v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

v Seorang Rakyat  Malaysia Keturunan China Menyumbang Derma bagi Membina Sekolah Rendah di Xinjiang 2008-11-11
Pada awal bulan September tahun ini yakni ketika sesi persekolahan baru bermula, di Sekolah Rendah Pertama Zongchang, bandar Shihezi, seramai lebih 3,000 guru dan murid dari pelbagai etnik berkumpul dengan ceria di pekarangan sekolah yang baru dibina.
v Pengenalan mengenai Rumah Warga Emas Yangtaishan di Beijing Gunakan Kemudahan Mesra Alam yang Jimatkan Sumber Tenaga 2008-11-04
Rumah Warga Emas Yangtaishan terletak di sebelah barat laut bandaraya Beijing dan lokasinya dilihat sebagai punca air dan udara bersih bagi ibukota negara ini. Untuk mengurangkan pelepasan bahan tercemar dan menjimatkan penggunaan sumber tenaga, pihak pengelola Rumah Warga Emas Yangtaishan giat memperbaharui sistem pembekalan tenaga elektrik, pembekalan tenaga pemanas semasa musim sejuk dan pembekalan air sejak sekian lama.
v Seorang Komander yang Bertugas dalam Kerja-Menyelamat semasa Gempa Bumi Berlaku di Sichuan, Encik Liu Xiangyang 2008-10-28
Liu berkata: "Apabila mendapati mangsa yang masih hidup, kami akan menghadapi cabaran bagi sedaya upaya menyelamatkannya dan tidak ingin menyaksikannya meninggal dunia dalam penderitaan. Kami paling sedih jika menyaksikan mereka yang masih hidup dari gempa diragut nyawa semasa proses menyelamat dilakukan. Itu dilihat bagaikan kami terhutang sesuatu."
v Kanak-kanak dari Kawasan Gempa Sichuan Tinggal di Hebei dengan Ceria 2008-10-21
Di tempat kejadian gempa yang dipenuhi runtuhan bangunan sekolah, beliau menyaksikan kehampaan tertera pada wajah kanak-kanak tempatan yang berhasrat memulihkan persekolahan secepat mungkin. Timbul rasa ingin membantu lalu bercadang membawa sekumpulan kanak-kanak pulang ke kampung halamannya supaya mereka boleh meneruskan persekolahan.
v Orang Kurang Upaya yang Berusaha Gigih Menjadi Tukang Membaiki Peralatan Elektronik 2008-10-14
Pada 8 Ogos 1958, Dongdong dilahirkan dalam sebuah keluarga biasa di bandar Guixi, Provinsi Jiangxi, bahagian selatan China. Beliau dikesan menghidap penyakit tulang belakang dan polio pada usia dua tahun. Bapanya membawanya menemui beberapa orang doktor bagi mengubati penyakit itu.
v Seorang Warga Emas yang Berhati Mulia Membantu Kanak-kanak Tanpa Penjagaan Ibubapa 2008-10-07
Seorang warga emas yang dikenali "Datuk Wang Zhi" tinggal di Kaunti Jing, Provinsi Anhui di bahagian tengah China. Kaunti itu terletak di kawasan pergunungan yang diselimuti hutan purba. Dengan tidak berkira usia lanjutnya, Wang Zhi mengeluarkan bantuan yang mesra kepada kanak-kanak tanpa penjagaan ibubapa di kawasan desa yang dihuninya. Kasih sayang yang dihulurkan Wang Zhi memang menakjubkkan.
v Rakyat Baotou Giat Melindungi Kawasan Paya 2008-09-30
Pihak berkuasa Baotou telah membuat keputusan bagi memperuntukkan 10 bilion yuan RMB dalam usaha melindungi kawasan paya. Projek ini dikenali sebagai "Projek Perlindungan Paya Sungai Kuning" yang bukan sahaja berfungsi mengukuhkan benteng di kedua-dua belah sungai Kuning, tetapi juga dapat memperbaiki ekologi alam sekitar di kawasan aliran sungai itu.
