Dinasti Xia (2100 SM - 1600 SM), Dinasti Pertama dalam Sejarah China
Dinasti Shang (1600 SM - 1100 SM)
Dinasti Qin (221 SM - 206 SM), Dinasti Feudal Pertama di China
Tiga Negeri (220 - 280), Dinasti Jin (265 - 420) dan Dinasti Selatan Utara (386 - 589)
Dinasti Sui (581 - 618) dan Dinasti Tang (618 - 907)
36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China
Taktik Pertama: Menyeberangi Laut melalui Penyamaran
Taktik Ke-2: Selamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei
Taktik Ke-3: Bunuh Orang dengan Pisau Pinjaman
Taktik Ke-4: Mengambil Kesempatan Sewaktu Musuh dalam Kepenatan
Taktik ke-5: Merampas Rumah Terbakar
Taktik ke-6: Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat
Taktik ke-7: Memulakan Sesuatu daripada Sifar
Taktik ke-8: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia
Taktik Ke-9: Melihat Kebakaran dari Seberang Sungai
Taktik Ke-10: Pisau Tersarung dalam Senyuman
Taktik Ke-11: Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas
Taktik Ke-12: Mencuri Kambing Sepintas Lalu
Taktik Ke-13: Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya
Taktik ke-15: Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya
Taktik Ke-16: Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu
Taktik ke-17: Lemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed
Taktik Ke-18: Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya
Taktik Ke-19: Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali
Taktik ke-20: Menangguk di Air Keruh
Taktik Ke-21: Lepaskan Kulit Serangga
Taktik Ke-22: Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri
Taktik ke-23: Berteman dengan Negara Jauh dan Menyerang Negara Tetangga
Taktik ke-24: Pinjam Laluan untuk Menyerang Guo
Taktik ke-25: Kasau dan Tiang Digantikan secara Sulit
Taktik ke-26: Tunjuk kepada Pokok Mulberi, Tetapi Bermaksud Mengutuk Pokok Lokus
Taktik ke-27: Berpura-pura Bodoh
Taktik ke-28: Alihkan Tangga ketika Musuh Berada di Atas
Taktik ke-30: Tamu Menjadi Tuan Rumah
Taktik ke-33: Biarkan Pengintip Musuh Semaikan Perbalahan di Khemah Sendiri
Solstis Musim Sejuk merupakan salah satu penggal yang agak penting dalam Kalendar 24 Musim yang turut menjadi perayaan tradisional Cina.
Pada 2,500 tahun yang lalu, warga China mengukur matahari untuk menetapkan penggal ini. Oleh itu, Solstis Musim Sejuk merupakan penggal pertama yang ditetapkan dalam Kalendar 24 Musim.
Solstis Musim Sejuk jatuh pada 22 hingga 23 haribulan Disember setiap tahun. Penggal itu merupakan hari yang siangnya paling pendek dan malamnya paling panjang dalam satu tahun di hemisfera utara. Menurut adat resam di China, sempena hari Solstis Musim Sejuk, penduduk di kawasan utara China biasanya makan kuih ladu, manakala penduduk yang tinggal di kawasan selatan China suka makan ladu sup.
Menurut Kalendar Cina, "9 hari ketiga”berikutnya Solstis Musim Sejuk, iaitu hari ke-19 hingga hari ke-27 selepas Solstis Musim Sejuk merupakan masa yang paling sejuk dalam setiap tahun.
Sains astronomi menjadikan penggal Solstis Musim Sejuk sebagai bermulanya musim sejuk. Namun ia memang lewat bagi kebanyakan tempat di China. Semasa Solstis Musim Sejuk, suhu udara di dataran tinggi di sebelah barat daya China di bawah paras sifar, manakala suhu udara di selatan China juga hanya mencatat 6℃ hingga 8℃.
Pada zaman purba China, iaitu pada zaman Dinasti Shang (tahun 1600 SM - 1100 SM) dan Dinasti Zhou (tahun 1100 SM - 256 SM), hari sebelum penggal Solstis Musim Sejuk ditetapkan sebagai hari terakhir setahun, oleh itu, Solstis Musim Sejuk sebenarnya menjadi perayaan tahun baharu.
Pada zaman Dinasti Zhou, November dianggap sebagai bulan pertama dalam setahun, penduduk China merayakan penggal Solstis Musim Sejuk untuk menyambut ketibaan tahun baharu. Selepas itu, penduduk China mengadakan upacara sembahyang kepada dewa-dewa atau nenek moyang, atau mengadakan majlis makan bersama-sama kaum kerabat pada penggal Solstis Musim Sejuk. Boleh dikatakan, Solstis Musim Sejuk merupakan penggal yang agak penting bagi warga China.
Pada zaman Dinasti Tang (tahun 618-907) dan Dinasti Song (tahun 960-1279), maharaja mengadakan upacara sembahyang untuk langit semasa Solstis Musim Sejuk. Orang awam pula mengadakan sembahyang kepada ibu bapa atau nenek moyang.