China ABC

Kawasan Pentadbiran Peringkat Provinsi China

Pada masa ini, terdapat 34 kawasan pentadbiran peringkat provinsi, termasuk empat bandar di bawah pentadbiran kerajaan, 23 provinsi, lima wilayah autonomi dan dua wilayah pentadbiran khas di China.

 

Empat bandar di bawah pentadbiran kerajaan ialah:

 

Beijing

Beijing merupakan ibu negara Republik Rakyat China, singkatan nama ialah Jing. Bandari itu terletak di bahagian barat laut dataran bahagian utara China. Pada masa dahulu, nama kota itu ialah Ji, pada Zaman Chunqiu dan Zaman Negara-negara Berperang, kota itu ialah ibu kota Negeri Yan; pada Dinasti Liao, kota itu ialah ibu kota kedua negara itu dan dinamakan Yanjing; Kota itu dijadikan ibu negara pada zaman Dinasti Jin, Yuan, Ming, Qing dan awalan Republik China, dan pernah dinamakan Zhongdu, Dadu, Beiping dan Peking. Kota itu menjadi bandar pada tahun 1928. Terdapat 16 daedah dan dua kaunti dikawalnya dan bandar itu merupakan bandar bawah pentadbiran kerajaan pusat. Keluarasan bandar itu berjumlah 16.8 ribu kilometer persegi. Penduduk yang mendaftar di bandar Beijing berjumlah 11 juta 363 ribu orang pada penghujung tahun 2002. Bandar Beijing merupakan pusat politik China, juga merupakan pusat kebudayaan, sains, pendidikan dan tempat penting komunikasi China. Bandar Beijing juga merupakan tempat peranginan pelancongan yang terkenal. Tampat dinastinasi pelancongan utama di bandar Beijing ialah Tembok Besar, Istana Larangan, Kuil Langit, 13 Makam Diraja Dinasti Ming, Taman Yihe (Istana Musim Panas), Gunung Wangi dan lain-lain.

 

Shanghai

Singkatan nama bandar Shanghai ialah Hu. Bandar itu terletak di di bahatian tengah pantai timur China dan kuala Sungai Yangtze. Kota itu merupakan desa nelayan pada zaman kono, dan merupakan wilayah negeri Wu pada Zaman Chunqiu; kota itu diberikan oleh raja Negeri Chu kepada pegawai Chun Shenjun pada Zaman Negara-negara Berperang. Tempat itu menjadi pekan pada Dinasti Song dan dinamakan Shanghai, menjadi kota pada tahun 1927. Pada masa ini, bandar Shanghai merupakan salah satu antara empat bandar di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Terdapat 18 daedah dan satu pekan di bandar itu. Keluasan bandar Shanghai berjumlah 5800 kilometer persegi dengan penduduk berjumlah 13 juta 347 ribu orang pada penghujung tahun 2002. Shanghai merupakan bandar terbesar di China dan salah satu matropolintin di dunia. Shanghai juga merupakan bandar industri yang paling besar, pusat perdagangan dan kewangan, pangkalan sains dan teknologi di China.

 

Tianjin

Singkatan nama Bandar Tianjin ialah Jin. Bandar itu terletak di bahagian timur-laut dataran bahagian utara China, 5 anak Sungai Haihe berkumpul dan masuk ke Luat Bohai di bandar itu. Kota itu dinamakan Zhigu pada zaman Dinasti Jin dan Yuan, merupakan laluan pengangkutan penting di atas sungai, kemudian pekan Haijin ditubuhkan di tempat itu. Pada awal zaman Dinasti Qing, tempat itu dinamakan Tianjin dan kerajaan menempatkan pasukan tentera untuk membela tempat itu. Kota itu dikawal oleh kerajaan Tianjin pada zaman Dinasti Qing. Kota Tianjin ditubuhkan pada tahun 1928. Pada masa ini, terdapat 15 daerah dan 3 kaunti di bandar Tianjin, dan bandar itu merupakan bandar di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Keluasan bandar itu berjumlah lebih 11 ribu kilometer persegi dengan penduduk berjumlah 9 juta 190 ribu 500 orang pada penghujung tahun 2002. Bandar Tianjin merupakan bandar industri yang paling besar di bahagian utara China, bandar itu kaya dengan sumber minyak, gas asli dan garam laut dan mempunyai asas teknologi industri tertentu. Tianjin juga merupakan pusat perdagangan dan bandar keluar masuk penting di bahagian utara China. Tempat destinasi pelancongan di bandar itu meliputi Ningyuan, Istana Houtian, kubu meriam Da Gukou di kawasan bandar, Kuil Dule di Kaunti Ji, Tembok Besar di Huang Yaguan dan kawasan peranginan Gunung Panshan yang disebut "Gunung Pertama Jingdong."

