China ABC

Dinasti Qing (1644 - 1911)

 

Dinasti Qing bermula pada tahun 1644 hingga tahun 1991 masihi. Dari raja pertama Dinasti itu, Nuerhachi hingga raja terakhir Pu Yi, terdapat seramai 12 orang raja pada Dinasti Qing. Dinasti Qing bersejarah 268 tahun.

 

Wilayah Dinasti Qing yang terluas dalam catatan sejarah mencapai lebih 12 juta kilometer persegi. Pada tahun 1616, Negeri Houjin ditubuhkan oleh Nuerhachi, dan nama negeri itu diubah menjadi Qing oleh raja Huang Taiji pada tahun 1936. Selepas pemerintahan Dinasti Ming digulingkan oleh tentera pemberontak kaum tani yang diketuai oleh Li Zicheng pada tahun 1644. Namun tentera Qing telah mengalahkan tentera kaum tani itu dan menetapkan ibu kotanya di Beijing. Selapas itu, kerajaan Qing telah menyatukan semula negeri China selepas mereka berjaya menindas pemberontakan kaum tani dan mengalahkan bekas tentera Dinasti Ming di bahagian selatan China.

 

Demi meredakan pertentangan antara pelbagai lapisan masyarakat, kerajaan Qing melaksanakan pelbagai dasar untuk menggalakkan industri pertanian dan menjana perkembangan ekonomi di China. Perkembangan ekonomi di China telah mencapai kemajuan yang besar pada pertengahan abad ke-18,. Dan penduduk di China pada akhir abad ke-18 telah mencapai kira-kira 300 juta orang.

 

Pada tahun 1661, pasukan tentera laut yang diketuai oleh Zheng Chenggong menyeberangi Selat Taiwan dan mengalahkan tentera kolonial yang menjajah Taiwan selama 38 tahun. Taiwan telah kembali semula ke pangkuan tanah air.

 

Raja Qianlong pada Dinasti Qing menghantar tentera ke Xinjiang dan telah berjaya menyatukan Xinjiang selepas menindas pemberontakan pelbagai kumpulan pemisah di sana. Selepas itu, kerajaan Qing giat mengembangkan ekonomi, kemudahaan asas dan komunikasi di sana.

 

Kemajuan yang besar dapat dicapai di China dalam bidang kebudayaan sebelum raja Dao Guang dinasti Qing. Pelbagai pemikir terkenal, antaranya, Wang Fuzhi, Huang Zongxi, Gu Yanwu telah muncul pada masa itu. Selain itu, sasterawan pada masa itu, antaranya Cao Xueqin, Wu Jingzi dan Kong Shangren juga sangat terkenal.

 

Sektor pertanian tetap merupakan usaha ekonomi utama pada zaman Dinasti Qing. Dan kerajaan Qing mengadakan pendidikan yang bersifat feudal terhadap orang ramai dan menjalankan dasar luas yang tertutup.

 

Selepas pertengahan zaman Dinasti Qing, pelbagai kumpulan pemberontak, antaranya Kumpulan Bailian telah muncul di China kerana pertentangan masyarakat semakin serius pada masa itu.

 

Selepas Perang Candu berlaku pada tahun 1840, negara imperialis mulai menceroboh negara China dan menandatangani pelbagai perjanjian yang tidak adil dengan kerajaan Qing. Selepas itu, masyarakat China memasuki zaman separuh feudal dan separuh kolonial. Dan pelbagai pergerakaan anti imperialisme dan feudalisme telah muncul di China untuk menyelamatkan bangsa dan negara dari kesengsaraan. Kerajaan Dinasti Qing juga melaksanakan pembaharuan yang bertujuan memajukan negara, tetapi akhirnya tidak mencapai kejayaan. Dan akhirnya, kerajaan Dinasti Qing telah digulingkan oleh pemberontakan Xinhai pada tahun 1911.