v Kisah tentang Seorang Insan Kurang Upaya Berhati Mulia yang Selalu Membantu Orang yang dalam Kesusahan. 2008-09-23
Di Bandar Baotou, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di bahagian utara China jika ada orang bertanya tentang Pengurus Syarikat Perdagangan Barangan Aixin Bhd., Encik Shen Fucai, selalu dijawab oleh penduduk tempatan dengan menunjukkan ibu jari.
v Senyuman Manis Terukir sebagai Imej Murni Bandar Beijing 2008-09-16
Oleh kerana ramai atlet, wartawan dan pelancong dari negara asing membanjiri bandar Beijing semasa berlangsung Sukan Olimpik, pihak berkuasa China perlu membantu mereka menyelesaikan masalah komunikasi dengan penduduk tempatan. Maka, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing (BOCOG) membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat sukarelawan yang pandai bertutur bahasa asing.
v Seorang Buruh yang Bertaraf Pakar, Dou Tiecheng 2008-09-09
Dou Tiecheng, 52 tahun, bertugas sebagai juruteknik kanan di Syarikat Zhongtie China Bhd. yang menumpukan perhatian dalam projek pembinaan. Beliau terpaksa bekerja di tempat yang jauh dari rumahnya yang selalu berubah-ubah tempat. Pekerjaannya memaksa Dou Tiecheng menghadapi persekitaran hidup yang sulit dalam tempoh yang panjang.
v Cerita mengenai Ketabahan Dua Orang Pelajar dan Seorang Guru semasa Menghadapi Gempa Sichuan 2008-09-02
Lin Hao, seorang murid tahun kedua Sekolah Rendah Yuzixi, Pekan Yingxiu, Kaunti Wenchuan, Provinsi Sichuan hanya berusia 9 setengah tahun ketika kejadian berlaku. Pada ketika gempa berlaku, Lin Hao dan teman sekolahnya tertimbus di bawah siling batu yang menimpa mereka sehingga tidak dapat menggerakkan badan.
v Penduduk Beijing yang berlatih Taiji Setiap Pagi 2008-08-26
Pada pukul 7.00 setiap pagi musim panas ini, di sebuah taman komuniti yang dikenali sebagai "Banyueyuan" di Daerah Shijingshan Bandar Beijing, penduduk tempatan mula berkumpul dalam satu kumpulan menggerakkan badan seiring dengan bunyi burung-burung. Ramai orang berkumpul di dua pekarangan di sebelah selatan dan utara taman itu untuk menggerakkan badan bersama-sama.
v Warga China Mampu Sandang Jawatan Ketua Bahagian Pertandingan Sukan Olimpik 2008-08-19
Pertandingan acara angkat berat Sukan Olimpik Beijing selesai dilaksanakan pada 19 Ogos lalu. Pelaksanaan yang sempurna pertandingan itu melambangkan Ketua Bahagian Pertandingan Angkat Berat, Puan Wang Yan berjaya menyelesaikan tugasnya dengan cemerlang.
v Pengenalan tentang Tukang Masak yang Bertugas di Perkampungan Sukan Olimpik Beijing 2008-08-12
Kali ini, Sukan Olimpik dilaknasakan di China, negara yang mempunyai penduduk begitu pandai memasak, apa masakan disediakan kepada atlet asing? bagaimana tukang masak menjalankan tugas mereka di perkampungan Sukan Olimpik Beijing supaya dapat menghidangkan masakan yang sedap kepada atlet dan jurulatih dari negara dan kawasan lain.
v Saya Harap Maju Terus 2008-08-05
Philailak Sakpaserth, atlet wanita pelari 100 meter dari Laos. Beliau mulai mengikuti latihan lumba lari ketika berumur 11 tahun, menjadi johan acara lari pecut di peringkat belia Laos ketika berumur 13 tahun, menggondol pingat emas dalam Sukan Kebangsaan Laos ketika berumur 15 tahun, mewakili tanah airnya menyertai perlumbaan dalam Sukan Olimpik ketika berumur 17 tahun dan sekali lagi, ketika mencapai 21 tahun tahun ini, akan menyertai Sukan Olimpik Beijing.
