Dinasti Xia (2100 SM - 1600 SM), Dinasti Pertama dalam Sejarah China
Dinasti Shang (1600 SM - 1100 SM)
Dinasti Qin (221 SM - 206 SM), Dinasti Feudal Pertama di China
Tiga Negeri (220 - 280), Dinasti Jin (265 - 420) dan Dinasti Selatan Utara (386 - 589)
Dinasti Sui (581 - 618) dan Dinasti Tang (618 - 907)
36 Taktik Peperangan pada Zaman Purba China
Taktik Pertama: Menyeberangi Laut melalui Penyamaran
Taktik Ke-2: Selamatkan Negeri Zhao dengan Mengepung Negeri Wei
Taktik Ke-3: Bunuh Orang dengan Pisau Pinjaman
Taktik Ke-4: Mengambil Kesempatan Sewaktu Musuh dalam Kepenatan
Taktik ke-5: Merampas Rumah Terbakar
Taktik ke-6: Berpura-pura Menyerang di Timur tetapi Sasarannya adalah di Barat
Taktik ke-7: Memulakan Sesuatu daripada Sifar
Taktik ke-8: Bergerak ke Depan dengan Laluan Rahsia
Taktik Ke-9: Melihat Kebakaran dari Seberang Sungai
Taktik Ke-10: Pisau Tersarung dalam Senyuman
Taktik Ke-11: Mengorbankan Perak untuk Mempertahankan Emas
Taktik Ke-12: Mencuri Kambing Sepintas Lalu
Taktik Ke-13: Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya
Taktik ke-15: Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya
Taktik Ke-16: Untuk Menangkap Sesuatu, Lepaskannya Dahulu
Taktik ke-17: Lemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed
Taktik Ke-18: Menangkap Ketua Dahulu untuk Menawan Semua Pengikutnya
Taktik Ke-19: Mengambil Keluar Kayu Api dari bawah Kuali
Taktik ke-20: Menangguk di Air Keruh
Taktik Ke-21: Lepaskan Kulit Serangga
Taktik Ke-22: Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri
Taktik ke-23: Berteman dengan Negara Jauh dan Menyerang Negara Tetangga
Taktik ke-24: Pinjam Laluan untuk Menyerang Guo
Taktik ke-25: Kasau dan Tiang Digantikan secara Sulit
Taktik ke-26: Tunjuk kepada Pokok Mulberi, Tetapi Bermaksud Mengutuk Pokok Lokus
Taktik ke-27: Berpura-pura Bodoh
Taktik ke-28: Alihkan Tangga ketika Musuh Berada di Atas
Taktik ke-30: Tamu Menjadi Tuan Rumah
Taktik ke-33: Biarkan Pengintip Musuh Semaikan Perbalahan di Khemah Sendiri
Pada tahun 221 sebelum Masihi, Dinasti Qin yang merupakan dinasti feudal yang pertama telah ditubuhkan di China dan masyarakat bersistem hamba selama lebih 2000 tahun telah berakhir di negara ini.
Pada Zaman Negeri-negeri Berperang (475 SM - 221 SM), antara tujuh buah negeri yang paling kuat ialah negeri Qin, Qi, Chu, Wei, Yan, Han dan Zhao. Dan negeri Qin yang mengadakan pembaharuan ketenteraan dan pertanian dengan lebih awal merupakan negeri paling kuat antara 7 negeri tersebut.
Pada tahun 247 sebelum Masihi, Ying Zheng yang berumur 13 tahun bertakhta dan menjadi raja negeri Qin. Ying Zheng mulai menguruskan pentadbiran negara ketika berumur 22 tahun, dan dia berazam untuk menyatukan pelbagai negeri di China.
Pada tahun 230 sebelum Masihi hingga tahun 221 sebelum Masihi, Ying Zheng berjaya menyatukan negara dengan mengambil masa yang tidak sampai 10 tahun. Keadaan terpisah-pisah di China telah berakhir selepas berdirinya Dinasti Qin. Dan Ying Zheng juga dianggap sebagai maharaja pertama dalam sejarah China.
Penyatuan negara yang dicapai oleh raja Ying Zheng itu bererti penting dalam sejarah China.
Yang pertama, kerajaan Qin membahagikan negara menjadi 36 provinsi. Semua pegawai kerajaan pusat dan tempatan dilantik oleh maharaja.
Yang kedua, kerajaan Qin telah menstandardkan tulisan. Tulisan berlainan yang dipakai di negeri masing-masing sebelum itu telah menjadi halangan komunikasi bagi penduduk pelbagai negeri. Selepas raja Ying Zheng menyatukan negara, kerajaan Qin giat menstandardkan tulisan di kalangan rakyat dan menetapkan Xiaozhuan sebagai tulisan rasmi kebangsaan.
Selain itu, kerajaan Qin juga menstandardkan sistem ukuran, antaranya ukuran pajang, ukuran muatan, ukuran berat dan lain-lain. Ini telah menyumbang besar kepada perkembangan ekonomi negara, dan memperkuat kedudukan kerajaan pusat.
Demi menjalankan kawalan fikiran terhadap orang ramai, Raja Ying Zheng menyuruh membakar buku sejarah tentang pelbagai negeri yang lain dan membunuh orang yang menyimpan buku-buku tersebut. Demi mencegah serangan dan gangguan daripada kaum minoriti di utara China, Raja Ying Zheng menyuruh memperbaiki dan menyambungkan tembok pertahanan di negeri-negeri masing-masing sebelum itu dan dijadikan Tembok Besar China yang terkenal pada masa ini. Selain itu, raja Ying Zheng juga memperuntukkan banyak wang untuk membina makamnya di Gunung Li.
Raja Ying Zheng berjaya menyatukan negara China dan menubuhkan sebuah negara feudal yang berbilang kaum. Ini telah membuka lembaran yang baharu dalam sejarah China.