Dinasti Xia (2100 SM - 1600 SM), Dinasti Pertama dalam Sejarah China
Dinasti Shang (1600 SM - 1100 SM)
Dinasti Qin (221 SM - 206 SM), Dinasti Feudal Pertama di China
Tiga Negeri (220 - 280), Dinasti Jin (265 - 420) dan Dinasti Selatan Utara (386 - 589)
Dinasti Sui (581 - 618) dan Dinasti Tang (618 - 907)
36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China
Taktik Pertama: Menyeberangi Laut melalui Penyamaran
Taktik Ke-2: Selamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei
Taktik Ke-3: Bunuh Orang dengan Pisau Pinjaman
Taktik Ke-4: Mengambil Kesempatan Sewaktu Musuh dalam Kepenatan
Taktik ke-5: Merampas Rumah Terbakar
Taktik ke-6: Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat
Taktik ke-7: Memulakan Sesuatu daripada Sifar
Taktik ke-8: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia
Taktik Ke-9: Melihat Kebakaran dari Seberang Sungai
Taktik Ke-10: Pisau Tersarung dalam Senyuman
Taktik Ke-11: Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas
Taktik Ke-12: Mencuri Kambing Sepintas Lalu
Taktik Ke-13: Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya
Taktik ke-15: Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya
Taktik Ke-16: Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu
Taktik ke-17: Lemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed
Taktik Ke-18: Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya
Taktik Ke-19: Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali
Taktik ke-20: Menangguk di Air Keruh
Taktik Ke-21: Lepaskan Kulit Serangga
Taktik Ke-22: Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri
Taktik ke-23: Berteman dengan Negara Jauh dan Menyerang Negara Tetangga
Taktik ke-24: Pinjam Laluan untuk Menyerang Guo
Taktik ke-25: Kasau dan Tiang Digantikan secara Sulit
Taktik ke-26: Tunjuk kepada Pokok Mulberi, Tetapi Bermaksud Mengutuk Pokok Lokus
Taktik ke-27: Berpura-pura Bodoh
Taktik ke-28: Alihkan Tangga ketika Musuh Berada di Atas
Taktik ke-30: Tamu Menjadi Tuan Rumah
Taktik ke-33: Biarkan Pengintip Musuh Semaikan Perbalahan di Khemah Sendiri
15 haribulan bulan pertama dalam kalendar Cina merupakan pesta tradisional yang penting di China, iaitu Pesta Tanglung yang juga dikenali sebagai Pesta Yuanxiao. Dalam buku kuno, hari itu digelar sebagai Shangyuan, dan malamnya digelar sebagai Yuanye, Yuanxi atau Yuanxiao, yang digunakan sampai hari ini. Semasa Pesta Tanglung itu, lampu-lampu yang beraneka bentuknya dan dipertontonkan oleh orang ramai menghiasi suasana malam.
Ada banyak cerita yang berbeza-beza mengenai asal usul Pesta Tanglung. Salah satu cerita yang popular ialah Pesta Tanglung ditetapkan untuk memperingati hari memadamkan pemberontakan keluarga Ibu Suri Lu pada zaman Dinasti Han Barat (tahun 206 SM - 25 M).
Selepas Ibu Suri Lu Zhi yang memegang kuasa negara Dinasti Han Barat itu mangkat, kerabat Ibu Suri Lu merancang untuk mengadakan pemberontakan. Akhirnya, pemberontakan itu berjaya dipatahkan. Hari itu kebetulan 15 haribulan bulan pertama dalam kalendar Cina. Selepas itu, Putera Liu Heng ditabalkan dengan gelaran Maharaja Wen. Untuk memperingati perdamaian negara yang dicapai, Maharaja Wen menitahkan hari tersebut dirayakan setiap tahun dengan memasang tanglung.
Bagaimanapun, pelbagai kepercayaan mengenai asal usul Pesta Tanglung tersebut dipersoalkan. Ada pendapat yang berbeza mengenai evolusi perayaan Shangyuan menjadi Pesta Tanglung. Katanya, pada 15 haribulan bulan pertama tahun ke-3 zaman Dinasti Sui, iaitu tahun 607, Maharaja Yang mengumpulkan semua penari dan penyanyi di seluruh negara untuk membuat persembahan di luar pintu istananya sepanjang malam. Selepas itu, tokoh-tokoh serta seniman yang terkenal pada zaman itu meniru kaedah perayaan seumpama itu, dan membentuk pesta yang diraikan di seluruh China ini.
Selain itu, dalam kalangan rakyat pula ada cerita mengenai Pesta Tanglung yang berkaitan dengan Maharaja Yang pada Dinasti Sui. Menurut legenda, Maharaja Yang berniat menguasai adik perempuan tiri baginda, iaitu Puteri Yuanxiao. Puteri Yuanxiao menolak hajat Maharaja Yang itu dan berkata "kecuali bintang-bintang di atas langit jatuh ke tanah!" Maharaja itu segera menitahkan penduduk di bandar menyalakan semua lampu pada malam Shangyuan, dan orang yang mengingkari perintah tersebut akan dihukum mati bersama-sama dengan seluruh anggota keluarganya. Pada malam itu, baginda mengundang puteri berkenaan mendaki pintu gerbang, dan terlihatlah lampu-lampu yang dinyalakan itu umpama bintang-bintang di atas langit jatuh ke tanah. Puteri Yuanxiao segera terjun dari pintu gerbang itu dan mangkat. Untuk memperingati gadis yang tidak mahu dihina itu, rakyat menyalakan lampu-lampu pada setiap 15 haribulan bulan pertama dalam Kalendar Cina dan menamakan pesta itu dengan menggunakan nama puteri tersebut, iaitu Yuanxiao. Cerita inilah dipercayai asal-usul Pesta Shangyuan dipanggil Pesta Tanglung atau Pesta Yuanxiao.
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa adat resam menyalakan lampu-lampu pada Pesta Tanglung berasal dari agama Buddha yang dibawa masuk dari luar negara. Penduduk negara asal agama Buddha, iaitu India dan Nepal masih merayakan Pesta Tanglung hingga kini. Menurut mereka, adat resam menyalakan lampu-lampu di kuil-kuil pada Pesta Tanglung diperkenalkan di China berikutan kedatangan agama Buddha pada zaman Dinasti Han Timur (tahun 25 - 220). Selepas itu, ia diperkenalkan melalui kuasa pemerintahan Maharaja Ming pada zaman itu dan beransur-ansur membuang unsur-unsur keagamaan dan benar-benar menjadi pesta umum.
Kesimpulannya, kepercayaan atau cerita berkaitan asal usul Pesta Tanglung tersebut pada asasnya berlandaskan legenda kalangan rakyat. Tiada bukti yang cukup meyakinkan. Hingga kini, asal usul Pesta Tanglung masih penuh keraguan.