v Pasu-pasu Bunga Menjelang Sukan Olimpik 2008 Disiapkan dengan Sempurna 2008-07-29
Setelah mendapat tugas yang berkaitan dengan Sukan Olimpik Beijing, terdapat ramai pekerja sektor bunga-bungaan seperti Encik Zhang Junmin turut ternanti-nantikan hari perasmian Sukan Olimpik itu. Mereka berhasrat untuk menggunakan bunga-bungaan yang dipelihara oleh mereka bagi menghiasi bandar Beijing agar kelihatan lebih indah sewaktu perasmian Sukan Olimpik nanti.
v Sukarelawan yang Bertugas di Lapangan Terbang Ibukota Beijing Semasa Sukan Olimpik 2008-07-22
Di setiap sudut di Lapangan Terbang Ibukota Beijing, wartawan CRI melihat ramai sukarelawan yang berpakaian seragam baju-T yang berwarna merah dan keceriaan terbayang pada wajah masing-masing. Mereka sudah bersedia untuk memberi perkhidmatan yang ramah mesra kepada penumpang. Ratusan ribu sukarelawan mendaftar diri untuk berkhidmat semasa Sukan Olimpik Beijing berlangsung.
v Sukarelawan yang Bertugas Menunjuk Jalan Semasa Sukan Olimpik Beijing 2008-07-15
Sukarelawan dari Sekolah Vokasional Huijia Beijing, He Xin berpakaian seragam baju-T yang berwarna biru mulai menjalankan tugasnya di Daerah Changping, tumpuan pelancong ke Beijing pada 1 Julai. Beliau melaksanakan tugas menunjuk jalan kepada mereka yang ingin pergi ke stadium dan tapak perlumbaan trithon Sukan Olimpik serta destinasi pelancongan di Daerah Changping.
v Gan Junda, Doktor yang Bersemangat Gigih dalam Operasi Menyelamat Gempa Sichuan 2008-07-08
"Xiao Gan", panggilan ringkas kepada Gan Junda sudah menjadi popular antara kakitangan perubatan China-Rusia kerana beliau fasih bertutur bahasa Mandarin dan Rusia dan berperanan sebagai penterjemah bagi menggiatkan komunikasi antara pelbagai pihak. Pada setiap hari, "Xiao Gan" perlu berlalu-lalang antara setiap hospital sementara yang dibina dengan khemah.
v Persahabatan China-Jerman yang Erat dalam Usaha Menyelamat Pascabencana Gempa Sichuan 2008-06-24
Pada 4 Jun lalu, delegasi CRI yang diketuai Naib Ketua Pengarah,, Puan Wang Dongmei atas nama Bahagian Siaran Bahasa Jerman mengunjungi keluarga Fang Zhongde dengan membawa barangan untuk kegunaan bayi, dana sumbangan pertama sebanyak seribu yuan RMB dan kad dengan tandatangan semua kakitangan Bahagian Siaran Bahasa Jerman CRI.
v Samaritan's Purse Bantu Mangsa Gempa di Sichuan 2008-06-17
Baru-baru ini, kargo penyelamatan bencana yang disumbangkan oleh Samaritan's Purse—sebuah badan kebajikan yang terkenal di A.S. telah dihantar ke Sichuan. Kargo yang seberat 80.5 tan tersebut bernilai lebih 850 ribu dolar Amerika terdiri daripada alat-alat penyaring air, bahan plastik kuat yang digunakan untuk membina rumah sementara, selimut, beg yang diisi dengan barangan kesihatan untuk kegunaan keluarga dan tong penyimpan air.
