Dinasti Xia (2100 SM - 1600 SM), Dinasti Pertama dalam Sejarah China
Dinasti Shang (1600 SM - 1100 SM)
Dinasti Qin (221 SM - 206 SM), Dinasti Feudal Pertama di China
Tiga Negeri (220 - 280), Dinasti Jin (265 - 420) dan Dinasti Selatan Utara (386 - 589)
Dinasti Sui (581 - 618) dan Dinasti Tang (618 - 907)
36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China
Taktik Pertama: Menyeberangi Laut melalui Penyamaran
Taktik Ke-2: Selamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei
Taktik Ke-3: Bunuh Orang dengan Pisau Pinjaman
Taktik Ke-4: Mengambil Kesempatan Sewaktu Musuh dalam Kepenatan
Taktik ke-5: Merampas Rumah Terbakar
Taktik ke-6: Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat
Taktik ke-7: Memulakan Sesuatu daripada Sifar
Taktik ke-8: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia
Taktik Ke-9: Melihat Kebakaran dari Seberang Sungai
Taktik Ke-10: Pisau Tersarung dalam Senyuman
Taktik Ke-11: Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas
Taktik Ke-12: Mencuri Kambing Sepintas Lalu
Taktik Ke-13: Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya
Taktik ke-15: Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya
Taktik Ke-16: Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu
Taktik ke-17: Lemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed
Taktik Ke-18: Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya
Taktik Ke-19: Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali
Taktik ke-20: Menangguk di Air Keruh
Taktik Ke-21: Lepaskan Kulit Serangga
Taktik Ke-22: Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri
Taktik ke-23: Berteman dengan Negara Jauh dan Menyerang Negara Tetangga
Taktik ke-24: Pinjam Laluan untuk Menyerang Guo
Taktik ke-25: Kasau dan Tiang Digantikan secara Sulit
Taktik ke-26: Tunjuk kepada Pokok Mulberi, Tetapi Bermaksud Mengutuk Pokok Lokus
Taktik ke-27: Berpura-pura Bodoh
Taktik ke-28: Alihkan Tangga ketika Musuh Berada di Atas
Taktik ke-30: Tamu Menjadi Tuan Rumah
Taktik ke-33: Biarkan Pengintip Musuh Semaikan Perbalahan di Khemah Sendiri
Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China merupakan pertubuhan barisan bersatu patriotik rakyat China, badan penting bekerjasama yang berbilang parti dan majlis mesyuarat politik yang dipimpin oleh Parti Komunis China dan cara pentingnya untuk mengobarkan demokrasi sosialis dalam kehidupan politik China. Perpaduan dan demokrasi merupakan dua topik utama Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China.
Jawatankuasa kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China terdiri daripada Parti Komunis China, parti-parti bukan parti komunis, tokoh bukan parti, pertubuhan rakyat, anggota pelbagai etnik minoriti dan pelbagai lapisan masyarakat, anggota-anggota daripada rakyat senegara Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Wilayah Pentadbiran Khas Makau, Taiwan dan orang Cina serta tokoh undangan istimewa dan ia terbahagi dalam beberapa kumpulan. Tempoh perkhidmatan setiap penggal ialah 5 tahun.
Tugas utama Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China dan Jawatankuasa Tempatannya ialah mesyuarat secara politik, pengawasan secara demokratik, dan menghadiri persidangan dan mengemukakan cadangan tentang perkara besar negara.
Majlis mesyuarat politik bertugas mengadakan mesyuarat sebelum pengambilan keputusan terhadap panduan penting negara dan tempatan serta masalah penting dalam kehidupan politik, ekonomi, kebudayaan dan masyarakat dan mengadakan mesyuarat terhadap masalah penting dalam proses pengamalan keputusannya. Berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh Parti Komunis China, Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, kerajaan rakyat, parti-parti bukan parti komunis dan pertubuhan rakyat, Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China dan jawatankuasa tempatannya boleh mengadakan persidangan yang disertai oleh ahli-ahli dari parti-parti bukan parti komunis, pegawai pertubuhan, tokoh etni-etnik dan pelbagai lapisan masyarakat, mengadakan mesyuarat dan boleh juga mencadangkan badan tersebut menyerahkan masalah-masalah yang penting berkenaannya untuk dibahaskan.
Pengawasan secara demokratik merupakan pengamalan terhadap perlembagaan, undang-undang dan akta negara, pelaksanaan dasar dan keputusan penting, terhadap kerja badan negara serta pekerjanya dan mengadakan penyeliaan melalui cadangan dan kritikan yang dikekukakannya.
Menghadiri persidangan dan membahaskan perkara-perkara penting tentang keputusan negara ialah melalui cara mengadakan penyelidikan dan kajian, mengutarakan situasi masyarakat dan pendapat rakyat untuk mengadakan perbincangan terhadap masalah penting dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan dan kehidupan masyarakat serta masalah yang diminati secara merata oleh massa rakyat. Mereka boleh mengemukakan pendapat dan cadangan kepada Parti Komunis China dan badan negara melalui laporan kajian, usul, cadangan dan bentuk lainnya.
Pada September tahun 1949, Sidang pleno pertama Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China berfungsi menjalankan tugas kongres rakyat kebangsaan, mewakili hasrat rakyat seluruh negara untuk mengisytiharkan penubuhan Republik Rakyat China dan telah memainkan peranan penting dalam sejarah. Setelah Kongres Rakyat Kebangsaan Pertama China diadakan pada tahun 1954, Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China tidak lagi berfungsi menjalankan tugas kongres rakyat kebangsaan, majlis tersebut wujud terus selaku pertubuhan barisan bersatu patriotik yang paling luas di China serta telah menjalankan banyak kerja dalam kehidupan politik negara ndan kehidupan masyarakat serta aktiviti persahabatan dengan luar dan telah membuat sumbangan besar. Setakat Mac tahun 2004, Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China telah menjalin hubungan dengan 170 badan dan 8 pertubuhan antarabangsa dan rantau daripada 101 buah negara di dunia serta telah mengadakan komunikasi yang bersahabat.