China ABC

Dasar Luar China

 

China dengan tegas melaksanakan dasar luar damai, matlamat asas dasar luar China ialah memelihara kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah, menciptakan persekitaran antarabangsa yang baik bagi dasar pembaharuan dan buka pintu China dan pembangunan modenisasi China, memelihara perdamaian dunia, mendorong pembangunan bersama. Kandungan utama seperti berikut:

 

Sentiasa melaksanakan prinsip merdeka, tidak berblok dengan sebarang negara besar atau kumpulan negara, tidak menubuhkan kumpulan ketenteraan, tidak menyertai perlombaan persenjataan dan tidak melaksanakan peluasan ketenteraan.

 

Menentang hegemonisme, memelihara perdamai dunia dan berpendapat negara yang besar dan kecil, kuat dan lemah, miskin dan kaya semuanya merupakan anggota sama rata masyarakat antarabangsa. Persengketaan antara negara dengan negara harus diselesaikan secara damai melalui perbincangan, kekerasan tidah harus dilakukan, campurtangan terhadap urusan dalam negara lain tidak harus dilakukan.

 

Mendorong dengan akrif penubuhan order politik dan ekonomi antrarabangsa yang adil dan baru. 5 prinsip hidup bersama secara damai seharusnya menjadi norma hubungan antarabangsa dan dasar penubuhan order politik dan ekonomi antarabangsa baru.

 

Bersedia menjalinkan dan mengembangkan hubungan kerjasama persahabatan dengan semua negara berdasarkan saling menghormati kedaulatan, keutuhan wilayah, saling tidak menceroboh, saling tidak mencampurtangan urusan dalaman, sama rata, saling menguntungkan dan 5 prinsip hidup bersama secara damai.

 

Menjalankan dasar buka pintu menyeluruh, mengadakan perdagangan , kerjasama ekonomi dan teknik dan pertukaran sains dan kebudayaan dengan pelbagai negara dan kawasan di dunia.

 

Menyertai dengan aktif kegiatan diplomatik pelbagai hala dan menjadi kekuatan untuk memelihara perdamai dunia dan kestabilan serantau.

 

Dalam lebih 50 tahun semenjak China baru ditubuhkan, China telah membentukkan dan melaksanakan dasar luar yang mempunyai keistimewaan China. Memasuki abad baru, urusan diplomatik China bukan sahaja menghadapi peluang tetapi juga menghadapi cabaran. China akan melaksanakan dasar luar damai, menciptakan persekitaran antarabangsa yang baik bagi pembangunan modenisasi sosialisme China dan membuat sumbangan bagi usaha perdamai dan pembangunan dunia.