v Penduduk Sichuan yang Cedera Semasa Gempa Bumi Dipindah ke "Rumah Baru" di Hebei 2008-06-10
Pada pagi 27 Mei lalu, 77 orang yang cedera dipindahkan ke Bandar Shijiazhuang, ibu kota Provinsi Hebei, yang sejauh lebih 1,800 kilometer dari Provinsi Sichuan. Mereka yang cedera dalam bencana itu meninggalkan kampung halaman dan mendapat perhatian yang mesra yang diberikan oleh masyarakat. Walaupun baru kehilangan anggota keluarga, mereka mendapat kasih sayang daripada "anggota keluarga" baru.
v Impian Chen Yanhong tentang Sukan Olimpik Beijing 2008-06-03
"Nama saya Chen Yanhong. Saya berumur 14 tahun, adalah seorang pelajar di Sekolah Menengah Bayi Beijing. Selain itu, saya bertugas sebagai juruacara bagi Saluran Kanak-kanak Stesen TV Pusat China (CCTV) dan sekali gus bertindak sebagai wartawan kerana kegemaran saya yang beraneka ragam. Saya berharap agar Sukan Olimpik Beijing 2008 berjalan dengan lancar, lebih ramai orang menumpukan perhatian terhadap pelaksanaan Sukan Olimpik...
v Koir Warga Emas di Komuniti Guanganmenwai Beijing 2008-05-27
Di pekarangan Komuniti Rongfeng 2008, daerah Guangwai Beijing, terdapat sekumpulan warga emas selalu berkumpul pada malam setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Mereka bersama-sama mengikuti latihan muzik dan menyanyi, dan kadang-kadang menari bersama-sama. Itulah Koir Warga Emas Daerah Guangwai di ibu negara ini.
v Cerita yang Berlaku dalam Bencana Gempa Bumi Sichuan 2008-05-20
Rakyat di seluruh negara China sedang berusaha sedaya upaya bagi membantu mangsa-mangsa dalam bencana gempa bumi di daerah Wenchuan, Provinsi Sichuan. Pada 10.00 pagi 15 haribulan Mei lalu, pasukan penyelamat mengesan seorang mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang berdekatan Pasar Hehuachi di Bandar Dujiangyan. Buat masa itu, mangsa tersebut, namanya Le Liuhui telah tertimbus di sana selama lebih 70 jam.
v China Siapkan Tabung Darah bagi Kegunaan Sukan Olimpik Beijing 2008-05-13
Sedia maklum bahawa manusia mempunyai empat kumpulan darah utama, iaitu A, B, AB dan O. Naib Ketua Pusat Darah Persatuan Palang Merah Beijing, Puan Shi Weiwei menjelaskan bahawa selain keempat-empat kumpulan darah yang umum itu, masih terdapat sejenis lagi kumpulan darah yang jarang didapati di kalangan orang yang berkulit kuning, iaitu kumpulan darah negatif RH.
v Penduduk di Daerah Yuzhong Hayati Kehidupan yang Semakin Selesa 2008-05-06
Daerah Yuzhong merupakan bahagian pusat di bandar raya Chongqing di barat daya China. Ia terletak di persimpangan sungai Yangtze dengan sungai Jialing, iaitu anak sungai Yangtze dan lokasinya serupa semenanjung. Penduduk tempatan terutama yang kurang bernasib baik seperti penganggur serta kanak-kanak buta dan bisu sangat bertuah kerana mampu menghayati kehidupan selesa.
v Ruangan Warnanya 2008-04-29
Pameran Bersama Pelukis Wanita Dunia Ke-8 yang bertajuk "Ruangan Warnanya" berlangsung di Muzium Seni Kebangsaan China (NAMOC) di Beijing pada 13 April lalu. Para pelukis wanita dari pelbagai negara di dunia telah menghidangkan pameran berwarna-warni dengan karya lukisan yang menarik mereka kepada warga Beijing. Karya-karya yang dipamerkan termasuk kanvas, catan air, lukisan dakwat China dan arca patung.
