v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

• Kumpulan Perubatan yang Membantu Tibet 2008-11-07

Kaunti Renbu Wilayah Autonomi Tibet merupakan sebuah kaunti yang kecil dengan penduduk yang hanya berjumlah sedikit lebih 30 ribu orang. Kawasan ini tingginya lebih 4 ribu meter dari paras laut. Jadi, alam sekitarnya amat buruk, bencana seperti banjir lumpur, gempa bumi dan kemarau setring kali berlaku.

• Changdiao, Lagu Rakyat Etnik Mongol di China 2008-10-31
Penduduk etnik Mongol yang tinggal di padang rumput di utara China sejak turun temurun mempunyai budaya yang bercirikan padang rumput, kehidupan menunggang kuda dan lagu Changdiao. Lagu Changdiao merupakan ciri seni budaya yang istimewa yang menggambarkan rasa rindu kepada kampung halaman, sanak saudara, dan lagu minum ucap selamat untuk memuji-muji kuda.
• Atlet China, Lu Yong, Seorang Belia Etnik Dong 2008-10-17
Lu Yong berasal dari kawasan yang didiami oleh penduduk etnik Dong. Dia sejak kecik gemar beriadah. Ketika berusia 10 tahun, Lu Yong telah dipilih oleh Lan Yanyun, seorang jurulatih angkat berat di Sekolah Amatur Jasmani Sanjiang Guangxi untuk dilatih sebagai ahli sukan angkat berat. Di sini, Lu Yong telah menjalani latihan selama 6 tahun.
• Wang Feihong, Seorang Pemain Wushu Etnik Miao di China 2008-10-10
Penduduk etnik Miao memuja alam dan nenek-moyang. Sejumlah besar penduduk etnik Miao menganut agama Kristian terutama Katolik. Seni budaya Etnik Miao amat menarik daripada seni budaya etnik minoriti yang lain di China. Pertamanya, Wushu tradisional etnik Miao sudah tersebar secara meluas dan dipelajari oleh atlet Wushu China dan luar negara.
• Ma Tingfu, Seorang Pengnut Agama Islam dan Anggota Keluarganya 2008-10-03
Ma Tingfu, seorang warga tua penganut agama Islam yang tinggal di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia di bahagian barat China. Beliau dan keluarganya berhijrah ke sana 10 tahun yang lalu. Mereka dan penduduk tempatan di sana bertani dan menanam tumbuh-tumbuhan pertanian dan pokok bagi menyekat peluasan padang pasir sejak 10 tahun yang lalu.
• Liu Lina, Seorang Atlet China Etnik Rusia dari Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China Menyertai Ekuestrian dalam Sukan Olimpik Beijing 2008-10-02
Liu Lina merupakan atlet pertama yang bertanding dalam acara Dressage Ekuestrian Sukan Olimpik dalam sejarah Dressage Wanita Ekuestrian China untuk melayakan diri ke peringkat A pertandingan tersebut pada bulan Mac tahun ini.
• Wu Yuzhen, Seorang Pewaris Lagu Rakyat Etnik Dong 2008-08-29
Etnik Dong ialah satu etnik di China yang hidupnya tidak boleh dipisahkan daripada lagu. Terdapat peribahasa etnik ini yang berbunyi: "Nasi makanan jasmani, lagu makanan rohani". Ini telah mencerminkan pemahaman penduduk etnik Dong ini terhadap kepentingan lagu dan muzik dalam hidup mereka.
• Petani dan Penggembala Etnik Tibet akan Memiliki Dapur Tenaga Suria dalam Masa 3 Tahun 2008-08-01
Wilayah Autonomi Tibet akan membelanjakan 100 juta yuan RMB untuk membeli 267,700 buah dapur tenaga suria untuk memastikan semua petani dan penggembala di wilayah itu dapat menggunakan dapur yang lebih bersih dalam tempoh 3 tahun yang akan datang.
• Muzium Etnik China Dibina dalam Taman Olimpik Negara 2008-07-24
Di dalam Pusat Aktiviti Kebudayaan Taman Olimpik Negara, iaitu Taman Etnik China Beijing kini, telah dibina sebuah muzium etnik baru, iaitu Muzium Etnik Man, muzium ke-54 di taman itu. Manakala Muzium Etnik Rusia dan Uzbek juga akan siap dibina sebelum bulan Ogos nanti.
• Pola-Pola Kepercayaan Agama Etnik Miao China 2008-07-04
Gadis-gadis etnik Miao dari provinsi Guizhou di barat daya China yang memakai pakaian yang berwarna-warni, dan perhiasan seperti rantai leher yang besar serta gelang yang diperbuat daripada perak mengucapkan selamat datang kepada tetamu dengan mengangkat gelas arak dan berdoa semoga tetamu sihat dan bahagia selepas minum segelas minuman itu.
• "Monihe", iaitu Pesta Ria yang dirayakan oleh Penduduk Etnik Va di China 2008-06-27
Dalam pesta ini, orang etnik Va saling melumurkan lumpur ke muka dan tubuh antara satu sama lain. Perbuatan ini membawa makna ucapan dan doa selamat kepada warga tua, ucapan salam bahagia dan salam sejahtera kepada orang muda dan harapan kepada kanak-kanak moga-moga mereka membesar dengan sihat.
• Cedai Drolma, Seorang Biduwanita Etnik Tibet yang Terkenal di China 2008-06-20
Cedai Drolma berasal dari sebuah keluarga hamba petani yang miskin di kawasan Xigaze Tibet China. Beliau lahir pada tahun 1937. "Cedai" dan "Drolma" dalam bahasa etnik Tibet bermakna panjang umur dan perampuan. Namun, Cedai Drolma yang berusia 70 tahun ini sejak kecil hidup dalam kesengsaraan kerana anggota keluarganya bekerja keras untuk tuan hamba petani semasa Tibet masih berada dalam sistem perhambaan.
• Pembangunan Budaya Kalangan Rakyat Tibet China 2008-06-13

