarung dalam Senyuman
Taktik Ke-11: Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas
Taktik Ke-12: Mencuri Kambing Sepintas Lalu
Taktik Ke-13: Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya
Taktik ke-15: Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya
Taktik Ke-16: Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu
Taktik ke-17: Lemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed
Taktik Ke-18: Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya
Taktik Ke-19: Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali
Taktik ke-20: Menangguk di Air Keruh
Taktik Ke-21: Lepaskan Kulit Serangga
Taktik Ke-22: Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri
Taktik ke-23: Berteman dengan Negara Jauh dan Menyerang Negara Tetangga
Taktik ke-24: Pinjam Laluan untuk Menyerang Guo
Taktik ke-25: Kasau dan Tiang Digantikan secara Sulit
Taktik ke-26: Tunjuk kepada Pokok Mulberi, Tetapi Bermaksud Mengutuk Pokok Lokus
Taktik ke-27: Berpura-pura Bodoh
Taktik ke-28: Alihkan Tangga ketika Musuh Berada di Atas
Taktik ke-30: Tamu Menjadi Tuan Rumah
Taktik ke-33: Biarkan Pengintip Musuh Semaikan Perbalahan di Khemah Sendiri
"Embun Sejuk" biasanya jatuh pada 8 hb atau 9 hb Oktober setiap tahun. "Embun Sejuk" bagi tahun ini akan jatuh pada 8 hb nanti. Dalam kalendar "24 Musim", dua musim yang sebelum "Embun Sejuk" ialah "Embun Putih" yang telah jatuh pada 8 hb September lalu.
Setelah tibanya hari "Embun Putih", oleh sebab suhu udara pada waktu malam menurun dengan cepat, ini telah menyebabkan wap air yang endap pada benda-benda di permukaan tanah menjadi titik-titik air yang berwarna putih.
Manakala, setelah berlalunya hari "Embun Sejuk", suhu udara akan menjadi lebih rendah sehingga sejumlah besar wap air dalam udara akan menjadi titik-titik embun.
Pada musim itu, secara purata, suhu udara harian di kebanyakan tempat akan menurun ke bawah 20 darjah Selsius. Malah, di sesetengah kawasan di bahagian timur laut dan barat laut China, suhu udara yang paling rendah pula akan jatuh ke bawah 8 darjah Selsius. Pada waktu malam, penduduk di sana sudah boleh merasai kesejukan sehingga mencucuk tulang-temulang. Kadang kala, fenomena fros juga mungkin berlaku pada waktu malam di sesetengah tempat.
Selepas hari "Embun Sejuk", musim hujan di China akan berakhir. Kebanyakan kawasan akan berada dalam keadaan cuaca yang cerah, panas pada waktu siang dan sejuk pada waktu malam. Cuaca itu adalah lebih baik bagi kerja-kerja penuaian para petani terhadap jagung, kapas dan tanaman-tanaman yang lain.
Berdasarkan pengalaman petani China selama ini, jika kerja penuaian kapas tidak dilakukan segera pada musim "Embun Sejuk" dalam cuaca yang cerah, pokok kapas akan mati akibat fros selepas musim itu.
Pada masa di sekitar hari "Embun Sejuk" adalah musim yang paling sesuai untuk melancong di China. Setelah ketibaan hari "Embun Sejuk", rakyat China tidak lama lagi akan menyambut perayaan tradisional China "The Double Ninth Festival" iaitu "9 haribulan 9 menurut kalendar China. "The Double Ninth Festival" telah ditetapkan sebagai pesta warga tua oleh kerajaan China pada tahun 1989.
Pada hari itu, pelbagai tempat di China akan mengadakan aktiviti mendaki gunung untuk orang tua bagi meningkatkan kesedaran seluruh masyarakat untuk menghormati golongan orang tua dan mempromosikan cara hidup yang mesra alam.
Di Beijing, destinasi pelancongan seperti Taman Jingshan, Bukit Xiangshan dan Badachu akan dipenuhi dengan pelawat ketika kedatangan Pesta warga tua. Ramai orang muda akan menemani ibu bapa mereka yang sudah usia mendaki gunung dan menikmati pemandangan indah di destinasi-destinasi tersebut.
Dalam bidang penjagaan kesihatan, perubatan tradisional China berpendapat bahawa bermula dari hari "Embun Sejuk", hujan akan semakin berkuarng, cuaca akan menjadi kering serta panas pada waktu siang dan sejuk pada waktu malam. Ini akan menyebabkan masalah kulit kering, bertambahnya kedut dan sentiasa berasa haus.
Untuk menangani masalah tersebut, kita lebih baik kurang memakan pedas dan makanan yang dimasak dengan cara panggang dan lebih banyak memakan bijian, walnut, lobak, tomato, akar teratai, susu lembu, pear, pisang, tembikai dan lain-lain. Di samping itu, tahap kelembapan dalam bilik juga perlu diberi perhatian. Oleh sebab, perbezaan suhu udara antara waktu siang dengan waktu malam agak besar, musim ini merupakan musim yang paling mudah menimbulkan penyakit sistem pernafasan dan cerna. Maka, kita harus berjaga-jaga mengelakkan daripada penyakit berikutan selesema atau cirit-birit.