v Kegigihan Pekerja Pendatang sebagai Tukang Sapu, Xu Hui yang Bertugas di bandar Ningbo China 2008-04-22
Xu Hui, berasal dari Wuhu, Provinsi Anhui di bahagian tengah China bertugas sebagai tukang sapu di Bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang di bahagian timur China pada masa ini. Sebagai seorang pendatang, Xu Hui bekerja dengan bersungguh-sungguh tanpa mengira penat lelah sehingga memenangi rasa hormat daripada orang ramai malah, beliau dianugerahi banyak gelaran.
v Kisah Yang Xiuping, Pendayung Perahu Wanita di Tasik Xihu 2008-04-15
Beberapa tahun kebelakangan ini, ramai pelancong dan penduduk bandar Hangzhou menyuarakan hasrat mereka bagi dipulihkan kembali perkhidmatan pendayung perahu wanita yang pandai menyanyi dan bercerita sambil mendayung perahu di Tasik Xihu.
v Kaum Tani di Shanxi yang Berumur 65 Tahun ke Atas Diberikan Subsidi 2008-04-08
Seramai lebih 40,000 orang penduduk kampung yang berumur genap 65 tahun di bandar Suzhou, Provinsi Shanxi China baru-baru ini, menerima "wang saku" sebanyak 30 yuan RMB yang akan berterusan pada setiap bulan. Subsidi tersebut amat bermanfaat kepada warga emas di bandar itu.
v Perantis yang Seronok Bekerja di Kedai Jahit 2008-04-01
Di sebuah pasar kain yang tidak begitu luas di bandar Hangzhou China, wartawan CRI lihat deretan kedai kain yang banyak dengan barangnya diletak di atas meja dengan rapi. Ramai pelanggan berbincang dengan tukang jahit tentang pakaian yang akan dibuat. Mesin jahit beroperasi dengan sibuk sekali.
v Kisah tentang Ma Junjie, Penasihat Psikologi A.S. yang Buka Klinik di Hangzhou China 2008-03-25
Rundingan psikologi sudah menjadi popular di banyak negara Eropah dan A.S.. Ia masih baru berkembang di China. Orang ramai merasa pelik terhadap perkhidmatan itu. Di bandar Hangzhou yang terletak di kawasan pantai di bahagian timur China, seorang doktor psikologi A.S., Ma Junjie bersama temannya membuka sebuah klinik psikologi. Klinik itu sudah beroperasi selama beberapa tahun dan mendapat sambutan baik daripada penduduk tempatan.
v Tiga Orang Warga Asing Muda yang Ceria Bertugas di China 2008-03-18
Syarikat Sains dan Teknologi Jinfeng Bhd. yang beroperasi di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di bahagian barat China menjalankan urus niaga tentang pengajian, penerokaan dan pengeluaran generator tenaga elektrik dengan tenaga angin. Di kalangan pekerjanya, ada tiga orang warga asing muda bertugas di syarikat tersebut. Mereka ialah Ungaro Florence, Erik de Vrij dan Harmen Krediet.
v Peluang Penganggur Mencari Kerja 2008-03-11
Seorang ibu tunggal, Liu Lihua yang telah lama menganggur, membesarkan anak dengan penuh kegetiran kerana tidak mempunyai pendapatan tetap. Anak semakin membesar, memerlukan belanja yang banyak. Keadaan ini merunsingkan beliau. Setiap malam tidak dapat tidur kerana mengenangkan nasibnya yang malang dan sepanjang masa hanya keluhan yang keluar dari mulutnya..
v Cerita tentang Seorang Pemuda yang Berusaha Keras Mendapatkan Haknya terhadap Tempat Kediaman Kekal 2008-03-04
Pada tahun 2007 lalu, seorang penduduk Beijing, Zhang Rui telah mengalami kesulitan yang amat sangat ketika menangani urusan rumahnya yang terpaksa dirobohkan untuk projek pembangunan. Dia dijanjikan sebuah rumah baru sebagai ganti tetapi bila tiba masanya, yang dijanjikan tinggal janji.