Wilayah Autonomi Tibet merupakan kawasan yang didiami oleh penduduk etnik minoriti yang amat kaya dengan budaya rakyat. Budaya agama telah diberikan keutamaan dan budaya rakyat hampir pupus semasa sistem tani hamba dilaksanakan di Tibet. Kerajaan China telah meningkatkan perlindungan terhadap budaya rakyat di Tibet sejak tahun 1950-an yang lalu agar budaya rakyat yang hampir pupus ini dapat diawarisi dan dilindungi.

• Projek pemuliharaan Kuil Tashi Lhunpo, iaitu Tempat Tinggal Panchen Lama Turun-Temurun di Tibet 2008-06-06
Projek pemuliharaan Kuil Tashi Lhunpo, iaitu tempat tinggal Panchen Lama turun-temurun telah dilaksanakan secara rasmi baru-baru ini. Kerajaan pusat telah memperuntukkan sejumlah besar dana untuk projek itu dan disenaraikan ke dalam projek perlindungan artifak Rancangan Lima Tahun ke-11 di Wilayah Autonomi Tibet.
• Sarjana-sarjana Etnik Tibet yang bicarakan tentang Perlindungan Budaya Bercerita dalam Kalangan Rakyat Etnik Tibet China 2008-05-30
Epik "Riwayat Raja Gesar" merupakan satu-satunya epik untuk memahami kehidupan menyarakat etnik Tibet pada masa yang silam. Epik ini diwarisi turun-temurun secara lisan oleh penyanyi lagu rakyat sejak beberapa lama yang lalu.
• Pelajar Etnik Tibet yang Belajar di Sekolah Barafiliasi Universiti Shanxi China 2008-05-23
China melaksanakan pendidikan percuma di Tibet. Yuran sekolah pelajar-pelajar etnik Tibet ditanggung oleh kerajaan. Untuk mengembangkan pendidikan di Tibet, kerajaan pusat China telah menubuhkan sekolah atau kelas Tibet di 21 buah provinsi dan bandar di seluruh negara. Belanjanya juga ditanggung oleh kerajaan.
• Perubatan dan Herba Tradisional Tibet China Meningkat dengan Pesat 2008-05-16
Perubatan dan herba tradisional Tibet yang merupakan sebahagian daripada perubatan tradisional China mempunyai sejarah lebih 2300 tahun. Pusat perubatan dan herba tradisional Tibet terdapat di setiap mukim di Tibet. Ada lebih 10 buah badan perubatan yang besar dan terdapat seribu orang doktor dan juru rawat di sana pada masa sekarang.
• Penggunaan Tenaga Solar dalam Kehidupan Harian Penduduk Awam di Tibet 2008-05-09
Wilayah Autonomi Tibet China disebut sebagai kawasan yang berdekatan dengan mata hari kerana ketinggian paras lautnya. Tenaga solar digunakan secara meluas oleh penduduk awam etnik Tibet pada masa sekarang. Mereka memasak dengan dapur tenaga solar dan mandi dengan mesin pemanas air solar menjadi cara hidup banyak keluarga penduduk tempatan.
• Tibet Mengalami Perubahan yang Besar dalam Sejarah 2008-05-02
Rakyat berperanan sebagai tuan atas negara di Wilayah Autonomi Tibet hari ini. Kebanyakan mereka tinggal di rumah pembinaan, setiap petani dan penternak telah menyertai sistem perkhidmatan kesihatan awam yang berasaskan perubatan secara percuma dan kadar penerimaan pendidikan wajib selama 9 tahun melebihi 90%.
• Pewarisan dan Perlindungan Budaya Tibet telah Meningkat 2008-04-23