 

Chongqing

Singkatan nama Bandar Chongqing ialah Yu. Bandar itu terletak di bahagian timur kawasan barat daya China, dan hulur Sungai Yangtze. Kawasan bandar itu merupakan wilayah Negeri Ba pada Zaman Chunqiu dan merupakan wilayah Negeri Yu pada zaman Dinasti Sui dan Tang. Bandar itu merupakan ibu negara kedua kerajaan Parti Guomindang pada zaman Perang Anti Jepun. Pada tahun 1997, bandar Chongqing yang terdiri daripada 3 bandar iaitu, Chongqing, Wanxian dan Fuling Provinsi Sichuan dan daerah pentadbiran kawasan Qianjiang dijadikan bandar di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Terdapat 15 daerah, 4 bandar peringkat kaunti, 17 kaunti, 4 kaunti autonomi di bandar itu. Keluasan bandar Chongqing berjumlah 82 ribu 300 kilometer persegi dengan penduduk berjumlah 31 juta 70 ribu orang pada penghujung tahun 2002. Bandar Chongqing merupakan bandar industri, tempat destinasi pelancongan di bandar itu meliputi Tiga Gaung Sungai Yangtze, Gunung Piba, Gunung Jinyun dan lain-lain.

 

23 provinsi ialah:

Provinsi Hebei, singkatannya Ji. Ibu kotanya Shijiazhuang.

Provinsi Shanxi, singkatannya Jin. Ibu kotanya Taiyuan.

Provinsi Liaoning, singkatannya Liao. Ibu kotanya Shenyang.

Provinsi Jilin, singkatannya Ji. Ibu kotanya Changchun.

Provinsi Heilongjiang, singkatannya Hei. Ibu kotanya Ha'erbin.

Provinsi Jiangsu, singkatannya Su. Ibu kotanya Nanjing.

Provinsi Zhejiang, singkatannya Zhe. Ibu kotanya Hangzhou.

Provinsi Anhui, singkatannya Wan. Ibu kotanya Hefei.

Provinsi Fujian, singkatannya Min. Ibu kotanya Fuzhou.

Provinsi Jiangxi, singkatannya Gan Ibu kotanya Nanchang

Provinsi Shandong, singkatannya Lu. Ibu kotanya Jinan.

Provinsi Henan, singkatannya Yu. Ibu kotanya Zhengzhou.

Provinsi Hubei, singkatannya E. Ibu kotanya Wuhan.

Provinsi Hunan, singkatannya Xiang. Ibu kotanya Changsha.

Provinsi Guangdong, singkatannya Yue. Ibu kotanya Guangzhou.

Provinsi Hainan, singkatannya Qiong. Ibu kotanya Haikou.

Provinsi Sichuan, singkatannya Chuan atau Shu. Ibu kotanya Chengdu.

Provinsi Guizhou, singkatannya Jian atau Gui. Ibu kotanya Guiyang.

Provinsi Yunnan, singkatannya Dian atau Yun. Ibu kotanya Kunming.

Provinsi Shaanxi, singkatannya Shan atau Qin. Ibu kotanya Xi'an.

Provinsi Gansu, singkatannya Gan atau Long. Ibu kotanya Lanzhou.

Provinsi Qinghai, singkatannya Qing. Ibu kotanya Xining.

Provinsi Taiwan, singkatannya Tai. Ibu kotanya Taipei.

 

Lima wilayah autonomi ialah:

Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, singkatannya Neimenggu. Ibu kotanya Huhhot.

Wilayah Autonomi Tibet, singkatannya Zang. Ibu kotanya Lhasa.

Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, singkatannya Gui. Ibu kotanya Nanning.

Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, singkatannya Ning. Ibu kotanya Yinchuan.

Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, singkatannya Xin. Ibu kotanya Urumqi.

 

Dua wilayah pentadbiran khas ialah:

Hong Kong

Kerajaan China memulihkan kedaulatannya terhadap Hong Kong pada 1 Julai tahun 1997, dan membentuk Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, singkatan nama ialah Gang. Hong Kong terletak di pantai Laut Selatan China, di bahagian timur tebing kuala Sungai Mutiara dan bahagian selatan Sungai Shenzhen bandar Shenzhen Provinsi Guangdong. Hong Kong meliputi Pulau Hong Kong, Kowloon, Wilayah Baru dan pulau di sekitarnya, jumlah keluasan Hong Kong mencatat 1098.51 kilometer persegi. Pada penghujung tahun 2002, penduduk Hong Kong berjumlah 6 juta 815 ribu 800 orang, antaranya penduduk tetap berjumlah 6 juta 625 ribu 300 orang, penduduk bergerak 190 ribu 500 orang.

Makau

Kerajaan China memulihkan kedaulatannya terhadap Makau pada 20 Disember tahun 1999, dan membentuk Wilayah Pentadbiran Khas Makau, singkatan nama ialah Ao. Makau terletak di semenanjung tebing barat kuala Sungai Mutiara, termasuk Pulau Taipa dan Pulau Coloane di sekitarnya. Keluasan Makau kira-kira 25.8 kilometer persegi dengan jumlah penduduk 442 ribu orang pada penghujung tahun 2002.