v Pihak Berkuasa Bandar Langfang Giat Mendorong Pembangunan Urbanisasi secara Menyeluruh 2008-02-26
Bandar Langfang yang baru berkembang terletak antara Beijing dengan Tianjin. Sejak tahun 2005, pihak berkuasa bandar Langfang memperuntukkan lebih banyak dana terhadap pembangunan kawasan desa dan berusaha membantu kaum tani menyelesaikan masalah utama yang mereka hadapi.
v Kesan Nuttavudh Photisaro terhadap Bandar Guangzhou 2008-02-19
Pada suatu petang penghujung Disember 2007, wartawan CRI dating di tingkat 2 Hotel Taman Guangzhou, iaitu Pejabat Ketua Konsul Thailand di Guangzhou. Nuttavudh Photisaro baru mengakhiri sebuah sidang dan turut diwawancarai oleh wartawan CRI dengan ramah mesra. Beliau memakai sut yang berwarna kelabu, tali leher yang berwarna merah dan kaca mata yang lebar, rambutnya sudah putih-kelabu dan orangnya kelihatan bergaya.
v Warga Asing Saksikan Pembangunan Zhengzhou 2008-02-05
Beberapa tahun kebelakangan ini, seiring dengan perkembangan pesat sosioekonomi di bandar Zhengzhou, ibu kota Provinsi Henan di bahagian tengah China, ramailah warga asing berhijrah ke Zhengzhou dan bekerja di bandar itu. Mereka telah menyaksikan perubahan di bandar Zhengzhou dan Provinsi Henan serta pembangunan di China.
v Kesan Konsul Asing terhadap Bandar Chongqing 2008-02-05
Chongqing merupakan bandar yang di bawah pentadbiran langsung kerajaan pusat China yang bersejarah paling pendek di China. Pada masa ini, Chongqing sedang berkembang menjadi pusat ekonomi di kawasan hulu aliran Sungai Yangzer dan menunjukkan pengaruh yang semakin besar di arena antarabangsa.
v Hasrat Pelombong—cerita mengenai pengalaman beberapa orang pelombong arang batu China dalam tempoh selama lebih 20 tahun lalu 2008-01-29
Puan Chen Laying yang berumur 57 tahun sedang menampal pakaian pelombong dengan menggunakan mesin jahit di sebelah telaga Lombong Tunlan. Dalam tempoh selama 24 tahun yang lalu, Chen Laying sentiasa menampal pakaian, stoking  dan membaiki kasut pelombong secara percuma.
v Saudara Kembar Peranis yang Tinggal di Yangsuo China 2008-01-15
Saudara kembar Perancis yang bernama Wen Shuangfu dan Wenshuanglu (Chritophe Vin Cent dan Lue Vin Cent) suka akan Yangsuo, pekan kecil di bahagian selatan China. Dalam tempoh selama lebih sepuluh tahun yang lalu, mereka bukan sahaja telah membuka restoran masakan Perancis dan hotel tradisional China di Pekan Yangsuo, tetapi juga mempelajari kaligrafi dan pengukiran tera China. Mereka amat menikmati kebudayaan China dan tidak ingin pulang ke kampung halamannya.
v Rumah Warga Emas Pekan Daxu Provinsi Anhui China 2008-01-08
Warga emas diibaratkan sebagai sinar waktu senja. Sebenarnya pelbagai lapisan masyarakat dan kerajaan China sedang menumpukan perhatian terhadap usaha menjamin hak dan kepentingan kalangan warga emas agar mereka dapat menikmati kehidupan lanjut usia yang selesa. Sewaktu membuat liputan ke Pekan Daxu, Bandar Hefei, Provinsi Anhui di bahagian tengah China, wartawan CRI telah mengunjungi rumah warga emas di pekan itu.