Opera Tibet ialah sejenis kesenian yang menggabungkan nyanyian, tarian dan bacaan untuk menceritakan puisi atau cerita. Opera Tibet di Juemulong mempunyai sejarah lebih 300 tahun dan telah masukkan ke dalam senarai warisan kebudayaan dunia pertama di China. Ketika pesta yang penting-penting berlangsung di Tibet, penduduk tempatan selalunya akan mempersembahkan opera Tibet.
• Changdiao, Iaitu Lagu Rakyat Etnik Mongol China yang telah Meningkat Maju 2008-04-04

Changdiao yang berirama merdu ini dikenali sebagai lagu panjang dalam bahasa penduduk etnik Mongol. Ia mempunyai sejarah yang lama. Changdiao etnik Mongol ini dibahagikan kepada beberapa jenis. Menurut sesetengah penyelidik, Changdiao etnik Mongol yang tersebar di Uzhumuxin mempunyai cirri istimewa sebagai sebuah seni contoh teladan.

• Qin Huabei, Seorang Tukang Alat Muzik Etnik Zhuang China 2008-03-28
Tianqin itu ialah alat muzik tradisional etnik Zhuang yang mempunyai sejarah yang lama. Etnik ini terdapat di kaunti Longzhou bandar Chongzuo Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di barat daya China. Qin Huabei yang berumur 43 tahun ini, ialah pembuat alat muzik etnik Zhuang.
• Ahli Etnik Minoriti yang Menyertai Sidang Tahunan Pertama Majlis Menyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dan yang Memperkenalkan Pembangunan dan Perubahan di Kawasan Barat China 2008-03-21
Mereka memberikan penilaian yang tinggi terhadap tindakan yang diambil oleh kerajaan pusat China bagi meningkatkan pembangunan di kawasan yang didiami oleh penduduk etnik minoriti dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
• Ben Bha, Seorang Penduduk Etnik Tibet Amalkan Kehidupan yang Baru 2008-03-14
Projek perumahan untuk kaum tani dan penternak telah dilaksanakan di Tibet dengan jumlah keseluruhan pelaburan yang mencatat lebih 7 bilion yuan RMB sejak tahun 2006 yang lalu. Projek perumahan untuk kir-kira 120 ribu buah keluarga ini telah selesai dan memberikan manfaat kepada kira-kira 600 ribu orang petani dan penternak.
• Kampung Yingpan yang didiami oleh penduduk etnik Buyi China 2008-03-07
Kampung Yingpan yang didiami oleh penduduk etnik Buyi itu terletak di kawasan peluaran bandar Guiyang ibu kota provinsi Guizhou China. Industri pelancongan kampung Yingpan yang berasaskan sejarah dan budaya etnik-etnik di kampung itu telah meningkat dengan pesatnya akhir-akhir ini dan taraf hidup penduduk kampung itu juga telah meningkat berkaitan perubahan besar yang dialami oleh kampung itu.
• Penduduk Etnik She yang Kini telah Menikmati Kehidupan yang Agak Selesa 2008-02-29
Terdapat sebuah mukim penduduk etnik She yang terletak di bandar Guixi provinsi Jiangxi di tengah China. Kawasan itu terletak di barat gunung Wuyi, betul-betul di antata provinsi Jiangxi dan provinsi Fujian China. Mukim yang seluas 122 kilometer persegi itu mempunyai penduduk seramai 1090 orang.
• Pembaharuan Tarian Etnik Hui dan Reka Fesyen Pakaian Etnik Hui telah Ditingkatkan di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia China 2008-02-22

Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia mempunyai jumlah penduduk etnik Hui yang paling ramai. Wilayah itu dikenali sebagai kampung halaman etnik Hui. Pemandangan di wilayah itu sangat indah, terdapat hutan hijau dan padang pasir yang luas. Sungai Kuning yang didikenali sebagai sungai ibunda di China melalui wilayah itu. Penduduk etnik Hui bersama-sama penduduk etnik lain rajin bekerja dan menjadikan wilayah itu sangat makmur.

• Kerajaan Bandar Urumqi Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China yang Mengambil Tindakan Konkrit untuk Menyediakan Peluang Pekerjaan kepada Penganggur Etnik Minoriti 2008-02-15
Kebanyakan penduduk etnik minoriti tinggal menetap di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China. Terdapat 46 etnik minoriti yang tinggal di bandar Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. Peluang pekerjaan yang disediakan kepada penganggur etnik minoriti yang tinggal menetap di sana bagi jangka panjang tidaklah memuaskan akibat pelbagai sebab dalam sejarah.
• Pendidikan Perlindingan Alam Sekitar di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet China 2008-02-01
Provinsi Qinghai terletak di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet dan terkenal sebagai "Menara Tangki Air di Asia", terdapat Tasik Qinghai, tasik air masin yang terbesar di China. Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Lancang berpunca daripada kawasan bahagian barat provinsi Qinghai China itu yang disebuat sebagai Sanjiangyuan.
• Kain Sutera Etles telah Mendatangkan Kehidupan Bahagia kepada Keluarga Nulmaymaiti 2008-01-25
Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang terletak di bahagian barat daya China. Kebanyakan penduduk etnik Uygur tinggal menetap di sana. "Hetian" yang terletak di bahagian selatan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang terkenal di China disebabkan oleh batu jed, permaidani dan kain sutera Etles.
• Sebuah Kampung Wanwei yang Didiami oleh Penduduk Etnik Gin China 2008-01-18
Penduduk etnik Gin yang berpenduduk kira-kira 20 ribu orang itu merupakan salah satu etnik minoriti di China. Mereka tinggal menetap di tiga pulau iaitu Wanwei, Wutou dan Shanxin di bahagian selatan China.
• Persatuan Petani Penjual Sayur dan Bunga di Pekan Neqion Kaunti Doi Lungdeqen Tibet China 2008-01-11
Persatuan Petani Penjual Sayur dan Bunga Pekan Neqion Kaunti Doi Lungdeqen Wilayah Autonomi Tibet China adalah sebuah persatuan kalangan rakyat bertugas khusus untuk melatih petani etnik Tibet bagi menanam secara saintifik sayur-sayuran dan bunga-bungaan.
• Penduduk Etnik Minoriti di Provinsi Qinghai Amalkan Kehidupan Selesa Melalui Aktiviti Budaya. 2008-01-04
Penduduk etnik-etnik Tibet, Mongol dan Hui tinggal di provinsi Qinghai di barat laut China dengan sumber budaya etnik-etnik yang kaya-raya di sana. Kerajaan provinsi Qinghai China telah mengambil tindakan budaya untuk meningkatkan jumlah pendapatan, memandu petani dan penggembala etnik minoriti tempatan menggunakan budaya adat resam etnik mereka sendiri.
• Wu Hui, Seorang Penyanyi Etnik Dong China 2007-12-28
Kebanyakan penduduk etnik Dong tinggal menetap di provinsi-provinsi Guizhou dan Hunan di bahagian selatan China yang bersejarah selama. Sebelum tahun 1958, penduduk entik Dong tidak mempunyai huruf bahasa mereka sendiri. Lagu etnik Dong yang paling menarik itu telah mewarisi kebudayaan dan sejarah penduduk etnik Dong mereka sendiri.
