Dinasti Xia (2100 SM - 1600 SM), Dinasti Pertama dalam Sejarah China
Dinasti Shang (1600 SM - 1100 SM)
Dinasti Qin (221 SM - 206 SM), Dinasti Feudal Pertama di China
Tiga Negeri (220 - 280), Dinasti Jin (265 - 420) dan Dinasti Selatan Utara (386 - 589)
Dinasti Sui (581 - 618) dan Dinasti Tang (618 - 907)
36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China
Taktik Pertama: Menyeberangi Laut melalui Penyamaran
Taktik Ke-2: Selamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei
Taktik Ke-3: Bunuh Orang dengan Pisau Pinjaman
Taktik Ke-4: Mengambil Kesempatan Sewaktu Musuh dalam Kepenatan
Taktik ke-5: Merampas Rumah Terbakar
Taktik ke-6: Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat
Taktik ke-7: Memulakan Sesuatu daripada Sifar
Taktik ke-8: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia
Taktik Ke-9: Melihat Kebakaran dari Seberang Sungai
Taktik Ke-10: Pisau Tersarung dalam Senyuman
Taktik Ke-11: Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas
Taktik Ke-12: Mencuri Kambing Sepintas Lalu
Taktik Ke-13: Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya
Taktik ke-15: Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya
Taktik Ke-16: Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu
Taktik ke-17: Lemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed
Taktik Ke-18: Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya
Taktik Ke-19: Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali
Taktik ke-20: Menangguk di Air Keruh
Taktik Ke-21: Lepaskan Kulit Serangga
Taktik Ke-22: Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri
Taktik ke-23: Berteman dengan Negara Jauh dan Menyerang Negara Tetangga
Taktik ke-24: Pinjam Laluan untuk Menyerang Guo
Taktik ke-25: Kasau dan Tiang Digantikan secara Sulit
Taktik ke-26: Tunjuk kepada Pokok Mulberi, Tetapi Bermaksud Mengutuk Pokok Lokus
Taktik ke-27: Berpura-pura Bodoh
Taktik ke-28: Alihkan Tangga ketika Musuh Berada di Atas
Taktik ke-30: Tamu Menjadi Tuan Rumah
Taktik ke-33: Biarkan Pengintip Musuh Semaikan Perbalahan di Khemah Sendiri
"Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali" bukan sahaja merupakan judul satu taktik ketenteraan, tetapi juga ialah satu peribahasa yang sering disebut oleh orang China. Maksudnya ialah jika ingin menyejukkan air didih dalam kuali, mengambil keluar kayu api di bawah kuali lebih berkesan daripada menambah air sejuk ke dalam kuali itu. Peribahasa itu juga bermaksud menyelesaikan masalah dari akar umbinya.
Dalam bidang ketenteraan, taktik "Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali" mempunyai maksud yang berbeza. Ahli ketenteraan berpendapat bahawa air dalam kuali mendidih dengan tenaga haba. Air mendidih dan api yang terlalu panas merupakan sesuatu yang tidak dapat ditahan. Akan tetapi, kayu api yang menjanakan tenaga haba boleh disentuh dengan tangan. Sehubungan itu, ketika kita menghadapi musuh yang hebat, pertempuran langsung akan mengeluarkan kos yang tinggi dan sama ada boleh mencapai kemenangan atau tidak pun tidak dapat dipastikan. Jadi, kita sepatutnya mengelakkan daripada berhadapan dengan pasukan elit tentera musuh untuk mencari kelemahan pihak musuh dan melemahkan daya tahan tentera musuh dengan menggunakan peluang.
Dalam medan pertempuran, pencarian kelemahan pihak musuh boleh dilakukan dengan banyak cara. Misalnya, kita boleh melancarkan serangan psikologi terhadap tentera musuh untuk menjatuhkan semangat para askar, menyerang pangkalan atau gudang tentera musuh serta menyekat laluan pengangkutan barangan tentera musuh. Dalam keadaan yang berbeza, penggunaan taktik "Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali" dengan betul boleh mencapai kesan yang luar biasa.
Pada Dinasti Song iaitu pada sekitar Abad Ke-10 Masihi, terdapat seorang gabenor yang bernama Xue Changru. Pada suatu hari, pemberontakan askar telah berlaku di kem tentera yang ditadbirnya. Pasukan pemberontak telah membunuh pegawai tempatan dan membakar bangunan pejabat kerajaan tempatan. Setelah kejadian itu berlaku, Xue Changru telah tampil pergi ke kem pasukan pemberontak untuk berunding dengan mereka. Beliau berkata kepada pasukan pemberontak dengan air muka yang serius bahawa "Kamu semua ada ibu bapa dan anak, jika kamu tidak menghentikan kegiatan pemberontakan ini, kamu semua akan dibunuh dan keluargamu juga akan menjadi mangsa. Mereka yang meletakkan senjata dan menyerah diri sekarang tidak akan dikenakan tindakan selanjutnya". Sebenarnya, ramai orang dalam pasukan pemberontak adalah terpaksa menyertai kegiatan itu. Ketika mendengar ucapan Xue Changru, air muka mereka sudah mula berubah. Dengan memerhatikan perubahan itu, Xue Changru mengambil kesempatan menambah bahawa "Sekarang, mereka yang merancang pemberontakan kali ini berdiri di sebelah kiri dan mereka yang terpaksa menyertai pemberontakan sila berdiri di sebelah kanan".
Akhirnya, beratus-ratus orang askar yang menyertai pemberontakan itu telah bergerak ke arah kanan. Dengan melihat situasi ini, beberapa orang yang mengetuai pemberontakan itu segera melarikan diri dan bersembunyi di kawasan kampung.
Dalam penanganan kejadian itu, Xue Changru telah menggunakan taktik "Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali". Bagi Xue Changru diri sendiri, pasukan pemberontak yang dilengkapi dengan senjata adalah kuat, akan tetapi keluarga para anggota pasukan pemberontak akan terdedah dan mudah terjejas daripada tindakan kerajaan. Pada dahulunya, Xue Changru telah mengingatkan kemalangan yang mungkin akan menimpa askar pasukan pemberontak akibat apa yang telah dilakukan oleh mereka. Kemudian, beliau juga telah mengumumkan akan membebaskan mereka yang terpaksa menyertai pemberontakan itu untuk meminggirkan sejumlah kecil ketua pasukan itu dan sekali gus menjatuhkan semangat pasukan itu.
Dalam penggunaan taktik "Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali", kita mesti mendapatkan apakah masalah utama dan melancarkan serangan dengan menggunakan unsur yang boleh mempengaruhi keputusan peperangan.
Dalam masyarakat kini, taktik "Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali" juga sering digunakan. Misalnya, jika kadar pertumbuhan pelaburan terhadap sektor yang bergantung kepada pinjaman meningkat dengan terlalu pesat, keadaan ini mungkin akan mengakibatkan gelembung ekonomi atau berlakunya inflasi. Dalam keadaan ini, bank pusat akan menyusun semula dasar pinjaman seperti meningkatkan kadar faedah pinjaman dan nisbah rizab simpanan bank-bank komersial. Dengan pelaksanaan langkah-langkah tersebut, mata wang yang beredar di pasaran akan berkurang dan kadar pertumbuhan pelaburan tersebut akan menurun.