v Zhang Zhengxiang, Penjaga Tasik Dianchi di Provinsi Yunnan China 2008-01-01
Zhang Zhengxiang berasal dari Kampung Fushan di luar bandar Kunming, ibukota Provinsi Yunnan yang terletak di Dataran Tinggi Yunnan-Guizhou di bahagian barat daya China. Kampung Fushan berhampiran dengan Tasik Dianchi yang dianggap sebagai tasik air tawar yang keenam terbesar di China. Perairan Tasik Dianchi seluas lebih 300 kilometer persegi dan digelar sebagai "sebutir mutiara di dataran".
v Siapa Tolong Saya Sewaktu Huyou, Sejenis Limau Besar Kena Sakit?" 2008-01-01
Terdapat sejenis buah limau besar yang disebut "Huyou" di Kaunti Changshan, Provinsi Zhejiang di bahagian timur China. Penanaman Huyou sudah bersejarah selama seratus tahun, ia sebenarnya adalah sejenis limau besar kacukan. Huyou yang dihasilkan di Kaunti Changshan iaitu tempat asal Huyou pernah buat empat kali memperoleh hadiah "Hasil Tani Unggul" dalam Ekspo Pertanian China.
v Pembinaan Rumah untuk Penduduk yang Tinggal di Kawasan Perumahan Pondok di Provinsi Jilin 2007-12-25
Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Provinsi Jilin yang terletak di bahagian timur laut China telah membina rumah untuk penduduk yang tinggal di kawasan perumahn pondok. Para penduduk telah merasai kesayangan yang diberikan oleh kerajaan dan tidak berasa sejuk pada musim sejuk tahun ini. Pada masa dahulu, debu beterbangan di kawasan perumah pondok pada hari cerah dan para penduduk sering terpecik lumpur apabila turun hujan. Keadaan seumpama itu telah berlalu.
v Aktiviti Sukarelawan di Bandar Tangshan China 2007-12-18
"Jika perlu, cari sukarelawan, jika ada waktu, bertugas sebagai sukarelawan" sudah menjadi perkataan yang popular di bandar Tangshan di bahagian utara China. Pada tahun 2006, seramai 5,495 orang sukarelawan di Komuniti Ke-2 Jalan Hebei telah menumbang perkhidmatan selama lebih 250 ribu jam, antaranya ada warga emas yang sudah bersara dan juga ada orang muda yang bertugas dalam pelbagai bidang.
v Penggunaan Basikal di China 2007-12-11
Penduduk China sering menggunakan basikal yang pernah menjadi alat pengangkutan utama bagi penduduk China dalam jangka masa panjang yang lalu. Seiring dengan peningkatan taraf kehidupan rakyat di China, wilayah bandar diperluas secara berturut-turut dan basikal telah kehilangan kelebihannya pada waktu dahulu dan turut digantikan dengan kereta yang lebih cepat dan selesa.
v Wang Xi yang yang Bertugas sebagai Ketua Jawatankuasa Penduduk 2007-12-05
Tugas utama jawatankuasa penduduk adalah menangani hal ehwal awam dan usaha kebajikan seperti memberikan wang jaminan kehidupan taraf paling rendah kepada mereka yang bersesuaian. Selain itu, ia juga mendamaikan pergaduhan antara jiran, membantu pihak polis menjaga keselamatan sosial dan sebagainya. Jawatankuasa penduduk biasanya menangani urusan yang remeh temeh dan menyediakan perkhidmatan kepada penduduk yang berbeza-beza.
v Kisah tentang Ahli Penyimpan Kupon, Lin Siren 2007-11-27
Dalam tempoh selama hampir 30 tahun lalu iaitu dari tahun 1950-an hingga 1980-an, China pernah melaksanakan sistem pembekalan barangan harian disebabkan kekurangan barangan. Rakyat China mesti menggunakan kupon untuk membeli barangan harian yang merangkumi pelbagai aspek yang berkaitan dengan pakaian, makanan, peralatan rumah dan pengangkutan.
 
SearchYYMMDD  
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
           
    |  Hubungi Kami  |