• Hasrat Dainzin Co, Seorang Penggembala Etnik Tibet China 2007-12-21
Penduduk etnik Tibet yang menguruskan penternakan itu tinggal menetap di kawasan yang berhampiran dengan tasik Qinghai di provinsi Qinghai di bahagian barat China. Demi membaikpulih ekologi alam sekitar dan melindungi tasik Qinghai, dasar yang memulihkan tasik di kawasan penternakan telah dilaksanakan oleh kerajaan tempatan.
• Penggembala etnik Tibet di Sanjiangyuan Provinsi Qinghai China telah Mengamalkan Kehidupan Baru 2007-12-14
Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Lancang berpunca daripada kawasan bahagian barat provinsi Qinghai China itu yang disebut sebagai Sanjiangyuan. Sanjiangyuan terletak di kawasan Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, terdapat banyak tasik dan sungai, dan merupakan kawasan sumber air yang paling penting di China.
• Hugurci, Kumpulan Penyanyi Etnik Mengol di Padang Rumbut Khorchin Wilayah Autonomi Mengolia Dalam China 2007-12-07
Terdapat sebuah kumpulan etnik Mengol yang tinggal di padang rumput Khorchin di utara China. Mereka bergemar akan menceritakan kisah yang tersebar dalam masa panjang dengan diringi irama muzik tradisional. Mereka itu dinamakan sebagai Hugurci.
• Penduduk Etnik Shui di Guizhou China 2007-11-30
Kaunti Autonomi etnik Shui Sandu Guizhou merupakan satu-satunya kaunti autonomi etnik Shui di China. Kampung yang didiami oleh penduduk etnik Shui dengan bersejarah lama dan bercirikan keistimewaan dan pemandangan ekologi semula jadi yang indah telah menjadi destinasi pelancongan kebudayaan ekologi semula jadi yang penting di provinsi Guizhou China.
• Membangunkan Lebih Banyak Shangrila 2007-11-23
Zhou Autonomi Diqing merupakan sebuah Zhou Autonomi Tibet Provinsi Yunnan di bahagian barat daya China. Ia terkenal kerana Shangrila terletak di tempat itu. Kawasan itu dikelilingi oleh gunung-ganang, puncak gunung disekitarnya dilitupi salji, hutan semula jadi dan tasik terletak di sana.
• Qizhala, Seorang Pegawai Etnik Tibet yang Gemar akan Bermain Catur Weiqi 2007-11-16
Wartawan radio kami mengadakan wawancara dengan Encik Qizhala, Setiausaha Jawatankuasa Zhou Autonomi Tibet Diqing Provinsi Yunnan Parti Komunis China di Beijing pada Oktober tahun ini. Beliau sebagai seorang wakil datang ke Beijing untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China.
• Petani dan Penggembala yang Tinggal di Wilayah Autonomi Mengolia Dalam telah Mengamalkan Kehidupan Bahagia 2007-11-09
Penduduk petani dan penggembala yang tinggal di Wilayah Autonomi Mengolia Dalam di utara China pernah mengamalkan kehidupan yang miskin disebabkan oleh perhubungan lalu lintas terlalu mundur di padang rumput. Dengan semikian, perhubungan lalu lintas di sana telah mengalami perubahan yang besar daipada masa yang lalu, kebanyakan petani dan penggembala di sana telah mengamalkan kehidupan bahagia.
• Menikmati kebudayaan etnik minoriti di Shangrila 2007-11-02
Zhou Autonomi Etnik Tibet Diqing Shangrila terletak di provnisi Yunnan di bahagian barat daya China. 25 etnik minoriti seperti etnik-etnik Tibet, Lisu, Nasi, Bai dan Yi tinggal menetap di sana, antaranya 9 etnik minoriti secara turun-temurun tinggal di sana.
• Sebuah Restoran Sate Daging Kambing yang Diuruskan oleh Sepasang Suami Isteri Etnik Salar 2007-10-26
Etnik Salar merupakan salah satu daripada 10 etnik minoriti yang beragama Islam di China. Mereka kebanyakannya tinggal di Kaunti Autonomi Etnik Salar Xunhua, Provinsi Qinghai. Etnik Salar mempunyai sejarah selama lebih 800 tahun dan kebudayaan yang gemilang. Penduduk Etnik Salar amat rajin dan telah membangun kampung halaman mereka di kawasan lembah Sungai Kuning.
• Kaum Wanita etnik Mongol yang tinggal di Padang Rumput Xilingele Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China telah Mengamalkan Kehidupan yang Baru 2007-10-19
Tuoya, seorang wanita etnik Mengol yang berumur 30 tahun ini tinggal di padang rumput Xilingele. Air mukanya hitam berseri-seri, nampaknya agak sihat. Beliau berkata bahawa saya bangun pada pukul 5:00 waktu pagi, kemudian mulai membuat sugar susu untuk anggota keluarga. Saya juga bekerja untuk mengeluarkan 6 kali susu kuda purata setiap dua jam sekali.
• Sebuah Keluarga Etnik Tajik yang Tinggal di Dataran Tinggi Pamil di Barat Daya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China 2007-10-12
Penduduk etnik minoriti termasuk etnik-etnik Tajik, Uygur, Kirgiz, dan Hui tinggal menetap di dataran tinggi Pamil, antaranya penduduk etnik Tajik yang menempati kira-kira 90% daripada jumlah keseluruhan penduduk etnik minoriti tersebut. Kebanyakan mereka tinggal di kaunti Autonomi Kulgan Tajik Xinjiang China.
• Menyelamatan Padang Rumput Hulunbel 2007-10-05
Padang rumput Hulunbel terletak di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di bahagian utara China dengan tanahnya yang subur dan hasil keluaran pertaniannya yang kaya. Akan tetapi, persekitaran ekologi di Hulunbel berubah menjadi lebih buruk dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Beberapa siri tindakan yang bertujuan untuk memulihara persekitaran ekologi padang rumput Hulunbel telah dianjurkan dan dilaksanakan oleh kerajaan dan rakyat Hulunbel pada masa sekarang.
• Pesta Xuedun-Hari Perayaan Tradisional Etnik Tibet yang Amat Menarik 2007-09-28
Pesta Xuedun dirayakan pada 12 hingga 18 Ogos setiap tahun di Wilayah Autonomi Tibet China. Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet berada dalam suasana yang sungguh meraih, kebanyakan penduduk etnik Tibet dari pelbagai tempat di Tibet akan pergi ke Lhasa untuk menikmati pameran patung Buddha, menikmati Opera Tibet dan makanan yang lazat
• Irama Muzik Matouqin Bergema di Padang Rumput 2007-09-21
Matouqin ialah sejenis alat muzik gesek berbentuk kepala kuda etnik Mongol, etnik minoriti di bahagian utara China. Matouqin dinamakan Qin iaitu kepala kuda sejenis alat muzik yang sangat digemari oleh penduduk etnik Mongol. Alat ini menjadi popular dalam kalangan rakyat etnik Mongol pada awal abad ke-13 Masihi.
• Sebuah Pekarangan yang Didiami oleh 6 Buah Keluarga Penduduk Etnik Rusia di China. 2007-09-14
Sebuah pekarangan yang terletak di bandar Yining Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat daya China adalah sungguh menarik. Terdapat 6 buah keluarga penduduk etnik Rusia tinggal di dalam pekarangan ini.
• Tarian Etnik Minoriti di China 2007-09-07
Kumpulan Tarian Etnik-Etnik Universiti Etnik-Etnik Pusat China terdiri daripada ramai mahasiswa etnik minoriti yang gemar akan persembahan tarian etnik-etnik China. Lebih 80% daripada anggota kumpulan itu ialah pelajar etnik minoriti di Universiti Etnik-Etnik Pusat itu.
 
SearchYYMMDD  
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
           
    |  Hubungi Kami  |